Thursday, 3 November 2016

Kesan Zikir Nafas Kepada Gangguan

Thursday, 3 November 2016

"Innahu min sulaiman wa innahu bismillahirrahmanirrahim ala ta'lu 'alaiya wa ta' nu muslimin, dengan nama Allah dan dengan izin Allah, sekiranya di dalam tubuh badan ku ini ada makhluk-makhluk jin, saya arahkan anda untuk bergerak ke hujung jari telunjuk tangan kanan



[Kes pertama]
Aku baru balik dari merawat seorang pesakit dan sedang memandu ke tempat kerja.
Sambil memandu aku melakukan zikir nafas dengan tujuan untuk melatih sedar Allah. Tapi semakin lama aku rasa semakin mengantuk. Kedua-dua tangan aku pula semakin kebas. Kaki pun kebas juga. Akhirnya aku memberhentikan kereta di sebuah stesen minyak.

Dalam keadaan yang begitu mengantuk dan kebas, aku mohon pertolongan Allah.
"Innahu min sulaiman wa innahu bismillahirrahmanirrahim ala ta'lu 'alaiya wa ta' nu muslimin, dengan nama Allah dan dengan izin Allah, sekiranya di dalam tubuh badan ku ini ada makhluk-makhluk jin, saya arahkan anda untuk bergerak ke hujung jari telunjuk tangan kanan saya. Dan angkatkanlah jari itu dengan penuh ketaatan kepada Allah," kata aku memberi perintah dengan salah satu teknik rawatan standard perawat Akrine.

Dan sangat mengejutkan, jari telunjuk kanan aku terangkat dalam keadaan tangan yang sangat kebas. Bertahun-tahun buat ikhtiar rawatan, tak pernah aku dapat berinteraksi dengan jin dalam badan aku sendiri. Itulah kali pertama aku berinteraksi dengan jin dalam badan aku sendiri. Memendekkan bicara, jin-jin tersebut mengaku datang jin-jin sihir yang datang dari pesakit yang aku rawat tadi. Dengan izin Allah, semua jin dikeluarkan Alhamdullillah. Barulah rasa mengantuk dan kebas hilang....

[Kes kedua]
Dari pagi aku rasa sesak nafas dan galau. Tapi aku dapat rasa, selain bisikan-bisikan dari syaitan halus yang standard, terdapat juga gangguan dari jin-jin yang aku rasa adalah jin-jin sihir. Maka lepas zuhur, aku buat lah zikir nafas dalam lingkungan 15 min. Dan Masya Allah, seusai melakukan zikir nafas, serta-merta sesak nafas dan rasa galau hilang.... Maha Besar Allah....

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails