Saturday, 7 January 2017

Mempertuhankan Amalan

Saturday, 7 January 2017

"Aku buat benteng 3 qul setiap selepas solat. Nak tidur pun tak pernah tinggal. Tapi kenapa aku masih diganggu syaitan lagi?"

Sekali imbas seolah-olah tiada apa yang silap dengan kenyataan di atas. Tetapi sebenarnya, ada sesuatu yang sangat silap dengannya.

Ketahuilah tiada yang mampu memberi sebarang manfaat atau mudharat, melainkan DIA dan hanya DIA semata-mata.

Tiadalah sebarang amalan kita, melainkan hanyalah borang permohonan padanya jua... Maka janganlah kita mempersekutukan DIA dengan amalan kita pula hendaknya...


0 comments

Thursday, 5 January 2017

Memahami Interlock Sunatullah for Engineers

Thursday, 5 January 2017
Katakanlah ada seseorang yang berniat untuk menyihir anda. Maka dia pun menekan "start button."
 

Namun tidaklah sihir itu akan berlaku melainkan ada salah satu dari SW1 ~ SW3 berada di dalam keadaan closed.

Di sini:

  • SW1 = anda ada mensyirikkan Allah dengan pengamalan amalan-amalan khurafat. 
  • SW2 = anda ada mengabaikan amalan-amalan fardhu. 
  • SW3 = anda sedang dipersiapkan oleh Allah untuk peningkatan maqam.
Maka apabila ada salah satu dari SW1 ~ SW3 berada di dalam keadaan closed, maka relay akan di "energized" dan motor (sihir) pun akan bekerja ke atas diri anda.

Dan apabila anda bertaubat & memohon pertolongan Allah (menekan butang stop) maka relay akan "de-energized" dan motor (sihir) akan berhenti bekerja.


Namun satu perkara penting, tiadalah kemampuan orang yang ingin menganiaya anda, mahupun anda sendiri melainkan hanya menekan suis-suis belaka. Menekan suis ini, sebenarnya tiada lebih daripada membuat pilihan semata-mata.


Bagaimanapun anda menekan suis, sekiranya tiada sumber tenaga elektrik dariNYA, maka tiada apa yang akan berlaku. Maka tiadalah yang sebenar-benar penggerak, melainkan DIA dan DIA semata-mata.


Maka apabila anda memilih untuk mengangkat tangan anda, tiadalah ia terangkat melainkan diangkatkan olehNYA. Dan tiada pula terangkat tangan anda, sekiranya ada interlock-interlock yang menghalangnya. Namun DIA adalah master programmer.  Boleh sahaja DIA mengubah segala interlock-interlock mengikut kehendakNYA.


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails