Jumaat, 3 Mei 2019

Tahu, ingat, sedar

Jumaat, 3 Mei 2019
Tahu:
Aku tahu meja boss aku ada dibelakang aku.

Ingat:
Kalau aku cuba bayangkan, aku boleh ingat rupa boss aku.

Sedar:
Aku sedar boss aku ada kat belakang aku. Sebab itulah aku rajin hari ni...

-------------------------------------------------------------------

Tahu:
Aku tahu Allah itu tuhan yang satu.
Aku tahu Allah yang menjadikan alam semesta.
Aku tahu Allah telah memerintahkan syariat kepada manusia termasuk aku.

Ingat:
Kalau aku cuba ingat-ingat, aku boleh bayangkan beberapa makhluk di alam semesta yang Allah ciptakan.
Kalau aku cuba ingat-ingat, aku boleh senaraikan beberapa syariat yang Allah perintahkan pada aku.
Walaupun aku cuba ingat-ingat, aku tetap tak boleh bayangkan Allah. Sebab Allah tak mampu dicapai fikiran.

Sedar:
Aku sedar Allah sedang lihat aku. Sebab tu aku jadi budak baik hari ni....

Jadi Dzikir Allah itu ingat Allah..... atau Sedar Allah...?

0 ulasan