Monday, 4 July 2016

Memusnahkan barang sihir, suatu kemungkinan.

Monday, 4 July 2016
Di dalam rawatan sihir , antara cabarannya ialah untuk memusnahkan barang sihir. Ini adalah kerana biasanya barang sihir berada di lokasi yang tidak diketahui.

Barang sihir selalunya digunakan oleh tukang sihir sebagai ganti diri pesakit. Tetapi yang selalu kita terlepas pandang ialah diri pesakit juga adalah ganti kepada barang sihir itu.

Maka sebagaimana penyihir boleh menyakiti pesakit dengan menggunakan barang sihir, maka sebegitulah juga sepatutnya perawat atau pesakit boleh memusnahkan barang sihir tersebut dengan menggunakan diri pesakit sebagai ganti.

Antara kaedahnya ialah:
 
Setelah membaca muqadimmah ruqyah, berdoalah kepada Allah:
Ya Allah, Penguasa alam semesta, Pembela orang-orang yang dizalimi, hambaMu yang lemah ini bermohon kepadaMu, sampaikanlah bacaan ayat-ayat quran ini, melalui diriku ini sebagai gelombang penghancur yang akan memusnahkan segala barang-barang sihir yang digunakan untuk menzalimi hambaMu ini. Ya Allah, bukanlah aku membacakan kalimah-kalimah ini pada diriku ini, tetapi aku bacakan kalimah-kalimah ini pada semua barang-barang sihir walau dimana ia berada. Amin.
 
Kemudian, bacakan surah-surah Al-Mu'awizzat 3x atau 7x pada tapak tangan, dan sapukan pada seluruh tubuh dengan niat untuk memusnahkan kekuatan barang sihir. Lakukan dengan istiqamah setiap lepas solat dan sebelum tidur.

Atau boleh juga perawat membaca ayat-ayat ruqyah dengan niat untuk memusnahkan barang sihir. Sambil meletakkan tangan di ubun-ubun pesakit, tetapi dengan niat sedang memegang barang sihir.

Yang penting, niat hendaklah jelas. Kerana niatlah yang menentukan bentuk serangan ruqyah yang terhasil.
 
Tips diambil dari Perdana Ahmad, QHI.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails