Wednesday, 30 August 2017

Khusyuk Tak Perlu diusahakan

Wednesday, 30 August 2017
Pernah tidak korang tonton cerita yang menyedihkan ?
Mestilah tidak, korang kan orang baik-baik. mana tengok TV. Tapi untuk aku yang kadang-kadang tengok TV, bila menonton kisah-kisah sedih, dengan sendirinya hati menjadi sebak. Kadang-kadang ada yang mengalir air matanya.... (Dalam hati ada taman he he he...) Tak perlu nak usaha-usahakan, otomatik rasa sebak.... Tak perlu nak fokus-fokuskan, otomatik air mata mengalir...

Yang tidak terasa itu ialah kalau tak faham ceritanya. Kalau cerita bahasa Jerman, memanglah tak faham. Atau kalau telinga disumbat penutup, hanya melihat cerita tak mampu mendengar, manakan faham. Bila tak faham, tiadalah mampu merasa sebak.

Begitu jugalah dengan ibadat. Yang menyebabkan tiada rasa khusyuk ialah kerana tak faham, tak dengar, tak nampak...... pada telinga ada sumbatan, pada hati ada kotoran... itulah sebab tak faham ibadah yang dilakukan. Bila tiada faham, tiadalah akan datang rasa.... iaitu khusyuk.

Maka tak perlu diusahakan khusyuk itu.
Yang perlu diusahakan ialah supaya dibersihkan kotoran pada hati, dibuka sumbatan pada telinga, difahamkan ibadat yang dilakukan... maka dengan sendirinya khusyuk akan datang.

Kata Ustaz Khalid Basalamah, khusyuk tidak akan sekali-kali ditemui, selagi dosa dan pahala kita seimbang. Apatah lagi kalau dosa lebih dari pahala. Maka tutuplah segala pintu dosa, lakukanlah amalan rutin... dan khusyuk akan muncul tatkala pahala kita mengatasi dosa....

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails