- Berfikir yang constructive
- Berfikir yang destructive
- Difikirkan
[Berfikir yang constructive]
Ialah yang dilakukan di dalam keadaan terkawal. Iaitu contohnya semasa kita sedan brainstorming di dalam sebuah mesyuarat untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.
[Berfikir yang destructive]
Ialah yang dilakukan secara tidak terkawal. Contohnya ialah fikiran yang kita fikirkan secara random (rawak) semasa memandu dan sebagainya. Kebanyakan fikiran jenis ini, akan membawa kita samada ke masa lampau, atau ke masa hadapan. Contohnya berfikir tenang konflik yang berlaku semalam di tempat kerja. Atau berfikir tentang apa akan jadi kepada Malaysia selepas PRU nanti... Berfikir perkara-perkara ini cuma akan membawa kita keluar dari now & present moment. Ia akan menjadi penyebab kepada kekesalan & kerisauan. Apabila berfikir tentang masa lampau, kebanyakan masa kita akan merasa menyesal. Apabila berfikir tentang masa akan datang, kita akan merasa risau. Perasaan kesal dan risau ini hanya akan menyebabkan kita berasa stress, tetapi tidak pula menjana counter action yang perlu kita lakukan.
[Difikirkan]
Ialah ilham yang tiba-tiba muncul tanpa sebarang ikhtiar berfikir. Biasanya ilham-ilham begini muncul semasa kita sedang tidak berfikir. Kadang-kadang semasa kita sedang khusyuk melukis, ataupun berehat sambil melihat-lihat pemandangan dan sebagainya. Pokoknya, ia datang ketika kita bukan dalam keadaan berfikir. Di dalam bahasa Jepun, ilham-ilham sebegini dipanggil Hirameki.
Biasanya ilham-ilham yang difikirkan inilah yang sangat-sangat tinggi nilainya. Ia adalah selalunya fikiran-fikiran yang sangat-sangat Out of The Box. Pesan guru saya, bila dikurniakan ilham-ilham sebegini, kuncinya ialah "JUST DO IT, DON'T DELAY."
Bagaimana untuk mendapat ilham-ilham bukan dengan berfikir, tetapi malah difikirkan? Ialah dengan meluaskan kesedaran. Bagaimana pula untuk meluaskan kesedaran? Ya, nanti-nanti pula kita sembang-sembangkan. Jangan ke mana-mana.... I'll be back. Insya Allah.