Sunday, 30 April 2017

Cara Meruqyah Air, Susu Kambing atau Kurma Ajwa

Sunday, 30 April 2017
[ Kegunaan]

Air ruqyah:
  1. Digunakan untuk minum, mandian & pembersihan rumah.
  2.  Minum air ruqyah 3 kali sehari, iaitu pagi, petang dan malam sebelum tidur. Sebelum minum doa di dalam hati mohon kesembuhan dari segala penyakit zahir & batin. (Jangan lupa Bismillah)
  3. Mandi air ruqyah sekali sehari selepas asar. Campurkan air ruqyah dengan sebaldi air paip. Setelah mandi seperti biasa, gunakan air dari baldi ini sebagai bilasan terakhir. Sebelum mandi doa di dalam hati mohon disingkirkan segala kebatilan zahir & batin dari diri. Biarkan air kering sendiri tanpa di lap.
  4. Spray disekeliling rumah dengan air ruqyah sambil membaca ayatul Kursi. Sebelum mula, doa mohon Allah musnahkan segala kebatilan & kejahatan menceroboh ke dalam rumah anda. Lakukan seminggu sekali. Kalau keadaan gangguan teruk, lakukan setiap hari. Jika semasa spray rumah ada bahagian-bahagian yang menyebabkan anda merinding, terus spray lagi di kawasan itu sambil membaca ayatul kursi sehingga rasa merinding hilang.

Susu kambing atau Kurma Ajwa:
  1. Digunakan untuk meneutralkan energi sihir di dalam perut yang disebabkan oleh sihir yang di letakkan di dalam makanan atau minuman.
  2. Sekiranya menggunakan susu kambing, minum 2 kali sehari.
  3. Sekiranya menggunakan kurma ajwa, makan 7 biji setiap pagi sebelum sarapan.
  4. Sebelum minum atau makan, doa kepada Allah mohon dimatikan segala kebatilan zahir & batin yang ada di dalam diri.

[Kaedah ruqyah]
  1. Letakkan 8 botol air 1.5 liter dihadapan anda. (8 botol ini adalah untuk kegunaan seminggu, iaitu 7 botol untuk minum & mandi, manakala 1 botol untuk spray rumah. Jika anda mahu spray rumah setiap hari, sediakan 14 botol air 1.5 liter) Boleh gunakan air mineral, air RO, air filter mahupun air masak biasa.
  2. Letakkan juga susu kambing atau kurma ajwa juga di hadapan anda.
  3.  Baca Al-Fatihah 7 x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  4. Baca Ayatul Kursi 7x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  5. Baca Al-Ikhlas 7x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  6. Baca Al-Falaq 7x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  7. Baca An-Naas 7x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  8. Doa: Ya Allah, dengan rahmatMu jadikanlah bahan-bahan ini sebagai ubat yang menyembuhkan segala penyakit manusia zahir & batin. Amin. Tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  9. Doa: Ya Allah, dengan rahmatMu jadikanlah bahan-bahan ini sebagai penawar yang akan mematikan segala racun zahir & batin yang ada di dalam diri manusia. Amin. Tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  10. Doa: Ya Allah, dengan rahmatMu jadikanlah bahan-bahan ini sebagai penghancur yang akan mematikan dan membatalkan segala sihir. Amin. Tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  11.   Doa: Ya Allah, dengan rahmatMu jadikanlah bahan-bahan ini sebagai pembakar yang akan memusnahkan dan mengusir segala syaitan penganggu manusia. Amin.


Sekian, semoga bermanfaat.
Wallahu’alam.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails