Tuesday, 5 July 2016

Memahami Sihir & Gangguan Jin For engineers

Tuesday, 5 July 2016
[Soalan 1]:Bolehkah seseorang yang TELAH disihir, melindungi diri dari sihir dengan tinggal di dalam rumah yang telah dibenteng?
[Jawapan 1]Pengalaman mengatakan TIDAK BOLEH.
Adakah rumah anda yang mempunyai pagar yang kukuh dapat menghalang televisyen di rumah anda dari menerima siaran-siaran. Begitulah juga apabila seseorang disihir telah terhasil transmitter di tangan penyihir, dan telah terhasil receiver (antenna) pada badan pesakit. Maka kesan pemagaran rumah biasanya jarang mampu untuk menghalang sihir dari sampai kepada pesakit. 

Jadinya adalah sangat penting untuk menumpukan usaha sekurang-kurangnya untuk memusnahkan antena sihir yang melekat pada tubuh badan pesakit. Maka kerana itulah disyaratkan untuk mandi dengan air ruqyah untuk memusnahkan antena sihir pada badan. 

Benteng bermanfaat untuk orang yang tidak terkena sihir, ataupun telah tuntas sihirnya. Tetapi bagi yang masih dalam keadaan tersihir, janganlah pelik jika anda masih diserang walaupun telah membenteng rumah anda.

[Soalan 2]:Adakah seorang yang TELAH TERKENA sihir boleh merawat dirinya cuma dengan membenteng diri?
[Jawapan 2]Besar kemungkinan tidak boleh. Melainkan kaedah pembentengan disertai dengan niat untuk memusnahkan sekurang-kurangnya antena sihir pada badan. Membenteng diri sangat berguna untuk mengelakan serangan sihir. Tetapi kalau sudah terkena, membenteng diri sahaja kurang berkesan, melainkan antena sihir dimusnahkan.

[Soalan 3]: Mengapakah sihir boleh datang kembali setelah antena sihir dimusnahkan?
[Jawapan 3]: Di sini ada beberapa kemungkinan.
Yang pertama, sihir dilakukan secara auto-reload. Pernah tengok tangki air dirumah anda. Air akan disupply apabila level air di dalam tangki berkurangan, iaitu apabila level float valve menurun. Sihir jenis auto-reload akan secara automatik dihantar semula apabila antena sihir pada diri dimusnahkan. Dalam kebanyakan kes, semua ini berlaku secara otomatik tanpa perlu dipantau oleh tukang sihir.  Maka untuk mengatasinya perlulah melakukan ikhtiar untuk memusnahkan transmitter sihir (benda sihir).

Yang kedua, kadang-kadang sihir boleh datang kembali walaupun setelah transmitter sihir (benda sihir) dimusnahkan. Di dalam kes ini, yang jelas ialah tukang sihir telah melakukan serangan yang baru. Antara tanda kes kedua ini ialah, pesakit telah sembuh dalam beberapa jangkamasa yang panjang. Tetapi tiba-tiba jatuh sakit semula dan kadang-kala dengan intensiti yang lebih kuat. Di dalam kes-kes begini, antara kaedahnya ialah, perlulah mematikan tukang sihir pula. Kaedah-kaedah yang boleh di lakukan adalah seperti solat hajat, kaedah Yasin, bakar batu-bata, berperang di alam mimpi dan sebagainya. Perlu diberi perhatian, kaedah mematikan penyihir adalah sangat perlu dilakukan oleh pesakit sendiri, ataupun waris terdekat. Ini adalah kerana kemakbulan doa tertinggi adalah diperuntukkan oleh Allah, hanya kepada mereka yang dizalimi. Kalau orang lain buat bukan tak boleh, tapi kurang ummphh...

[Soalan 4]: Apakah sihir akan berhenti jika tukang sihir dimatikan?
[Jawapan 4]: Di dalam banyak kes, jawapannya tidak. 
Sepertimana yang diterangkan di dalam soalan 3, kebanyakan sihir diprogram secara auto reload. Serupa macam alarm clock yang seseorang set. Walaupun orang itu telah mati, alarm clock tersebut akan terus berbunyi pada masa yang ditetapkan, selagimana setting itu tidak dimatikan oleh seseorang. Tidak sedikit pesakit yang menanggung sihir dari muda hingga ke usia tua, sedangkan pengupah sihir dan tukang sihir sendiri telah lama meninggal dunia. Maka perlulah tumpukan usaha untuk mematikan program sihir dan bukan cuma tukang sihir.

[Soalan 5]: Adakah membenteng rumah atau diri dapat melindungi rumah anda dari jin-jin saka?
[Jawapan 5]: Di dalam kebanyakan kes, jawapannya tidak. 
Di pejabat anda ada access card tak? Di sesetengah tempat yang lebih canggih, digunakan thumb scanning atau retina scan sebagai access. Bolehkah anda halang seseorang yang mempunyai access card untuk masuk ke dalam pejabat anda? Jawapannya sudah tentu tidak boleh, melainkan anda batalkan validity access card mereka. Maka begitulah juga, jin-jin saka (termasuklah jin-jin ilmu) telah diberikan access card. Perlulah anda batalkan access card mereka dengan ikrar pemutus dan sebagainya.

[Soalan 6]: Bolehkah membatalkan access card menyelesaikan masalah jin-jin saka?
[Jawapan 6]: Jawapannya adalah bergantung. Jika jin saka tersebut adalah dari jenis yang redha dengan ketentuan Allah, maka anda bernasib baik. Tapi jika ia dari jenis jahat lagi pendendam, sudah tentu ia akan cuba untuk membalas dendam kepada anda. Tetapi di kala ini, keadaan anda lebih kukuh kerana mereka sudah tiada access card lagi. Yang bermakna tiada lagi suaka politik yang akan melindungi mereka apabila anda gempur mereka dengan ayat-ayat ruqyah.

[Soalan 7]: Mengapakah jin-jin saka yang telah dibatalkan access card, dan mereka sendiri ingin keluar dari jasad anda, tetapi tidak mampu untuk keluar?
[Jawapan 7]: Anda pernah dengar diffusion bonding. Apabila 2 bahan bersentuhan di dalam keadaan-keadaan pemanasan dan tekanan yang tinggi, kedua-dua bahan itu akan melekat antara satu sama lain. Begitulah juga jin-jin saka yang telah lama berada di dalam tubuh anda, mungkin sudah diffused (berakar) dan bersambung dengan tubuh anda. Antara tanda jin-jin telah diffused kepada tubuh anda ialah, anda merasa sakit atau lenguh pada bahagian tertentu di tubuh apabila anda diruqyah.

Dan kaedah memutuskan akar jin ialah dengan membacakan selawat (aku selalu baca selawat tafrijiyah) pada hujung jari telunjuk dan mohon Allah putuskan akar jin. Jari telunjuk diletakkan pada lokasi jin sambil membaca Bismillah... Bismillah berulang kali. Perlu diingatkan, proses ini adalah satu proses yang menyakitkan bagi jin-jin tersebut. Aku pernah kena maki dengan jin sekali.... sakitlah !!! Tadi ngko kata tak sakit.. ... He he he... habis tu nak buat camne... itu je cara yang aku tau....

[Soalan 8]: Mengapakah jin-jin saka yang telah dibatalkan access card mereka masih boleh masuk ke dalam tubuh badan anda?

[Jawapan 8] Walaupun access card telah dibatalkan, tetapi jika pintu dibuka seluas-luasnya, sesiapun pun boleh masuk walaupun tiada access card. Begitulah juga keadaan badan kebanyakan pesakit-pesakit gangguan jin. Pada badan mereka penuh dengan lubang-lubang laluan jin. Kerana itulah, mereka sangat mudah dimasuki jin. Untuk mengatasi masalah ini, perlulah anda tutup lubang-lubang laluan tersebut. Antara kaedahnya ialah dengan mandi ais, kaedah usapan penyembuhan dan sebagainya. Tapi perlulah anda menutup lubang tersebut dengan pintu yang kukuh. Kalau pakai cardboad aje, sekali tendang dah terbuka. Untuk menguatkan pintu, perlulah di kuatkan Nur di dalam diri dengan memperkasakan amalan anda. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails