Monday, 2 April 2018

Di mana jiwa anda berada?

Monday, 2 April 2018
Ada 3 level kesedaran manusia, sub-concious, consious dan supra concious. Saya kira semua orang sudah tahu tentang ini. Tapi yang penting adalah di level manakah letaknya jiwa anda?

Sebagai contoh, cuba perhatikan semasa anda sedang mengendarai kendaraan semasa hendak ke tempat kerja. Perhatikan di mana kesedaran anda berada. Adakah kesedaran anda berada pada pemanduan anda? Atau kesedaran anda berada pada pertengkaran anda dengan rakan sekerja semalam? Atau kesedaran anda sedang risau bagaimana untuk membayar ansuran kereta minggu depan, sedangkan wang di dalam simpanan sudah hampir habis.

Jika kesedaran anda berada 100% penuh kepada pemanduan, itu petanda bahawa jiwa anda sedang berada di dalam level concious.

Tetapi sekiranya kesedaran anda berada di dalam perkara-perkara yang telah berlalu, mahupun di dalam kerisauan tentang perkara-perkara yang belum berlaku, itu petanda jiwa anda berada di dalam level sub-concious.

Buruknya jiwa yang berada di dalam level sub-concious, ialah ia akan selalu merasa sedih, atau kecewa dengan masa-masa lampau, dan risau tentang perkara-perkara yang masih belum berlaku. Ini sering menyebabkan stress yang tidak diperlukan, sekaligus menghalang penerimaan ilham-ilham yang baik dari Allah.

Walaubagaimanaupun beradanya jiwa di level concious pula, tidak semestinya baik. Jiwa yang berada di level concious memang baik-baik sahaja jika keadaan semasa kehidupan berada di dalam situasi baik. Tapi kata orang, panas tidak selalu hingga ke petang. Maka apabila musibah datang menjelma, jika jiwa berada di level concious, kita seringkali hanya mampu melihat makhluk yang menyampaikan musibah itu. Kita seringkali gagal menyedari bahawa musibah itu adalah perbuatan Allah yang Maha Suci, yang tidak pernah tersilap di dalam setiap perbuatanNya. Kita aka gagal menyedari bahawa, musibah itu adalah sebaik-baik perkara yang sepatutnya berlaku pada diri kita, kerana ia ditentukan oleh HUWA (baca DIA) yang sentiasa memberikan sebaik-baik perkara kepada kita.

Maka yang terbaik adalah untuk berada di dalam level supra-concious. Sekiranya semasa anda memandu, anda menyedari sebenarnya Allah yang menggerakkan diri anda. Allah juga yang menggerakkan kenderaan anda. Allah jugalah yang menggerakkan pemandu-pemandu dan kenderaan-kenderaan yang lain, dan anda tidaklah lebih melainkan hanya menyaksikan perbuataan Allah, maka inilah petanda diri anda berada di dalam level supra-concious. Jiwa di dalam level ini akan lebih mudah menerima takdir-takdir yang kelihatan seperti musibah. Bukan sahaja menerima, bahkan mampu untuk bersyukur dengan segala musibah yang menimpa. Kerana jiwa menyedari segala-galanya itu datang dari Allah, dan Allah sudah tentu tidak akan menentukan, melainkan kebaikan semata-mata.

Jiwa yang berada di level supra-concious ini juga lebih mudah untuk tenang walau di dalam keadaan apa sekalipun yang berlaku. Maka dalam ketenangan seperti inilah, sebaik-baik ilham dari Allah akan turun ke jiwanya. Terkadang ilham-ilham yang tidak masuk akal. Tetapi ilham-ilham inilah yang akhirnya membawa ia keluar dari segala musibah yang menimpa.

Umpama ilham yang sampai kepada Siti Hajar ketika Nabi Ismail 'alaihissalam menangis di tengah-tengah padang pasir. Di mana logiknya berlari-lari di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali? Logiknya berlari-lari sekali sahaja sepatutnya sudah tahu kalau di situ tiada air. Tetapi dengan ilham itulah masalah mereka selesai....

Maafkan saya sekiranya tulisan ini mengganggu saudara. Tapi bukanlah tulisan ini saya fikirkan, tapi ialah ilham yang tiba-tiba menerpa di dalam benak. Maka saya tuliskan kerana saya yakin ia adalah perintah Allah. Mudah-mudahan ada manfaatnya kepada sesiapa yang dikehendaki Allah.

#Dzikir nafas sedar Allah
#3T
#Gabungan Insan Lurus ke Allah (GILA)
#Jurus wali mabuk ilahi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails