Thursday, 2 February 2017

Menuntaskan gangguan mistik dengan Sedar Allah, satu kajian.

Thursday, 2 February 2017
Katakanlah korang kena serang dengan anjing-anjing. Maka ada 3 cara bagaimana nak hadapi masalah tu.
  1. Yang pertama, lawan dengan anjing-anjing tu.
  2. Yang kedua, lari masuk rumah dan tutup pintu pagar.
  3. Yang ketiga, buat masa  ni biarlah rahsia dulu... sebagai hint... yang ketiga ni dipanggil jalan atas...

Samalah juga kalau korang diganggu jin atau sihir.
Kaedah pertama adalah dengan kaedah ruqyah. Di dalam kaedah ruqyah ni, sebenarnya memang korang akan bertempur dengan syaitan-syaitan yang menganggu. Sebenarnya kaedah ruqyah ni memang satu kaedah yang mantap. Selama hampir 10 ~ 11 tahun, memang inilah kaedah yang aku praktiskan. 

Namun rasanya, tak adil kalau tak dikongsikan kaedah lain yang juga mungkin boleh memberi manfaat. Sebenarnya kaedah kedua ni, masih lagi di dalam peringkat kajian.
Tapi kalau nak tunggu selesai kajian baru nak dikongsikan, aku risau tak pernah akan berlaku.

Maka aku kongsikan juga, semoga dapat disambung kaji oleh para-para muallij mahupun pesakit-pesakit sekeliannya.


Adapun, kesedaran manusia itu berada di dalam tiga peringkat.
Yang pertama adalah peringkat minda sedar (concious mind). Di dalam peringkat inilah kita menjalankan kehidupan kita sehari-hari. Semasa kita bercakap, semasa kita berfikir, semasa kita bekerja, diperingkat inilah jiwa kita berada. Pada peringkat ini, unsur yang dominan adalah akal.

Selain dari peringkat minda sedar, ada satu lagi peringkat kesedaran yang dipanggil bawah sedar (sub-concious mind). Di sinilah segala pengalaman dan pengetahuan kita tersimpan. Minda bawah sedar ini tidak jelas kelihatan di dalam kehidupan sehari-hari, tetapi kesannya kepada kehidupan kita sangatlah besar. Perkara-perkara yang tersimpan di dalam minda bawah sedar inilah yang membentuk sikap kita. Ada orang yang selalu bersikap tenang, ada yang panas baran, ada yang penyayang, ada yang mudah menyalahkan..... semuanya adalah asbab perkara-perkara yang tersimpan di dalam minda di bawah sedar. Di dalam peringkat ini, unsur yang dominan adalah hati.

Lebih malang lagi, pada level minda di bawah sedar inilah terletak kekuatan jin, syaitan dah sihir....Maka apabila anda menghadapi gangguan mistik, walaupun pada zahirnya kelihatan gangguan itu berlaku pada jasad anda, yang sebenarnya syaitan atau sihir telah menyerang bahagian jiwa anda yang berada di dalam peringkat minda bawah sedar.

Selain dari 2 peringkat ini, ada satu lagi peringkat yang dipanggil minda atas sedar (supra concious mind). Peringkat ini adalah peringkat jiwa yang sentiasa sedar kepada Allah. Di dalam bahasa agama, peringkat ini dipanggil MAQAM IHSAN. Pada peringkat ini, unsur yang dominan adalah roh.

Apabila anda menganjakkan jiwa anda dari ruang (sub-concious : concious) kepada (concious : supra concious), syaitan dan sihir tidak dapat menyentuh jiwa anda lagi. Ini serupalah dengan anda masuk ke dalam rumah serta menutup pintu pagar. Anjing-anjing yang menganggu anda tidak dapat menganggu anda lagi. Hanya mampu menyalak-nyalak di luar pagar. Anda dapat menyelamatkan diri anda dari gangguan anjing-anjing, tanpa perlu berperang dengan anjing-anjing itu.

Untuk menganjakkan jiwa anda kepada level sedar Allah, adalah memerlukan kepada kaedah & latihan. Samalah macam baca quran. Memerlukan kepada kaedah & latihan. Masa aku kecik-kecik, aku belajar baca Quran dengan muqaddam. Anak-anak aku pula gunakan kaedah iqra. Lepas tu, sekarang ini ada pula kaedah al-Baghdadi dan sebagainya.

Begitulah juga, untuk mencapai tahap jiwa yang sentiasa sedar Allah ada pelbagai kaedah. Boleh dengan solat khusuk, boleh dengan patrap, boleh dengan dzikir nafas. Tapi sebab aku cuma tahu kaedah dzikir nafas, maka Insya Allah aku cerita yang ini ajelah...

Tapi perlu aku jelaskan, dzikir nafas tidaklah melainkan satu kaedah, bukan matlamat. Matlamatnya adalah sedar Allah. Maka oleh kerana dzikir nafas ini hanyalah kaedah, korang takkan jumpa dzikir nafas ni di dalam Al-Quran mahupun Hadis. Samalah juga, korang takkan jumpa muqaddam, iqra mahupun al-baghdadi di dalam Quran mahupun Hadis. Yang korang akan jumpa di dalam Quran & Hadis adalah tentang tilawatul Quran. Begitulah juga, yang korang akan jumpa di dalam Quran mahupun Hadis adalah Dzikrullah. Juga sebenarnya Dzikir Nafas ini bukanlah satu method untuk rawatan gangguan mistik. Ianya adalah tool untuk melatih sedar Allah. Namun aku perhatikan kesannya di dalam menuntaskan masalah gangguan mistik adalah sangat significant.

Satu perkara lagi, ada satu fine tuning yang perlu kita lakukan sebelum membahas tentang dzikir nafas ini.
Iaitu tentang erti Dzikir Allah.
Selama ini, kita diajar Dzikir Allah = Mengingat Allah
Tapi erti Dzikir Allah yang sebenar-benarnya adalah Sedar Allah.
Apabila kita faham bahawa Dzikir Allah itu sebenarnya adalah "Sedar Allah"  bukannya "Ingat Allah" barulah kita boleh memahami kaedah Dzikir Nafas.
Mengingat itu adalah aktiviti akal, manakala sedar itu pula adalah aktiviti jiwa. Jiwa di dalam bahasa Arab adalah di panggil nafs.
Tapi jangan konfius dengan nafas. Nafas adalah udara yang keluar masuk dari hidung kita.
Manakala nafs pula adalah jiwa......
Perhatikan perintah Allah di dalam surah al-'araf ayat 205


Allah berfirman, wadzkurabbaki fi nafsika......
Dan sedarlah kepada Rabb kamu di dalam nafs (jiwa) kamu....

Maka untuk praktik Dzikir nafas itu ada 4 level. 3 darinya boleh kita ikhtiarkan. Yang ke-4, hanyalah rahmat dariNYA. Takkan mampu kita capai dengan ikhtiar diri kita.

Dzikir Nafas Level 1:
Pada level ini, matlamatnya adalah untuk memisahkan jiwa dengan jasad anda.

Kaedahnya adalah sangat mudah.
Duduk diam dan perhatikan nafas anda yang keluar dan masuk. Yang penting jangan diatur nafasnya. Biarkan sahaja ia keluar dan masuk dengan semulajadi. Sampai di satu tahap, anda akan sedar, apabila nafas anda telah habis disedut, akan ada satu daya yang menyebabkan ia keluar kembali. Dan bila nafas anda telah habis dikeluarkan, anda akan sedar ada satu daya yang menyebabkan ia disedut kembali.

Pada akhirnya anda akan dapat menyaksikan 3 pecahan:
  • Yang berkehendak supaya anda bernafas ---> Tidak lain dan tidak bukan, itulah DIA, tiada lain melainkan DIA semata-mata.
  • Yang bernafas ---> itulah dia jasad anda.
  • Yang memerhatikan anda bernafas ---> itulah dia jiwa anda.

Dzikir Nafas Level 2:
Pada level ini, matlamatnya adalah untuk memisahkan jiwa, jasad, qalbu dan akal anda.

Kaedahnya juga sangat mudah:
Apabila anda menarik nafas, sebutlah "Hu" di dalam hati anda.
Apabila anda mengeluarkan nafas, sebutlah "Allah" di dalam hati anda.
Tidak semestinya Hu Allah, boleh saja anda sebut apa-apa lafaz dzikir yang serasi dengan anda.
Boleh sahaja " Ya Allah" atau " Ya Rahman" atau apa-apa yang sesuai...

Pada ketika ini, anda akan dapat memerhatikan 5 pecahan:
  • Yang berkehendak supaya anda bernafas ---> Tidak lain dan tidak bukan, itulah DIA, tiada lain melainkan DIA semata-mata.
  • Yang bernafas ---> itulah dia jasad anda.
  • Yang menguruskan anda untuk menyebut Hu Allah ---> itulah akal anda
  • Yang menyebut Hu Allah ---> itulah hati atau qalbu anda
  • Yang memerhatikan anda bernafas dan menyebut Hu Allah ---> itulah dia jiwa anda.

Sangat penting untuk memisahkan diri anda. Kerana untuk sedar Allah anda akan menggunakan jiwa anda. Sukar untuk melakukannya kalau anda masih tak kenal yang mana satukah jiwa anda.

Dzikir Nafas Level 3:
Pada level ini matlamatnya adalah untuk berlatih sedar dan berserah kepada Allah.

Kaedahnya juga sangat mudah:
Apabila anda menarik nafas sambil menyebut Hu di dalam hati anda, gerakkan jiwa anda menuju kepada Allah.
Apabila anda melepaskan nafas sambil menyebut Allah di dalam hati anda, serahkan segala-galanya kepada Allah.

Setiap hari carilah masa di dalam 20 ~ 30 minit.
Duduk dengan tenang, sebaiknya di dalam keadaan duduk iftirasy. Dan lakukanlah kaedah-kaedah di atas. Sesudah itu, usahakanlah untuk lakukan dzikir nafas di dalam apa jua keadaan. Selamat mencuba dan berusaha....



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails