Friday, 30 December 2016

Bersyariat Tanpa Makrifat

Friday, 30 December 2016
Katakanlah korang ada sebiji kereta, dan korang kena pergi ke Kuala Lumpur. Tapi korang tak tahu bahagian mana kat Kuala Lumpur yang korang kena pergi. Rasa-rasanya boleh tak korang sampai ke destinasi tujuan ?

Maka begitulah... syariat itu adalah kenderaan untuk menuju Allah. Manakala makrifat itu adalah mengenal Allah. Kalau tidak dikenal Allah (makrifat), maka mana mungkin boleh sampai walaupun ada kenderaan (syariat).

Ramai kita salah faham... kita ingat makrifat itu adalah maqam yang dicapai setelah menjalankan syariat... 

Sebenarnya syariat itulah maqam yang dicapai setelah mengenal makrifat...

Bersyariat tanpa makrifat itulah yang membawa kepada ujub, riak dan takkabur.....

Manakala bersyariat setelah makrifat, mana mampu untuk ujub, riak dan takkabur.....

Bersyariat setelah makrifat, akan membawa kepada menjalankan syariat dengan sebaik-baik perlaksanaan... menjalankan syariat dengan sebaik-baik perlaksanaan itulah tugas seorang khalifah...

Maka ingatlah.... adalah penghujung ilmu makrifat itu, merupakan permulaan kepada ilmu syariat...

 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails