Monday, 4 December 2017

Antara Sebab Kegagalan Rawatan Ruqyah

Monday, 4 December 2017
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan izin Allah, apa yang aku nak kongsikan kali ini ialah testimoni seorang sahabat muallij. Bukan ilmu copy paste, bukan ilmu dari kitab, tapi dari kefahaman yang Allah berikan dengan jerih perih field training, yang berlaku bukan dari pengalaman merawat orang lain, tapi dari pengalaman ikhtiar merungkai gangguan yang mengganggu diri dan keluarganya sendiri. Berikut dinukilkan...

Ada di antara kita yang diuji oleh Allah dengan masalah gangguan. Walau ada yang merasa lemah, tidak sedikit yang begitu teguh menentang gangguan. Apatah lagi bila anda sendiri adalah seorang muallij. Amalan diperbaiki, kaedah-kaedah rawatan dilakukan dengan istiqamah, tetapi gangguan tidak juga terungkai. Di mana silapnya?

Pada satu ketika, Allah telah menguji aku dan keluarga dengan sedikit cubaan gangguan. Sebagai seorang muallij, kaedah-kaedah rawatan semuanya ada dihujung jari. Benteng harian, kaedah ruqyah, kaedah serang balas, sebut aje mandi daun bidara, rendam garam, Rentap, TRO, TB3, Yasin 7 mubin, Yasin tunggal, semuanya habis dikeluarkan. Amalan harian dari yang fardhu hingga yang sunat semuanya dikerjakan dengan istiqamah. Tetapi gangguan tidak juga terungkai......  Akhirnya Allah memberi jawapannya.

Kepada yang pernah menghadapi masalah gangguan yang serius, sudah tentu dapat memahami apa yang aku tulis selepas ini. Cuba jawab dengan jujur. Tidakkah pernah tuan-tuan pernah mengalami, semasa diuji dengan gangguan, perasaan tuan-tuan adalah amat stress sekali ? Tidakkah tuan-tuan pernah mengalami, semasa membaca amalan-amalan harian, mahupun kaedah-kaedah rawatan, tawajjuh tuan-tuan sebenarnya tertumpu kepada gangguan, bukan lagi kepada Allah. Maka disinilah punca permasalahannya...

Contohnya,  semasa berselawat, kesedaran anda sudah bukan lagi memohon kepada Allah akan kebaikan untuk Rasulullullah sallallahu'alaiwassalam. Yang ada di dalam benak anda, ialah apakah masalah gangguan dapat terungkai atau tidak. Sepanjang masa risau, sepanjang masa terfikir bila agaknya masalah ini akan terungkai. Maka disinilah punca permasalaannya...

Apabila anda stress, dan kesedaran anda beralih dari Allah kepada gangguan, sebenarnya jiwa anda telah terperusuk jauh ke dalam sub-concious mind. Sedangkan sub-concious mind itulah medan kekuatan syaitan. Maka satu-satunya jalan keluar ialah, dengan membawa jiwa anda keluar dari kawasan sub-concious. Bawalah jiwa anda kembali kepada Allah. Naik, naik dan naik lagi...

  • Bila beramal, sedarlah kepada Allah, bukan kepada amalan, apatah lagi kepada gangguan.
  • Bila bersolat, sedarlah kepada Allah, bukan kepada solat, apatah lagi kepada gangguan.
  • Bila berdzikir, sedarlah kepada Allah, bukan kepada dzikir, apatah lagi kepada gangguan.
  • Bila meruqyah, sedarlah kepada Allah, bukan kepada ruqyah, apatah lagi kepada gangguan.
  • Bila buat mandian, sedarlah kepada Allah, bukan kepada mandian, apatah lagi kepada gangguan.
  • Bila buat pagar rumah, sedarlah kepada Allah, bukan kepada pagar, apatah lagi kepada gangguan.

Yakinlah, amalan yang berkesan itu, bukanlah amalan yang banyak, tetapi amalan yang dilakukan dengan kesedaran kepada Allah. Kunci kepada penyelesaian masalah gangguan itu, bukanlah amalan yang banyak, bukan pula teknik yang banyak, tetapi adalah Keep Happy, Sedar Allah dan Pasrah kepada Allah. Allah tak pernah suruh kita berperang dengan gangguan, Allah suruh kita lari kepadanya jika mengalami gangguan. 

Sekian, wallahu'alam.

#Gerakan Sedar Allah








0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails