Tuesday, 17 October 2017

Hidup ini tiada kebetulan

Tuesday, 17 October 2017
Kadang-kala kita rasakan ada perkara-perkara yang berlaku secara kebetulan di dalam hidup kita. Teringin sangat nak hubungi kawan lama yang dah putus hubungan, tiba-tiba terjumpa pula kat supermarket. Terlupa bawak lesen, time tu lah pulak kena tahan dengan polis, masa ada lesen, tak pernah pulak kena tahan. Teringin makan durian, tiba-tiba ada pulak jiran hantar bubur durian.

Sebenarnya tidak ada satu pun "kebetulan" di dalam hidup kita. Setiap yang berlaku kepada diri kita, semuanya..... ya semuanya adalah hambatan-hambatan takdir yang ditentukan oleh Allah dengan mekanisma yang sangat teliti. Dan yang cantiknya, setiap hambatan-hambatan takdir untuk setiap makhluk itu (mikro), bercantum dengan sempurnanya, secara makro kepada setiap makhlukNya dari langit hinggalah ke bumi.

Dan tidaklah Allah hantarkan setiap hambatan-hambatan takdir, baik yang terlihat sebagai nikmat, mahupun yang terlihat sebagai musibah, dengan penuh kasih sayang. Dengan tujuan untuk menuntun setiap hambaNya kepada keselamatan dunia akhirat. Hatta walaupun kepada hambaNya yang paling jahat sekalipun.

Kemudian terpulang kepada kitalah, bagaimana memahami kehendak Allah di dalam setiap takdir.



0 comments

Wednesday, 4 October 2017

Seputar Takdir

Wednesday, 4 October 2017
Bismillahirrahmanirrahim,

Nota untuk diri sendiri sahaja.
Jangan diambil sebagai rujukan.

1. Hukum alam itu takdir


Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; [36:38]

2. Takdir azali


Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. [25:2]

3. Ikhtiar (termasuk doa) adalah takdir hukum alam, namun tidak mampu mengalahkan takdir azali 

Dan dia (Yakub) berkata, “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berbeda; namun demikian aku tidak dapat mempertahankan kamu sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan itu hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya pula bertawakallah orang-orang yang bertawakal.”

Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya ia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan). [12:67-68]

Contoh:
A berniat untuk menganiaya B. Tetapi kerana B telah memohon perlindungan sebelum keluar rumah, A tidak berdaya menganiaya B.

Pada hari yang lain, A berniat untuk menganiaya B, dan berjaya melakukannya walaupun pada hari itu B tetap memohon perlindungan sebelum keluar rumah seperti biasa. Ini adalah kerana, pada hari tersebut B memang telah ditakdirkan untuk bisa teraniaya sedari azali.



0 comments

Saturday, 9 September 2017

Tazkiyatun Nafs dan Ihsan

Saturday, 9 September 2017

" “Tiga perkara yang apabila seseorang melakukannya, dia akan merasakan manisnya iman:

(1) Seseorang beribadah kepada Allah saja, tidak ada sesembahan yang haq selain Dia,

(2) Seseorang mengeluarkan zakat malnya setiap tahun, tidak mengeluarkan yang tua, yang jelek, atau yang sakit. Namun, dibayarkan dari harta kalian yang tidak terlalu mahal, karena Allah  tidak meminta yang terbaik kepada kalian, juga tidak memerintah yang terjelek.

(3) Seseorang membersihkan jiwanya.” Ada yang bertanya, “Apakah yang dimaksud membersihkan jiwanya?” Rasululllah menjawab, “Dia meyakini bahwa Allah  bersamanya (mengawasi dan mengetahui) di mana pun ia berada.”

(HR. ath-Thabarani dan al-Baihaqi, dinyatakan sahih oleh al-Albani)


0 comments

Wednesday, 30 August 2017

Khusyuk Tak Perlu diusahakan

Wednesday, 30 August 2017
Pernah tidak korang tonton cerita yang menyedihkan ?
Mestilah tidak, korang kan orang baik-baik. mana tengok TV. Tapi untuk aku yang kadang-kadang tengok TV, bila menonton kisah-kisah sedih, dengan sendirinya hati menjadi sebak. Kadang-kadang ada yang mengalir air matanya.... (Dalam hati ada taman he he he...) Tak perlu nak usaha-usahakan, otomatik rasa sebak.... Tak perlu nak fokus-fokuskan, otomatik air mata mengalir...

Yang tidak terasa itu ialah kalau tak faham ceritanya. Kalau cerita bahasa Jerman, memanglah tak faham. Atau kalau telinga disumbat penutup, hanya melihat cerita tak mampu mendengar, manakan faham. Bila tak faham, tiadalah mampu merasa sebak.

Begitu jugalah dengan ibadat. Yang menyebabkan tiada rasa khusyuk ialah kerana tak faham, tak dengar, tak nampak...... pada telinga ada sumbatan, pada hati ada kotoran... itulah sebab tak faham ibadah yang dilakukan. Bila tiada faham, tiadalah akan datang rasa.... iaitu khusyuk.

Maka tak perlu diusahakan khusyuk itu.
Yang perlu diusahakan ialah supaya dibersihkan kotoran pada hati, dibuka sumbatan pada telinga, difahamkan ibadat yang dilakukan... maka dengan sendirinya khusyuk akan datang.

Kata Ustaz Khalid Basalamah, khusyuk tidak akan sekali-kali ditemui, selagi dosa dan pahala kita seimbang. Apatah lagi kalau dosa lebih dari pahala. Maka tutuplah segala pintu dosa, lakukanlah amalan rutin... dan khusyuk akan muncul tatkala pahala kita mengatasi dosa....

0 comments

Sunday, 4 June 2017

Kesan membaca Al-Quran tanpa kefahaman

Sunday, 4 June 2017

Tidak syak sebaik-baik cara pembacaan Al-Quran adalah dengan kefahaman & tadabbur. Tetapi apakah membaca Al-Quran tanpa kefahaman itu sia-sia?

Pernah tak korang mendengar lagu-lagu instrumental yang tidak mempunyai lirik? Yang bila mendengarnya hati anda terasa sayu?

Atau pernahkah korang mendengar lagu instrumental berirama techno, yang menyebabkan korang rasa macam nak bangun ber aerobik ?

Lalu kalau mendengar lagu-lagu instrumental yang tiada apa-apanya itu juga berpengaruh pada hati, apatah pula dengan Al-Quran yang merupakan mukjizat. Dan sudah tentu pengaruh suara dari Al-Quran itu, adalah kebaikan yang membawa kepada kejayaan dunia, apatah lagi akhirat.


0 comments

Sunday, 30 April 2017

Cara Meruqyah Air, Susu Kambing atau Kurma Ajwa

Sunday, 30 April 2017
[ Kegunaan]

Air ruqyah:
  1. Digunakan untuk minum, mandian & pembersihan rumah.
  2.  Minum air ruqyah 3 kali sehari, iaitu pagi, petang dan malam sebelum tidur. Sebelum minum doa di dalam hati mohon kesembuhan dari segala penyakit zahir & batin. (Jangan lupa Bismillah)
  3. Mandi air ruqyah sekali sehari selepas asar. Campurkan air ruqyah dengan sebaldi air paip. Setelah mandi seperti biasa, gunakan air dari baldi ini sebagai bilasan terakhir. Sebelum mandi doa di dalam hati mohon disingkirkan segala kebatilan zahir & batin dari diri. Biarkan air kering sendiri tanpa di lap.
  4. Spray disekeliling rumah dengan air ruqyah sambil membaca ayatul Kursi. Sebelum mula, doa mohon Allah musnahkan segala kebatilan & kejahatan menceroboh ke dalam rumah anda. Lakukan seminggu sekali. Kalau keadaan gangguan teruk, lakukan setiap hari. Jika semasa spray rumah ada bahagian-bahagian yang menyebabkan anda merinding, terus spray lagi di kawasan itu sambil membaca ayatul kursi sehingga rasa merinding hilang.

Susu kambing atau Kurma Ajwa:
  1. Digunakan untuk meneutralkan energi sihir di dalam perut yang disebabkan oleh sihir yang di letakkan di dalam makanan atau minuman.
  2. Sekiranya menggunakan susu kambing, minum 2 kali sehari.
  3. Sekiranya menggunakan kurma ajwa, makan 7 biji setiap pagi sebelum sarapan.
  4. Sebelum minum atau makan, doa kepada Allah mohon dimatikan segala kebatilan zahir & batin yang ada di dalam diri.

[Kaedah ruqyah]
  1. Letakkan 8 botol air 1.5 liter dihadapan anda. (8 botol ini adalah untuk kegunaan seminggu, iaitu 7 botol untuk minum & mandi, manakala 1 botol untuk spray rumah. Jika anda mahu spray rumah setiap hari, sediakan 14 botol air 1.5 liter) Boleh gunakan air mineral, air RO, air filter mahupun air masak biasa.
  2. Letakkan juga susu kambing atau kurma ajwa juga di hadapan anda.
  3.  Baca Al-Fatihah 7 x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  4. Baca Ayatul Kursi 7x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  5. Baca Al-Ikhlas 7x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  6. Baca Al-Falaq 7x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  7. Baca An-Naas 7x dan tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  8. Doa: Ya Allah, dengan rahmatMu jadikanlah bahan-bahan ini sebagai ubat yang menyembuhkan segala penyakit manusia zahir & batin. Amin. Tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  9. Doa: Ya Allah, dengan rahmatMu jadikanlah bahan-bahan ini sebagai penawar yang akan mematikan segala racun zahir & batin yang ada di dalam diri manusia. Amin. Tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  10. Doa: Ya Allah, dengan rahmatMu jadikanlah bahan-bahan ini sebagai penghancur yang akan mematikan dan membatalkan segala sihir. Amin. Tiup kepada bahan-bahan tersebut.
  11.   Doa: Ya Allah, dengan rahmatMu jadikanlah bahan-bahan ini sebagai pembakar yang akan memusnahkan dan mengusir segala syaitan penganggu manusia. Amin.


Sekian, semoga bermanfaat.
Wallahu’alam.





0 comments

Monday, 24 April 2017

Panduan Menghadapi Sihir Mahabbah & Sihir Tafriq

Monday, 24 April 2017
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بسم الله الرحمن الرحيم

Menghadapi sihir mahabbah (cinta) & sihir tafriq (pemisah) sememangnya ada cabarannya tersendiri. 

Terkadang kedua-dua sihir ini dilakukan serentak. Biasanya untuk merebut isteri / suami orang lain. Sihir mahabbah dilakukan agar korban jatuh cinta kepada pengupah / penyihir, manakala sihir tafriq dilakukan agar korban benci kepada pasangannya.

Cabaran menghadapi sihir jenis ini, adalah kerana biasanya pesakit tidak sedar bahawa ia sedang disihir. Pesakit biasanya hanya merasakan bahawa itu hanyalah perasaannya sendiri sahaja. Dalam keadaan ini, memang sukar untuk memujuk pesakit agar mahu dirawat.

Di kongsikan di sini, beberapa langkah awal, agar kekuatan sihir dapat dilemahkan dan pesakit dapat dipujuk untuk menerima rawatan secara berdepan. Kaedah-kaedah yang dikongsikan adalah untuk dilakukan oleh pasangan, ataupun ahli keluarga terdekat pesakit.

A. Persediaan pertama (Tazkiyatun-Nafs - Pembersihan Jiwa)

Peringkat ini adalah sangat penting. Jika peringkat ini diabaikan, hampir-hampir pasti peringkat seterusnya tidak akan memberi kesan. Sumber kekuatan kita sebagai seorang Islam adalah hanya dari Allah. Segala pengingkaran terhadap Allah akan menjauhkan kita dari rahmat dan pertolonganNya.


Membersihkan tauhid : perhatikan jika ada amalan-amalan khurafat di dalam keluarga. Jika ada sebarang penggunaan tangkal & azimat, sila musnahkan dengan segera. Jika ada sebarang amalan & keilmuan kebatinan, kesaktian, mahupun wirid-wirid yang berunsur syirik, sila tinggalkan dan bertaubat dengan segera. Juga jangan sesekali melawan sihir dengan sihir. Walaupun peringkat awal akan kelihatan seperti berkesan, dari jangkamasa panjang akan membawa kemudaratan yang fatal !!!

Memperbetulkan amalan : meninggalkan segala amalan maksiat dan mendirikan segala amalan fardhu. Antara amalan maksiat yang selalu kita terlepas pandang adalah maksiat mata & maksiat mulut (terutama mengumpat). Manakala amalan fardhu yang selalu kita remehkan adalah melewatkan solat tanpa ada darurat, dan meremehkan solat berjemaah.

B. Persediaan kedua (Menguatkan roh = hubungan yang erat dengan Allah)

Menentang sihir, bererti anda akan berhadapan dengan satu kumpulan samseng terancang. Yang terdiri dari gabungan syaitan manusia dan syaitan jin. Makanya, tanpa hubungan yang erat dengan Allah, tidak mudah untuk menghadapi mereka-mereka ini. 

Ada dua amalan yang sangat penting untuk anda lakukan secara konsisten (istiqamah);
1) Benteng diri
2) Menguatkan roh

Untuk benteng diri, bacalah ayat-ayat berikut setiap pagi dan petang;
  • Al-Fatihah
  • Surah Al-Baqarah (1-5)
  • Surah Al-Baqarah (255-257)
  • Surah Al-Baqarah (284-286)
  • Surah Al-Ikhlas 3x
  • Surah Al-Falaq 3x
  • Surah An-Naas 3x
  • Hasbiyallahulaaillahaillahu.... sehingga akhir 7x
  • Bismillah penggerak 3x
  • Kalimah tammah pendek 3x
Semua ayat-ayat ini boleh di dapati di dalam al-mathurat.
Lebih baik lagi jika anda boleh mengamalkan keseluruhan al-mathurat ataupun ayat-ayat manzil. Mulakanlah setiap amalan dengan istigfar 3x dan selawat 3x untuk meluruskan jiwa kepada Allah.

Juga jangan lupa ambil wuduk sebelum tidur & mengamalkan sunnah-sunnah tidur.

Untuk menguatkan roh:

Kaedah yang pertama, juga yang paling mudah adalah dengan Zikir ismu zat (Allah). Riadahnya adalah seperti di bawah:
  1. Ambil wuduk.
  2. Kalau mampu, duduklah sambil menghadap kiblat.
  3. Buka amalan dengan Ta'awuz, Basmallah, Istigfar 3x dan Selawat 3x.
  4. Tarik nafas.
  5. Sebutkan lafaz Allah Allah Allah..... dengan nafas berbisik sehingga habis nafas.
  6. Ulang langkah 4 - 5.
  7. Dicadangkan agar dilakukan selama 50 - 60 minit setiap hari. Ataupun sebanyak 5000x lafaz Allah.
  8. Boleh dilakukan di dalam beberapa sessi.
Juga amalkan membaca surah-surah berikut setiap hari. Jika mampu, bacalah dengan taddabbur.
Al-Waqiah: :Selepas Subuh
Yasin : Selepas Asar
As-Sajdah & Al-Mulk: Selepas Mahgrib atau Isyak

Juga selalu melafazkan Laailla ha illallah di dalam hati. Boleh juga dengan lafaz Hu Allah sekiranya anda adalah pengamal dzikir nafas.

B. Persediaan ketiga (Memusnahkan buhul sihir)

Setiap sihir sudah pasti mempunyai buhul. Buhul ini mempunyai 2 bahagian. Buhul transmitter yang menjadi sumber tenaga sihir. Dan buhul receiver yang berada di dalam tubuh pesakit. Umpama handphone, ada tiang-tiang transmitter, dan ada receiving device di dalam hp anda. Sekiranya salah satu musnah, sihir akan dapat dihentikan. Tetapi di dalam kes-kes sihir, biasanya akan ada syaitan yang bertugas menjaga receiver di dalam badan pesakit. Jika receiver musnah, receiver baru akan segera dipasang. Oleh kerana itu, adalah penting untuk memusnahkan buhul transmitter yang menjadi sumber tenaga sihir.

Sekiranya mampu, kaedah ini baik dilakukan secara berjemaah oleh seluruh ahli keluarga pesakit. Juga, sebenarnya kaedah ini sangat berkesan di lakukan di hadapan pesakit, tetapi di dalam kes-kes pesakit tidak mahu dirawat, ianya boleh dilakukan tanpa kehadiran pesakit. Jika tanpa kehadiran pesakit, baik juga jika disediakan gambar pesakit.

Kaedahnya seperti berikut:

Sebaiknya buat solat taubat 2 rakaat & solat hajat 2 rakaat terlebih dahulu.

Buka dengan Ta'awuz, Basmallah, Istigfar 3x dan Selawat 3x dan kalimah berserah Lahaulawala quwwta illa billah 3x

Kemudian baca 3 qul tiupkan di tapak tangan lalu usapkan ke seluruh tubuh 3 kali dengan niat membenteng diri.

Kemudian tetapkan niat ruqyah sebagai contoh di bawah:
Ya Allah kami menghubungkan jiwa dan raga dengan buhul sihir yang telah menzalimi si ....... (Fulan / Fulanah)
Ya Allah, hubungkanlah bacaan ruqyah kami dengan buhul sihir yang telah menzalimi si .... (Fulan / Fulanah)
Hancurkanlah, musnahkanlah semua buhul sihir itu ya Rab. Putuskanlah hubungan buhul sihir dengan jiwa raga Fulan / fulanah secara sempurna. Aaamin...

Bacakan ayat-ayat ruqyah berikut sebanyak 7x setiap satu:
Al-Fatihah
Al-Hasyr (21-24)
Ayatul Kursi
Al-A'raf (117-122)
Yunus (81-82)
Toha (69)
Al-Ikhlas 
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian hembuskan dengan tiupan yang panjang ke arah gambar pesakit atau arah yang diniatkan sebagai lokasi buhul sihir, sekiranya tidak menggunakan gambar.

Selesai melakukan teknik ini, baca 3 qul tiupkan di tapak tangan lalu usapkan ke seluruh tubuh 3 kali dengan niat membersihkan diri dari imbas energi negatif yang mungkin berhubungan dengan anda & pasien.

Lakukan kaedah ini setiap hari secara konsisten. Sekiranya pesakit telah mula berlembut, ajaklah untuk berubat secara berdepan dengan perawat-perawat syar'i. 

Juga anjurkan pesakit agar melakukan amalan benteng diri dan zikir ismu zat. Dari pengalaman, zikir ismu zat mempunyai kesan yang sangat baik di dalam menghilangkan rasa marah dan benci, terutama yang timbul akibat gangguan jin atau sihir.

Sekiranya anda menerima serang balas tukang sihir setelah melakukan kaedah ini, anda boleh menggunakan kaedah yang sama untuk menyerang tukang sihir. Tetapi sekiranya tiada serang balas, saya sangat-sangat menyarankan agar anda tidak menyerang tukang sihir. Pada pandangan saya, berperang dengan tukang sihir profesional, adalah sesuatu yang sangat leceh dan memenatkan. Oleh itu elakanlah sekiranya tiada keperluan.

Tetapi sekirnya perlu, caranya adalah dengan menukarkan niat seperti berikut:

Ya Allah kami menghubungkan jiwa dan raga dengan PENYIHIR yang telah menzalimi si ....... (Fulan / Fulanah)
Ya Allah, hubungkanlah bacaan ruqyah kami dengan PENYIHIR yang telah menzalimi si .... (Fulan / Fulanah)
Hancurkanlah, musnahkanlah semua PENYIHIR itu ya Rab. Putuskanlah hubungan PENYIHIR dengan jiwa raga Fulan / fulanah secara sempurna. Aaamin...

Setelah ruqyah yang sama dibacakan, tiuplah ke arah yang diniatkan sebagai lokasi penyihir.

Begitulah serba-sedikit. Semoga bermanfaat.

Wallahu'alam.







0 comments

Thursday, 5 January 2017

Memahami Interlock Sunatullah for Engineers

Thursday, 5 January 2017
Katakanlah ada seseorang yang berniat untuk menyihir anda. Maka dia pun menekan "start button."
 

Namun tidaklah sihir itu akan berlaku melainkan ada salah satu dari SW1 ~ SW3 berada di dalam keadaan closed.

Di sini:

  • SW1 = anda ada mensyirikkan Allah dengan pengamalan amalan-amalan khurafat. 
  • SW2 = anda ada mengabaikan amalan-amalan fardhu. 
  • SW3 = anda sedang dipersiapkan oleh Allah untuk peningkatan maqam.
Maka apabila ada salah satu dari SW1 ~ SW3 berada di dalam keadaan closed, maka relay akan di "energized" dan motor (sihir) pun akan bekerja ke atas diri anda.

Dan apabila anda bertaubat & memohon pertolongan Allah (menekan butang stop) maka relay akan "de-energized" dan motor (sihir) akan berhenti bekerja.


Namun satu perkara penting, tiadalah kemampuan orang yang ingin menganiaya anda, mahupun anda sendiri melainkan hanya menekan suis-suis belaka. Menekan suis ini, sebenarnya tiada lebih daripada membuat pilihan semata-mata.


Bagaimanapun anda menekan suis, sekiranya tiada sumber tenaga elektrik dariNYA, maka tiada apa yang akan berlaku. Maka tiadalah yang sebenar-benar penggerak, melainkan DIA dan DIA semata-mata.


Maka apabila anda memilih untuk mengangkat tangan anda, tiadalah ia terangkat melainkan diangkatkan olehNYA. Dan tiada pula terangkat tangan anda, sekiranya ada interlock-interlock yang menghalangnya. Namun DIA adalah master programmer.  Boleh sahaja DIA mengubah segala interlock-interlock mengikut kehendakNYA.


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails