Isnin, 31 Disember 2018

Cara ilmu pengasih menggunakan foto atau gambar

Isnin, 31 Disember 2018
Sekiranya korang sampai ke posting ini dari search engine, besar kemungkinan korang sedang cuba nak buat seseorang sayang kepada korang dengan cara ilmu pengasih. 

Aku nak ingatkan, melakukan ilmu pengasih menggunakan gambar adalah satu jenis sihir. Ya, sihir.... korang tak salah baca..... sihir. Sihir ini, walaupun pada awalnya kelihatan manis, tidak akan membawa sebarang kebaikan, melainkan pada akhirnya sudah pasti membawa bencana kepada kehidupan korang. Sihir ini tetap tidak boleh dilakukan, walaupun niat korang baik.

Sihir itu adalah umpan syaitan kepada manusia, sepertimana umpan cacing kepada ikan. Awalnya ikan merasa cacing yang gemuk itu sangat nikmat, tapi pada akhirnya mata kail yang sangat tajam akan menusuk mulutnya dan meragut nyawanya.

Berapa ramai orang yang berjaya berkahwin dengan orang yang diinginkannya melalui sihir pengasih, tetapi setelah berkahwin, rumahtangga mereka jadi porak poranda. Ingat ! Tiada kebaikan yang akan datang dari perkara yang dimulakan dengan kebatilan.

Kalau niat korang baik, cara terbaik untuk menjadikan seseorang sayang kepada korang, ialah dengan bermohon kepada Allah yang memegang kesemua hati. Bangunlah tengah malam, solat tahajjud dan bermohonlah kepada Allah dengan rendah hati. Bukankah Allah telah berjanji untuk mengkabulkan doa orang-orang yang berdoa dengan ikhlas? Maka sekiranya anda tinggalkan doa dan melakukan sihir, adakah anda lebih percaya kepada janji syaitan dari janji Allah?



0 ulasan

Ahad, 30 Disember 2018

Benteng diri anda dengan nafi isbat

Ahad, 30 Disember 2018
Semasa membuat research tentang sihir pengasih, aku amat terkejut melihat begitu banyak pencarian tentang keyword berkaitan "ilmu pengasih dari foto" di google. Wah.... dengan lambakan gambar-gambar pengguna di dalam media sosial, begitu ramai yang boleh menjadi mangsa.

Perlulah di ketahui, gambar kita adalah umpama satu portal atau stargate yang membolehkan jin dan zat jahat masuk dengan mudah ke dalam diri. Walaupun begitu, perkara ini boleh dielakan dalam 2 keadaan:

  1. Jiwa atau nafs kita berada di dalam keadaan kuat dan berada di dalam perlindungan benteng yang kukuh.
  2. Jiwa atau nafs kita berada pada tingkatan yang tidak mampu dicapai oleh jin dan zat jahat. Jiwa akan berada pada tingkatan sebegini, apabila kita berada di dalam keadaan nafi dan isbat.
Untuk perkara yang pertama, sudah banyak dibincangkan. Untuk perkara yang kedua, suka aku kongsikan satu kaedah latihan pada hari ini. By the way, nafi bermaksud menafikan diri iaitu aku, manakala isbat bermaksud menyatakan Allah semata-mata. Silalah tonton video di bawah tentang kaedah latihannya.



0 ulasan

Ahad, 23 Disember 2018

Rahsia bagaimana mengawal emosi di tempat kerja

Ahad, 23 Disember 2018
Photo credit: Alejando Ortiz Pellicer

Anda mungkin pernah mendengar saranan-saranan untuk menarik nafas ketika marah, atau mengira satu hingga seratus dan sebagainya, tetapi sekiranya hati kita berada di dalam keadaan lemah, teknik-teknik sebegini adalah sangat-sangat mustahil untuk dilakukan apakala emosi sudah terpancing.

Adakah anda seorang yang selalu ter"meletup" di tempat kerja, dan anda sering merasa menyesal selepasnya? Sebenarnya aku pun suatu masa dulu begitu juga. Aku lagi teruk. Bukan sahaja di tempat kerja, di rumah pun kadang-kadang aku gagal mengawal emosi. Tapi Alhamdulillah ada satu kaedah yang aku lakukan, sehingga sekarang ini sudah sangat-sangat berubah. Insya Allah hari ini aku kongsikan kaedah itu. Setakat ini, Insya Allah teknik ini sangat-sangat berkesan. 

Kandungan artikel ini mungkin sedikit panjang, tetapi sekiranya anda serius untuk mengubah diri anda, aku sangat-sangat berharap anda baca dengan teliti sehingga ke penghujungnya.

Gagal mengawal emosi memang akan membawa banyak kesan negatif. Kawan-kawan akan menjauhkan diri, anda akan susah mendapatkan kerjasama di tempat kerja. Setiap hari akan menjadi neraka di tempat kerja. Melangkah keluar ke tempat kerja, menjadi suatu perkara yang sangat menyiksakan. Akibatnya anda juga akan selalu merasa penat. Penat yang tidak akan dapat dihilangkan dengan berehat mahupun tidur. Tidak syak lagi, kegagalan mengawal emosi sudah pasti akan membawa banyak kerosakan kepada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Rahsia mengapa anda gagal mengawal emosi.
Di sinilah rahsianya. Anda ingat perkataan yang terbesit di hati anda itu ialah perkataan hati anda. Tetapi sebenarnya anda salah dengan sebesar-besar salah.

Aku faham. Aku pernah berada di tempat anda. Bukannya anda tidak mahu mengawal emosi, tetapi setiap kali sesuatu yang memancing emosi berlaku, anda terus hilang kawalan. Walaupun jauh di sudut akal, anda tidak mahu semua itu berlaku.

Biar aku beritahu apa yang berlaku......

Kalau anda benar-benar perhatikan, betul-betul perhatikan apa yang berlaku di dalam hati anda, anda pasti akan perasaan yang hati anda sentiasa berkata-kata. Ada sahaja yang terdetik dan terbesit di hati anda.

Jika anda perhatikan betul-betul, apabila sesuatu berlaku di tempat kerja anda, akan ada perkara yang terdetik di hati anda. Sebagai contoh, mungkin seorang rakan kerja menegur hasil kerja anda, kemudian ada di dalam hati anda yang berkata, "Engkau ni siapa nak tegur aku, dah 20 tahun aku buat kerja ni, engkau siapa budak baru setahun jagung?" 

Di sinilah rahsianya. Anda ingat perkataan yang terbesit di hati anda itu ialah perkataan hati anda. Tetapi sebenarnya anda salah dengan sebesar-besar salah. Perkataan yang terbesit di hati anda itu bukanlah sekali-kali kata hati anda. Tetapi itulah suara syaitan yang sedang memancing nafsu (emosi) anda. Tetapi bisikan syaitan itu tersangatlah halusnya, sehingga anda fikir bahawa itu adalah kata hati anda. Dan akhirnya nafsu (emosi)anda pun mengikut segala bisikan-bisikan itu sehingga anda "meletup" tanpa kawalan.

Rahsia bagaimana menepis bisikan syaitan.
Ketahuilah apabila berlaku sesuatu insiden, dan syaitan pun berbisik kepada nafsu, hampir mustahil untuk menepis bisikan itu sekiranya hati kita tidak dikuatkan (dibersihkan) terlebih dahulu. Makanya, latihan untuk menguatkan (membersihkan) hati perlu dilakukan secara rutin, sebelum bisikan-bisikan syaitan hadir.

Apabila syaitan mula berbisik, sebenarnya anda sudah memasuki medan perang. Makanya jika anda tidak berlatih seni perang sebelum memasukinya, sudah pasti anda akan kecundang.

Anda mungkin pernah mendengar saranan-saranan untuk menarik nafas ketika marah, atau mengira satu hingga seratus dan sebagainya, tetapi sekiranya hati kita berada di dalam keadaan yang terlalu amat lemah, teknik-teknik sebegini sangat-sangat tidak akan mampu dilakukan apabila emosi sudah terpancing.

Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk melakukan latihan (riadah) untuk menguatkan hati. Riadah ini akan melemahkan penguasaan syaitan ke atas nafsu anda, dan daripada pengalaman aku, pada suatu tahap anda akan dapat mengenali bisikan-bisikan itu bukanlah dari hati anda sendiri. Hasilnya anda akan lebih mudah mengawal emosi anda.

Kaedah riadah pembersihan hati.

Sebenarnya ada banyak riadah yang boleh dilakukan. Cuma kali ini aku kongsikan kaedah Dzikir Ismu Dzat dahulu. Caranya ialah:

  1. Ambil wuduk.
  2. Duduklah dengan selesa.
  3. Mulakan dengan Ta'awuz, Basmallah, Istigfar, Syahadah dan Selawat.
  4. Tarik nafas.
  5. Ucapkanlah Allah Allah Allah.... berulangkali dengan nada berbisik perlahan-lahan sehingga habis nafas.
  6. Ulang lagi dari step 4 dan 5.

Lakukanlah kaedah ini lebih kurang 50 minit sehari. Boleh juga dipecahkan kepada beberapa sessi, tetapi jangan kurang dari 10 min dalam setiap sessi. Beberapa contoh:
  1. 50 min di dalam satu sessi.
  2. 25 min selepas Subuh dan 25 min selepas Asar.
  3. 10 min selepas setiap solat fardhu.
Lakukanlah riadah ini SETIAP HARI secara ISTIQOMAH walaupun tidak khusyuk. Kalau khusyuk Alhamdulillah itu bonus. Yang penting buat sahaja setiap hari dengan konsisten. Dari pengalaman aku, riadah yang tidak khusyuk tetapi dilakukan dengan konsisten pun, tetap memberi kesan yang sangat baik terhadap kawalan emosi anda.

Amaran !!!
Apabila anda mula melakukan riadah ini, pada peringkat permulaan, berkemungkinan emosi anda akan terasa seolah-olah memberontak. Sebenarnya bukannya emosi anda yang memberontak, tetapi syaitan-syaitan cuba untuk mematahkan ikhtiar dzikir anda. Tabahkan hati dan terus lakukan riadah ini sekurang-kurangnya selama 21 hari berturut-turut. Lama-kelamaan Insya Allah anda akan dapati emosi anda akan lebih mudah dikawal. Jika anda teruskanlah riadah ini lagi setiap hari, Insya Allah pada suatu masa, anda akan dapat membezakan bisikan-bisikan syaitan di dalam hati, dengan kata-kata hati anda sendiri.

Aku doakan supaya anda semua berjaya memperbaiki kawalan emosi anda. Dan aku mohon agar anda semua mendoakan agar aku sendiri dapat beristiqamah dengan perkongsian yang aku berikan ini.










0 ulasan

Ahad, 16 Disember 2018

Bagaimana menguruskan gangguan tanpa ruqyah?

Ahad, 16 Disember 2018
Bismillahirrahmanirrahim,

Sudah banyak panduan-panduan untuk mengatasi masalah gangguan dengan kaedah ruqyah. Tetapi bagaimana sekiranya kita tidak mahir dengan ayat-ayat ruqyah. Hari ni dengan izin Allah, dikongsikan satu kaedah menguruskan gangguan dengan kaedah doa, tanpa perlu meruqyah panjang-panjang. Cukup dengan Al-Fatihah sahaja.

Aku pernah cuba kaedah ni beberapa kali. Alhamdulillah berhasil menguruskan beberapa serangan ringan. Terus-terang aku belum pernah gunakan kaedah ini untuk kes-kes berat, tetapi aku rasa boleh aje.... Pernah juga aku buat kaedah ini semasa emergency dan tanpa wuduk. Alhamdullilah berhasil juga.

Contoh kes 1:
Setelah terjumpa dengan benda yang dipercayai bahan sihir, aku musnahkan dan bakar. Tetapi tiba-tiba tangan pesakit bergegar sendiri dan tidak mahu berhenti. Aku buat kaedah ini dan Alhamdulillah tangan yang bergegar berhenti. In fact, aku buat kaedah tu dalam keadaan emergency tanpa wuduk, tetapi Alhamdulillah berhasil juga.

Contoh kes 2:
Masa tengan bawa kereta, lengan kanan aku tiba-tiba sakit dan berdenyut-denyut. Dari pengalaman, aku tahu ini bukan sakit biasa, tapi ada kaitan dengan gangguan. Baru buka jalur komunikasi dengan Allah, sakit dan denyut pun hilang. Alhamdullillah.

Aku rasa semua orang patut tahu kaedah ini. Sekurang-kurangnya kalau sesuatu jadi di rumah anda, bolehlah diusahakan dahulu sementara mencari bantuan profesional.

Kaedah Rawatan Dengan Doa (KRDD)

Step 1: Istigfar
Beristigfarlah beberapa kali untuk memudahkan doa kita diterima oleh Allah.

Step 2: Buka jalur komunikasi dengan Allah.
Step ini adalah seumpama kita menelefon Allah untuk meminta bantuan.

Ucapkanlah contohnya, "Ya Allah, terimalah Al-Fatihah ini dariku, dan kurniakanlah kepadaku rahmatMu, Amin."

Kemudian bacalah Surah Al-Fatihah dengan keadaan kesedaran anda sedang berkata-kata kepada Allah. Rasakan setiap ayat yang dibacakan, dengan kesedaran anda sedang benar-benar berkata-kata kepada Allah.

Step 3: Musnahkan shield gangguan
Biasanya gangguan-gangguan mesti mempunyai pelindung dan pendinding. Samada jin, mahupun zat jahat biasanya mempunyai pendinding. Serupalah macam FRU nak bertugas, sudah tentu bersiap-sedia dengan segala alat-alat pelindung diri. Begitu jugalah dengan gangguan-gangguan ini, sudah tentu bersiap-sedia juga sebelum pergi bekerja. Jadi 1st step, perlulah musnahkan kesemua pelindung mereka.

Kaedahnya, ucapkanlah sebagai contoh:

  • Ya Allah Ya Rabbi, Ya Allah Ya Rabbi, Ya Allah Ya Rabbi, 
  • hamba mohon kepadaMu, musnahkanlah dengan kekuasaanMu akan semua pelindung mahupun pendinding yang melindungi kesemua kejahatan dan kebatilan, yang menyebabkan kesakitan / gangguan / kerasukan kepada hambaMu si Polan.
  • Allah Allah Allah Kun Fayakun, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Allah, Amin.
Kemudian tunggu dalam 30 saat sambil berzikir.

Step 4: Musnahkan sumber kuasa gangguan
Setiap gangguan, biasanya mempunyai sumber kuasa yang memberi kekuatan kepada mereka. Antara contoh sumber kuasa ini adalah seperti tangkal, mantera, sesajen, tempat-tempat pemujaan dan sebagainya. Sumber-sumber kuasa ini tidak semestinya berada di alam manusia. Kadang-kalanya ia berada di alam jin. Tetapi boleh sahaja dimusnahkan dengan doa, kerana bila berdoa sebenarnya kita tak buat apa-apa pun. Semuanya Allah yang buat. Kita cuma minta pada Allah sahaja.

Kaedahnya, ucapkanlah sebagai contoh:

  • Ya Allah Ya Rabbi, Ya Allah Ya Rabbi, Ya Allah Ya Rabbi, 
  • hamba mohon kepadaMu, musnahkanlah dengan kekuasaanMu akan semua sumber kuasa yang menjadi punca kekuatan kepada kesemua kejahatan dan kebatilan, yang menyebabkan kesakitan / gangguan / kerasukan kepada hambaMu si Polan.
  • Allah Allah Allah Kun Fayakun, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Allah, Amin.
Step 5: Musnahkan gangguan
Akhir sekali, bolehlah mohon kepada Allah untuk memusnahkan gangguan.

Kaedahnya, ucapkanlah sebagai contoh:

  • Ya Allah Ya Rabbi, Ya Allah Ya Rabbi, Ya Allah Ya Rabbi, 
  • hamba mohon kepadaMu, musnahkanlah kesemua kejahatan dan kebatilan, yang menyebabkan kesakitan / gangguan / kerasukan kepada hambaMu si Polan.
  • Allah Allah Allah Kun Fayakun, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Allah, Amin
Untuk setiap doa, tunggu dalam 30 saat sambil berzikir. Doa boleh disesuaikan dengan keadaan. Boleh juga mohon supaya Allah ikat kesemua gangguan dan sebagainya. Sesuaikalah doa mengikut keadaan dengan kreativiti anda.

Yang penting setiap kali berdoa, berdoalah dalam keadaan kita merasakan sedang memohon kepada Allah. Sebagaimana kesedaran kita semasa kita sedang meminta tolong kepada manusia, sebegitulah sepatutnya kesedaran kita semasa berdoa kepada Allah. 

Secara peribadi, aku sangat suka kaedah ini. Sebab yang ada hanya kita dan Allah. Maka pergantungan kepada Allah sangatlah tinggi. Kalau dengan ruqyah, kadang-kala kita terkeliru. Terasa seolah-olah ayat ruqyah yang dibaca yang memberi kesan, sedangkan sebenarnya hanya Allah lah jua yang menggerakkan segala-galanya. Ayat-ayat ruqyah yang di baca, tidak lebih dari seumpama message-message sms yang kita hantar kepada Allah.

Sekian, semoga bermanfaat.











0 ulasan