Wednesday, 21 September 2016

Khusyuk itu fokus kah?

Wednesday, 21 September 2016
Rata-rata ramai dari kita menyangka khusyuk itu maksudnya fokus, atau concentrate. Tapi betul kah?

Kat office, meja boss aku letaknya sebelah meja aku. Bila boss aku ada kat tempat dia, secara automatik aku sedar boss aku ada kat sebelah. Tak payah nak fokus-fokus pada dia. Memang aku sedar boss aku ada kat sebelah... Tak payah nak pejam-pejam mata untuk fokus pada boss aku. Tanpa mata aku tengok dia pun, aku sentiasa sedar boss aku ada kat sebelah... Terus menyebabkan aku menjadi budak baik yang sangat "fokus" pada kerja aku.... Walaupun ramai orang lalu-lalang depan meja aku, semuanya tak menjadi hal... aku tetap fokus pada kerja aku... Sebab aku sedar boss aku ada kat sebelah... he he he...

Sama juga dalam solat. Khusyuk maksudnya sedar Allah itu ada. Dekat dengan kita. Tengah tengok kita. Maka secara automatik kita akan jadi budak baik yang "fokus" pada solat kita. Kalau kita solat tengah-tengah pasar pun tak jadi hal. Sebab kita sedar Allah ada dekat dan tengah tengok kita.

Jadinya maksud khusyuk adalah sedar Allah. Fokus pula ialah kesan yang datang dari khusyuk. Untuk fokus kita mesti khusyuk. Bukan untuk khusyuk kita mesti fokus. Sama macam kat office. Kita jadi fokus sebab sedar boss ada kat sebelah. Bukannya kita kena fokus pada kerja untuk sedar boss ada kat sebelah... Betul tak???

Bagaimana nak sedar Allah? Jawapannya ialah sedar aje lah.. Kalau boss ada kat sebelah, korang perlu give effort ke untuk sedar boss ada kat sebelah. Tak payah kan??? Kan ke automatik korang sedar... dan terus sedar.... dan terus sedar...  Betul tak? Siapa kata betul angkat tangan... 

Aku sendiri cakap tak betul.... Ha ha ha.... Boss bolehlah korang sedar. Sebab boss nampak kat mata kasar.... Toleh-toleh ternampak boss... toleh-toleh ternampak boss. Allah boleh nampak dengan mata kasar tak ? Jadi macamana nak sedar Zat yang korang tak nampak?

Kawan aku kerja kat production floor. Dia tak nampak boss. Tapi dia pun budak baik yang fokus juga. Walaupun dia tak nampak boss, dia nampak kamera CCTV. Dia tahu boss boleh tengok dia dari CCTV. Walaupun dia tak nampak boss... toleh-toleh nampak kamera CCTV. Toleh-toleh nampak kamera CCTV... he he he... kesian... ujung-ujung jadi budak baik jugak....

Macam tu lah juga kita... walaupun Allah itu sangat dekat, mana boleh nampak Zat Allah dengan mata kasar. Tapi kita boleh tengok kamera CCTV Allah maa... Berapa banyak kamera CCTV Allah ada dekat dengan kita. Tapi yang paling obvious ada satu.... apa dia ??? itulah nafas kita.

Kenapa nafas? Walaupun diri kita ni secara dasarnya semuanya digerakkan oleh Allah, ada beberapa perkara yang sangat jelas digerakkan oleh Allah. Kita selalu lupa yang kita ni Allah yang gerakkan. Sebab kita selalu tengok seolah-olah kita ni ada kemampuan untuk control diri sendiri. 

Tapi ada perkara-perkara yang confirm tak mampu kita control. Antaranya ialah degupan jantung. Lagi satu aliran darah. Dan yang paling obvious ialah perjalanan nafas. 

Kalau betul korang boleh control diri sendiri, buktikan. Cubalah hentikan degupan jantung. Cubalah alirkan darah dalam arah yang berlawanan. Bila tarik nafas, Allah akan gerakan nafas itu keluar balik. Kalau betul korang boleh control diri sendiri, lepas tarik nafas, janganlah lepas-lepas... terus tarik aje... boleh tak?? Tak boleh kan.... sebab apa? Sebab perkara ni 100% Allah yang gerakan. 

Bila kita lihat perkara-perkara ni, sedarlah kita pada Allah. Inilah dia kamera CCTV Allah yang ada pada diri kita. Tapi jantung dan aliran darah, susah sikit kita nak lihat. Tu pasal, yang paling mudah ialah untuk lihat nafas kita. Tapi kena practicelah... Macam orang zaman sekarang. Pantang capai handphone teringat wassap... pantang capai handphone teringat wassap... Camtulah juga pantang terlihat nafas tersedar Allah... pantang terlihat nafas tersedar Allah... kadang-kadang tu tak terlalai lah juga.... Macam kawan aku tu, ada CCTV pun kadang-kadang lupa juga... mengular juga bila lupa tu.... Yang tak bestnya time lupa tu lah pulak boss selalu nengok CCTV... ha ha ha.... nasib korang lah...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails