Wednesday, 30 May 2018

Bagaimana menyelesaikan masalah dengan sabar dan solat ?

Wednesday, 30 May 2018



Maksud meminta pertolongan dengan sabar dan solat ialah:
  1. Sabar bersolat dan memohon pertolongan Allah di dalam solat.
  2. Sabar melakukan ikhtiar yang perlu untuk menyelesaikan perkara itu, walaupun ikhtiar itu seolah-olah nampaknya di luar nalar fikiran.

Contohnya, jika diuji dengan penyakit, haruslah terus menjaga solat, berdoa di dalam solat dan mengambil ubat yang sesuai dengan penyakit, walaupun pengambilan ubat itu seolah-olah tidak memberi kesan kepada penyakit.

Dan ini bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Bukan mudah untuk terus berikhtiar, dengan ikhtiar yang kelihatannya sia-sia. Tidak selari dengan nalar pemikiran kita. Tapi jika kita mengkaji Al-Quran, inilah perkara yang sentiasa dilakukan oleh para Nabi-nabi 'alaihissalam. Melakukan ikhtiar di atas perintah Allah, walaupun tidak logik di atas fikiran. Bukankah Nabi Musa memukul laut dengan tongkatnya? Bukankah Nabi Nuh membuat bahtera di atas gunung? Bukankah Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di gurun yang tiada penempatan manusia. Semuanya perkara yang berada di luar nalar fikiran.

Dan hanya orang-orang yang khusyuk sahaja yang mampu melakukan kerja-kerja "GILA" sebegini. Apa itu khusyuk? Khusyuk itu ialah orang-orang yang kembali kepada Allah. 




Apakah maksud kembali kepada Allah?
Kembali kepada Allah, adalah mengembalikan segala kemampuan diri kepada Allah. Mengembalikan 7 sifat ma'ani kembali kepadaNya. Dalam kata lain, dipanggil fana. Dalam kata lain, dipanggil zero ego. Dalam kata lain, dipanggil mematikan diri sebelum mati.

Tatkala tiada lagi ego diri. Tatkala fikiran sudah tidak berfikir lagi. Tatkala hati sudah tidak berbisik lagi. Barulah jiwa mampu untuk melakukan kerja "GILA" seperti para-para nabi 'alaihissalam.

Saya mengingatkan diri saya sendiri, teruslah sedar Allah dengan berdzikir nafas, agar ego sentiasa zero. Barulah mampu menjalankan perintah dari ayat di atas.

#Jurus Wali Mabuk Ilahi
#GILA (Golongan Insan Lurus ke Allah)



0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails