Thursday, 18 May 2017

Mari membaca tanda

Thursday, 18 May 2017
Angin datang membawa petanda akan hadirnya hujan.
Angin bukan hujan.... hanya petanda kedatangan hujan.
Agar dapat disediakan payung.

Demam datang membawa petanda hadirnya penyakit.
Deman bukan penyakit, demam cuma petanda hadirnya penyakit.
Agar dapat dicari penawarnya yang tepat.

Berat beribadah membawa petanda gelapnya hati.
Berat beribadah bukan kegelapan hati, tapi petanda hati semakin gelap.
Agar dapat dibersihkan akan dia.

Marah membawa petanda hati telah dibolos syaitan.
Marah bukan syaitan, tapi petanda benteng hati sudah disusupi oleh syaitan.
Agar dapat diusir akan dia.

Musibah datang membawa petanda hadirnya nikmat.
Musibah bukan nikmat..... hanya petanda nikmat yang akan datang sebentar sahaja lagi.
Agar dapat dipersiapkan kedatangannya.

Laailla ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

Laailla ha illa anta: 
Tiada selain Mu. Tiada yang berdaya selainMu. Tiadalah yang menimpa, samada nikmat atau musibah, melainkan datang dariMu. Bukan dari insan, bukan dari jin, bukan dari syaitan... bukan bukan bukan.... melainkan dariMu

subhanaka:
Maha suci Engkau.... tiadalah Engkau tersilap dalam ketentuanMu. Walau musibah yang Engkau timpakan, itulah sebaik-baik perkara yang sepatutnya berlaku... tiadalah Engkau tersilap....

inni kuntu minazzolimin:
dan sesungguhnya kami inilah yang zalim. Zalim kerana tidak memahami takdirMu. Zalim kerana tidak mahu menerima takdirMu. Sedangkan takdir itulah yang sebenar-benarnya terbaik untuk kami.









0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails