Friday, 30 December 2016

Memicu Sadar Allah Dengan Nafas

Friday, 30 December 2016

Di dalam kaedah NLP, anchoring digunakan untuk memicu sesuatu keadaan jiwa dengan menggunakan anchor. Saintis Rusia Ivan Pavlov memicu kesedaran anjing dengan mengaitkan bunyi loceng dengan makanan. Setelah dilatih beberapa lama, anjing tersebut akan beremosi seolah-olah melihat makanan apabila terdengar bunyi loceng. Di dalam eksperimen ini, bunyi loceng digunakan sebagai anchor. Setiap kali loceng berbunyi, ia akan memicu kesedaran anjing tersebut terhadap makanan. Perkara yang penting di dalam kaedah anchoring ini adalah intensitas. Semakin kerap anchor dikaitkan dengan sesuatu keadaan tertentu, semakin kuat ia menancap di dalam kesedaran.

Keadaan ini juga sebenarnya adalah sama bagi manusia. Manusia boleh terpicu kepada sesuatu kesedaran apabila terdedah kepada sesuatu anchor. Seorang anak yang selalu didodoikan oleh ibu yang selalu memakai bau-bauan tertentu, apabila besar boleh tiba-tiba menjadi tenang apabila tercium bau-bauan yang sama. Di dalam jiwa anak itu, bau tersebut telah di "anchor"kan dengan rasa tenang.

Pernah masa aku ikut satu jemaah, aku lihat ramai murid-murid senior sentiasa membawa tasbih. Semasa bersembang tangan mereka tetap memusing tasbih. Sebenarnya hasil mujahadah mereka berzikir dengan tasbih, tasbih itu telah ter"anchor" dengan dzikir di dalam jiwa mereka. Maka apabila tasbih diputar, secara automatik dzikir kepada Allah terpicu di dalam jiwa mereka. Aku pun ikut putar tasbih jugak... tapi tak jadi apa-apa... sebab aku tak cukup berlatih... he he he....

Sebenarnya, ada suatu lagi anchor yang jauh terlebih baik dari tasbih. Iaitulah.... nafas.... Ini adalah kerana beberapa sebab:
  1. Nafas sentiasa ada pada diri kita selagimana kita belum mati.
  2. Nafas adalah bahagian dari gerak Allah. Mengikuti nafas tanpa mengaturnya, membawa kita bukan sahaja kepada sedar Allah, tetapi juga kepada berserah kepada kehendak Allah.
Sedar Allah yang dipicu oleh nafas ini, berlaku di dalam jiwa (nafs). Bukannya di dalam fikiran. Gerak nafas akan menjadi "anchor" kepada keadaan jiwa (nafs).  

Oleh itu, sedar Allah yang sebegini akan tetap dapat berlaku walaupun kita sedang sibuk di dalam aktiviti harian kita. Kerana ia tidak berlaku di dalam fikiran, mahupun hati kita. Ianya berlaku di dalam jiwa (nafs) kita. Sebenarnya inilah yang diperintahkan oleh Allah di dalam surah al-'araf ayat ke 205.

Allah berfirman: wadzkurrobbaka fi nafsika.....
Berdzikirlah kamu kepada Rob kamu di dalam nafs (jiwa) kamu....
Perhatikan... Allah memerintahkan kita untuk  berdzikir di dalam nafs (jiwa) bukannya qalb (hati)....

Maka bagaimanakah kaedahnya untuk berdzikir di dalam nafs (jiwa) ?
Apakah bezanya nafs (jiwa) dengan qalb (hati) ?

Sebelum meneruskan lagi, perlu difahami 3 perkara yang berbeza:
  1. "Ingat" adalah aktiviti yang dilakukan oleh akal
  2. "Rasa" adalah aktiviti yang dilakukan oleh hati (qalb)
  3. "Sedar" adalah aktiviti yang dilakukan oleh jiwa (nafs)  
Maka yang dimaksudkan dengan "wadzkurrobbaka fi nafsika" adalah agar sedar kepada Allah di dalam nafs (jiwa), bukannya ingat kepada Allah di dalam akal, mahupun merasakan Allah di dalam hati. Adapun untuk praktiknya, silalah lihat kepada video di bawah:
  
 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails