Saturday, 20 August 2016

Mari menjadi debu

Saturday, 20 August 2016

Semua makhluk diciptakan oleh Allah, tanpa kemampuan memilih, kecuali manusia dan jin. Setiap debu berterbangan mengikut perintah Allah semata-mata, tanpa sebarang keinginan dari dirinya. Begitu juga angin, begitu juga setiap atom, proton, elektron, bumi, matahari, bulan, bintang.....

Inilah sebenarnya maksud ibadah. Iaitu menyerah kepada perintah Allah sepanjang masa.

Hanya saja yang selalu tidak mahu menyerah kepada perintah Allah itu adalah manusia dan jin. Adalah ia kerana "keinginan diri" ataupun "keakuan" yang ada pada mereka. Sedangkan beribadat kepada Allah adalah tujuan mereka diciptakan. Jadi, manakan mungkin mampu beribadat selagi mana masih wujud "keakuan" itu?

Maka kalau sudah begitu, tidakkah mematikan "keakuan" itu sepatutnya menjadi tugas terbesar yang perlu dibereskan?

Adakah bukti "keakuan" itu boleh dimatikan? Sudah tentu ada. Bacalah quran kisah Nabi Musa 'alaihissalam dengan Nabi Khidir 'alaihissalam.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails