Tuesday, 13 September 2016

Mengantuk yang disebabkan oleh gangguan

Tuesday, 13 September 2016
Bismillahirrahmanirrahim.

Rasa mengantuk, atau penat mendadak adalah salah-satu daripada simptom gangguan ghaib. Kebiasaannya, rasa penat ini datang secara tiba-tiba. Saya berpendapat ada 3 penyebab rasa penat atau mendadak ini.

  1. Jin menyerap tenaga: Ini berlaku apabila jin di dalam badan menyerap zat-zat makanan atau darah pesakit. Terutamanya adalah di dalam kes-kes jin saka dan yang sepertinya.
  2. Jin menguasai saraf: Ini berlaku apabila jin di dalam berjaya menguasai saraf dan menyebabkan saraf menghantar signal penat atau mengantuk. Ini lebih kepada kes-kes jin yang hendak menyusahkan pesakit, seperti di dalam kes-kes sihir, atau kes-kes jin yang berdendam.
  3. Berlaku pertembungan di antara nafs (jiwa) manusia dengan makhluk jin. Kes-kes seperti ini selalu berlaku kepada para perawat, walaupun ada juga berlaku kepada pesakit. Terutama kepada pesakit yang sudah ada kemampuan untuk mempertahankan diri sendiri. Apabila pesakit merancang untuk berjumpa seseorang perawat, jin-jin penganggu kerap menyerang perawat untuk mengelakan rawatan di lakukan. Serangan secara batin ini bertembung dengan kekuatan jiwa perawat, menyebabkan rasa penat & mengantuk secara tiba-tiba. Kepenatan kerana pertembungan batin seperti ini biasanya berpanjangan sehingga hari rawatan sebenar.

Antara ikhtiar yang dicadangkan untuk kes 1 adalah seperti berikut:
Langkah pertama: Matikan keupayaan jin dengan membius, meracun atau membakar jin-jin di dalam badan. Boleh menggunakan teknik Basmallah 21 seperti berikut:
  1. Baca ta'awuz.
  2. Niat di dalam hati agar Allah membius / meracun / membakar jin-jin yang menyebabkan anda penat atau mengantuk.
  3. Baca Bismillahirrahmanirahim.
  4. Tarik nafas panjang dari hidung.
  5. Tahan nafas.
  6. Lepaskan nafas melalui mulut perlahan-lahan (sambil membayang semua jin dibius / racun / terbakar)
  7. Ulang langkah 3 hingga 6 sebanyak 21x

Langkah kedua: Segarkan diri anda.
Basuh muka anda dengan air ruqyah yang dicampur dengan aroma seperti perahan limau purut / limau nipis dan sebagainya. Jika di sekolah, boleh bawa botol spray untuk spray muka. Minum madu yang diruqyah sebagai ikhtiar untuk mengembalikan tenaga yang hilang. Boleh juga tidur sebentar dalam 10 ~ 25 minit untuk mengembalikan tenaga. Tapi jangan lupa mengambil wuduk & membaca Al-Mua'wizzat dengan niat membenteng diri sebelum tidur.

Yang berikut di atas adalah kaedah segera untuk menyegarkan diri. Untuk jangka panjang, disarankan juga untuk mandi ruqyah ais selepas asar. Kaedahnya adalah seperti berikut:
  1. Campurkan satu beg ais di dalam sebaldi air.
  2. Campurkan perahan 1 biji limau purut atau 3 biji limau nipis.
  3. Ruqyahkan campuran tersebut dengan Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
  4. Setelah ais cair, gunakan untuk mandian. Mandi dari kaki naik ke atas.


Untuk kes 2 & 3, Insya Allah dikongsikan kemudian di lain kali.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails