Wednesday, 13 July 2016

Membalas Kezaliman Tukang Sihir?

Wednesday, 13 July 2016
Tukang sihir menyerang mangsa dengan mengerahkan syaitan-syaitan sihir untuk menyakiti mangsa. Untuk itu tukang sihir perlu mengenalpasti mangsa. 
  • tukang sihir memerlukan DNA dari mangsa, seperti rambut, pakaian dan sebagainya. 
  • kadangkala tukang sihir memerlukan gambar mangsa atau sekurang-kurangnya nama mangsa. Biasanya nama mangsa berserta dengan nama ibu. Kenapa nama ibu, bukan nama bapa? Itu lain kali kita bincang.
  • kadangkala tukang sihir tak memerlukan identiti mangsa, kerana sihir dilepaskan secara terus kepada mangsa. Contohnya santau yang dijentik terus kepada mangsa. Atau sihir yang dilepaskan dengan panggilan telefon mahupun sms, whatsapp dan sebagainya kepada mangsa.
  • ada juga sihir umum, seperti sihir yang diletakkan pada laluan. Sihir sebegini akan mengena kepada sesiapa sahaja yang mula-mula melangkah laluan tersebut.

Setelah mengenalpasti mangsa, syaitan sihir dengan penuh taat  akan menyerang mangsa sepertimana yang diarahkan oleh tukang sihir. Sudah tentunya dengan harga yang mahal. Tukang sihir sudah tentunya telah melakukan kesyirikan yang besar sebagai tanda PENGORBANAN kepada syaitan-syaitan sihir. Semakin besar PENGORBANAN, semakin taatlah syaitan sihir kepada tukang sihir.

Yang nak dilihat di sini ialah 2 perkara:
  1. Sihir perlu kepada mengenalpasti mangsa
  2. Penolong tukang sihir adalah syaitan (taghut)

Berlawanan dengan itu, penolong bagi mangsa-mangsa sihir adalah tidak lain dan tidak bukan ialah Allah, Zat yang Maha Wujud lagi Maujud. Tidak seperti tukang sihir, memohon pertolongan Allah tidak memerlukan anda untuk mengenalpasti siapa yang menyihir anda. Cumanya yang diperlukan adalah pengorbanan kepada Allah di dalam bentuk ketaatan yang tidak berbelah bagi.

Maka apabila anda dizalimi oleh tukang-tukang sihir, tingkatkanlah pengorbanan kepada Allah dan seranglah mereka kembali. Supaya tukang-tukang sihir sedar bukan hanya mereka ada penumbuk.

Kaedahnya:
Lakukanlah solat taubat 2 rakaat.
Lakukanlah solat hajat 2 rakaat - doanya lihat bahagian doa di bawah.

[Muqadimmah]
Ta'awuz
Basmalah
Istigfar 3x
Syahadah
Selawat 3x
Hasbunallahiwa ni'mal wakil ni'mal maula wa ni'mal nassir 3x
La haulawala quwwata illa billah 3x

[Doa & Niat]
Ya Allah, Ya Qahar, Ya Jabar, Ya Muntaqeem,
Sesungguhnya hambaMu ini telah dizalimi oleh musuh-musuhMu, maka kepadaMu hamba mengadu.
Ya Allah, Ya Qahar, Ya Jabar, Ya Muntaqeem,
KepadaMu hamba bermohon, dengan segala baroqah kalimah-kalimah yang akan dilafazkan ini, rejamkanlah batu-batu sijjil kepada segala kebatilan sihir, juga kepada kesemua syaitan-syaitan sihir manusia mahupun jin, yang akan menghancurkan dan mematikan mereka, walau di mana sahaja mereka berada, walau di mana sahaja mereka bersembunyi, walau dengan apapun mereka cuba melindungi diri mereka. Sesungguhnya, tiadalah yang mampu melarikan diri dari pengetahuanMu, dan sesungguhnya tiadalah yang mampu menyelamatkan diri dari azabMu.
Ya Allah, Ya Qahar, Ya Jabar, Ya Muntaqeem,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembela orang-orang yang dizalimi.
Amin ya Rabbal 'alamin.

[Ruqyah]
Antara ruqyah-ruqyah yang dicadangkan:
  1. Surah al-Baqarah satu surah penuh.
  2. Surah Yasin, atau Yasin 7 mubin, atu Yasin tunggal, atau apa-apa jenis Yasin sekalipun.
  3. Zikir Laailla ha illallah 1000x atau lebih
  4. Surah al-fil

[Teknik]
Hembuskan ke jantung pesakit. Juga tiup kepada air untuk di buat mandi & minum.
Atau hembuslah sahaja ke mana-mana pun. Sesungguhnya bukanlah tiupan anda yang mengenai musuh-musuh, bahkan Allah lah jua yang merejam musuh-musuhNya, walau di mana sahaja mereka berada.

Sekiranya apa yang telah anda lakukan kelihatannya seolah-olah tidak berkesan, janganlah bimbang, jangan ragu dan janganlah bersedih. Tingkatkanlah pengorbanan kepada Allah, dan lakukanlah lagi serangan-serangan dengan istiqamah. Sudah menjadi sunnatullah, pihak yang baik akan kalah dahulu. Manakala pihak yang jahat akan dilalaikan Allah dengan kemenangan, tetapi akhirnya akan dikalahkan dengan kekalahan yang sangat menghinakan.

Sebagaimana firman Allah:
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al An’am: 44)


Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan. (Ali ‘Imran: 178)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails