Friday, 15 July 2016

Fine Tuning Niat Ketika Meruqyah

Friday, 15 July 2016
Namun begitu, semua peruqyah tahu bahawa niat itu penting untuk menentukan bentuk serangan ruqyah yang terhasil. Kalau tak niat, bagaimana pulak nak tentukan bacaan itu menjadi serangan ataupun benteng.

Hari ni aku terbaca satu artikel yang sangat tajam. Menyebabkan aku merasa perlu untuk diperhalusi niat ketika meruqyah.

Sebelum pergi lebih lanjut, bacalah dulu artikel itu dari sumbernya:

Amat Disayangkan, Banyak Sedekah Hanya Untuk Memperlancar Rizki

Perkaitannya dengan ruqyah ialah dari segi niat ruqyah.

Sebelum ini seringkali aku berniat, sebagai contohnya:
Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dengan baraqah ayatul Kursi ini, agar dimusnahkan segala sihir yang menganggu si Polan.


Niat sebegini rupanya TIDAK cantik, kerana bermohon sepatutnya hanya dengan mengharapkan rahmat Allah, dan membaca ruqyah itu tidaklah apa-apa selain dari ikhtiar makhluk.

Umpama melakukan solat istiqa. Memohon kepada Allah adalah dengan mengharapkan rahmatNya. Bukan meminta hujan sebagai imbalan kita melakukan solat istiqa. Bersolat itu tidak lain hanyalah tugas makhluk iaitu berikhtiar. Kalau kita bermohon kepada Allah dengan amalan solat istiqa, itu dah kurang ajar namanya. Sudahlah kemampuan melakukan solat istiqa itu tidak lain adalah taufiq dariNya, kita minta pula dibagi upah lagi di atasnya.

Sebagai contoh, bila sakit kita makan ubat. Makan ubat itu ikhtiar, tapi tak ada pula kita mohon kepada Allah, "Ya Allah sembuhkanlah aku sebab aku dah makan ubat." Yang kita akan sebut biasanya, "Ya Allah sembuhkanlah aku dengan rahmatMu," tanpa mengungkit-ungkit perihal makan ubat pun.

Maka yang nak diterangkan di sini ialah:

  • Membaca ruqyah itu tidak lain hanyalah sekadar ikhtiar. Nak tak nak kena buat. Kita hidup dalam dunia darul asbab. Bukan dalam syurga niat aje semua boleh dapat.
  • Tapi bermohon itu hanya dengan mengharapkan rahmat Allah, bukan dengan baraqah ayat.
Namun begitu, semua peruqyah tahu bahawa niat itu penting untuk menentukan bentuk serangan ruqyah yang terhasil. Kalau tak niat, bagaimana pulak nak tentukan bacaan itu menjadi serangan ataupun benteng. Makanya, untuk menentukan serangan ruqyah tanpa menyandarkan permohonan kepada baraqah ayat, maka katakanlah contohnya:

Ya Allah, aku bacakan ayatul Kursi ini sebagai ikhtiar untuk memusnahkan segala sihir yang menganggu si Polan. Dengan rahmatMu Ya Allah, leraikanlah segala sihir dari Si Polan. Amin.

Dengan cara ini, dapatlah kita men"directkan" bentuk serangan ruqyah, sambil memurnikan permohonan kepada rahmat Allah semata-mata.

Walaupun perkara ini nampak sepele... namun Insya Allah besar kesannya. Marilah kita beradab sopan apabila memohon kepada Raja segala raja.




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails