Wednesday, 21 June 2017

Serupa tapi tak sama

Wednesday, 21 June 2017
Seorang lelaki mengunci jam agar dapat bangun di tengah malam untuk melakukan Qiamulail. Seorang lelaki yang lain juga mengunci jam, tapi agar dapat bangun menonton siaran langsung bolasepak yang juga disiarkan tengah malam.

Perbuatannya sama mengunci jam, tapi matlamatnya berbeza. Mengunci jam bukan ibadah, qiamulail itu yang ibadah. Mengunci jam itu hanyalah kaedah untuk membolehkan bangun malam. Boleh aje mengunci jam... bukan sesat bukan syirik bukan pula bidaah...

Begitu pula dzikir nafas... dzikir nafas itu bukan ibadah.... yang ibadah itu adalah sedar Allah. Dzikir nafas itu hanyalah kaedah, untuk mencapai keadaan sedar Allah.

Ada orang bermeditasi, untuk menenangkan fikiran. Hamba-hamba Allah yang diberi hidayah pula berdzikir nafas, mirip-mirip seperti meditasi, tapi sebenarnya sangat-sangat berlainan.

Tujuan meditasi adalah untuk mencari ketenangan. Manakala tujuan dzikir nafas pula adalah untuk sedar Allah.

Meditasi memerhatikan nafas untuk memfokuskan fikiran. Dzikir nafas memerhatikan nafas untuk menyerahkan diri kepada kehendak Allah.

Meditasi memfokuskan perhatian kepada mantra untuk meng "anchor" kan fikiran. Dzikir nafas mengarahkan kesedaran kepada Hu dan Allah agar hati sedar kepada Allah.

Dan yang terakhir, Dzikir nafas mengarahkan jiwa kepada Allah serta berlatih untuk berserah kepadanya. Yang ini sesekali tiada di dalam disiplin meditasi.

Maka itulah dia yang dikatakan serupa tapi tak sama....

Sekali lagi diingatkan, dzikir nafas itu hanyalah kaedah. Sama seperti mengunci jam loceng..... Jika dah boleh bangun malam tanpa jam loceng, tiadalah perlu mengunci jam lagi. Dan jika sudah boleh sedar Allah, tiadalah perlu berdzikir nafas lagi....

0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails