Jumaat, 27 Oktober 2017

Tenang yang sebenar

Jumaat, 27 Oktober 2017
Tenang yang sebenarnya itu, ialah bukan ketenangan yang dirasai semasa berada di tengah tasik yang indah.

Tenang yang sebenarnya itu ialah ketenangan yang dirasai ditengah-tengah kekecohan dunia. 

0 ulasan

Selasa, 17 Oktober 2017

Hidup ini tiada kebetulan

Selasa, 17 Oktober 2017
Kadang-kala kita rasakan ada perkara-perkara yang berlaku secara kebetulan di dalam hidup kita. Teringin sangat nak hubungi kawan lama yang dah putus hubungan, tiba-tiba terjumpa pula kat supermarket. Terlupa bawak lesen, time tu lah pulak kena tahan dengan polis, masa ada lesen, tak pernah pulak kena tahan. Teringin makan durian, tiba-tiba ada pulak jiran hantar bubur durian.

Sebenarnya tidak ada satu pun "kebetulan" di dalam hidup kita. Setiap yang berlaku kepada diri kita, semuanya..... ya semuanya adalah hambatan-hambatan takdir yang ditentukan oleh Allah dengan mekanisma yang sangat teliti. Dan yang cantiknya, setiap hambatan-hambatan takdir untuk setiap makhluk itu (mikro), bercantum dengan sempurnanya, secara makro kepada setiap makhlukNya dari langit hinggalah ke bumi.

Dan tidaklah Allah hantarkan setiap hambatan-hambatan takdir, baik yang terlihat sebagai nikmat, mahupun yang terlihat sebagai musibah, dengan penuh kasih sayang. Dengan tujuan untuk menuntun setiap hambaNya kepada keselamatan dunia akhirat. Hatta walaupun kepada hambaNya yang paling jahat sekalipun.

Kemudian terpulang kepada kitalah, bagaimana memahami kehendak Allah di dalam setiap takdir.



0 ulasan

Rabu, 4 Oktober 2017

Seputar Takdir

Rabu, 4 Oktober 2017
Bismillahirrahmanirrahim,

Nota untuk diri sendiri sahaja.
Jangan diambil sebagai rujukan.

1. Hukum alam itu takdir


Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; [36:38]

2. Takdir azali


Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. [25:2]

3. Ikhtiar (termasuk doa) adalah takdir hukum alam, namun tidak mampu mengalahkan takdir azali 

Dan dia (Yakub) berkata, “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berbeda; namun demikian aku tidak dapat mempertahankan kamu sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan itu hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya pula bertawakallah orang-orang yang bertawakal.”

Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya ia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan). [12:67-68]

Contoh:
A berniat untuk menganiaya B. Tetapi kerana B telah memohon perlindungan sebelum keluar rumah, A tidak berdaya menganiaya B.

Pada hari yang lain, A berniat untuk menganiaya B, dan berjaya melakukannya walaupun pada hari itu B tetap memohon perlindungan sebelum keluar rumah seperti biasa. Ini adalah kerana, pada hari tersebut B memang telah ditakdirkan untuk bisa teraniaya sedari azali.



0 ulasan