Thursday, 6 October 2016

Mengatasi Sihir Yang Dihantar Semasa Rawatan

Thursday, 6 October 2016
Kadangkala berlaku tukang sihir menghantar sihir semasa pesakit sedang dirawat. Pada ketika ini, ruqyah kadangkala tidak berkesan kerana energi sihir terus-menerus datang. Jika dilawan dengan ruqyah juga, pesakit mungkin akan mengalami kesakitan atau kepenatan melampau kerana bertembung energi ruqyah dan energi sihir di dalam dirinya. Maka teknik yang lebih baik adalah dengan menyerang penghantar sihir tanpa mengenai jin-jin sihir di dalam diri pesakit. Antara kaedah yang pernah diuji adalah seperti:
  1. Mohon Allah tikam tukang sihir.
  2. Mohon Allah bakar tukang sihir.
Di dalam beberapa kes, setelah kaedah-kaedah di atas dilakukan barulah serangan ke atas pesakit reda, dan rawatan dapat diteruskan seperti biasa.

[Kaedah menikam tukang sihir]
  1. Ambil bantal, atau kain pelikat yang dilipat, atau apa-apa saja untuk diqasadkan sebagai diri tukang sihir.
  2. Ambil chopstick, rotan, atau apa-apa saja untuk diqasad sebagai lembing, atau pedang.
  3. Mohon kepada Allah, sebagai contoh: Ya Allah dengan izinMu, aku berniat untuk menikam mulut kesemua tukang sihir yang menzalimi pesakit ini. Ya Allah, dengan kekuasaanMu hancurkanlah kekuatan dan kemampuan mereka untuk melakukan sihir. Amin.
  4. Kemudian baca ayat-ayat anti sihir, sambil meletakkan chopstick pada kedudukan di atas bantal yang agak sepadan dengan lokasi mulut.
  5. Setelah habis baca, lurutkan dengan niat menikam sambil melafazkan Allahu Akbar.
  6. Ulangi langkah 3 untuk menikam tempat-tempat lain seperti tangan, kaki, jantung dan tekak.
 [Kaedah membakar tukang sihir]
  1. Ambil sebiji bata, pegang dengan tangan kanan.
  2. Mohon kepada Allah, sebagai contoh: Ya Allah, wahai pembela orang-orang yang dizalimi, aku bermohon kepadaMu, jadikanlah bata ini sebagai pengganti diri kesemua manusia dan jin yang menghantar sihir kepada pesakit ini. Ya Allah azablah mereka dengan azab dari sisiMu yang tidak terperi sakitnya, yang akan mematikan kemampuan mereka untuk melakukan sihir. Ya Allah jadikanlah apa yang berlaku kepada bata ini, berlaku kepada diri semua mereka Ya Allah. Amin.
  3. Baca selawat tafrijiyah atau selawat Ibrahimiyah, dan tiup batu-bata.
  4. Kemudian bakarlah bata itu di atas dapur.
Biasanya kaedah sebegini dapat menghentikan serangan sihir buat sementara waktu. Namun tidaklah sehingga mematikan tukang sihir, melainkan sekiranya memang sudah ditakdirkan Allah. Adapun untuk menitik tukang sihir dengan sebenar-benarnya, perlulah kepada kaedah yang lebih kemas seperti solat hajat dengan kaedah Yasin atau yang sewaktu dengannya.
 
 
 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails