Wednesday, 13 July 2016

Membalas Kezaliman Tukang Sihir?

Wednesday, 13 July 2016
Tukang sihir menyerang mangsa dengan mengerahkan syaitan-syaitan sihir untuk menyakiti mangsa. Untuk itu tukang sihir perlu mengenalpasti mangsa. 
  • tukang sihir memerlukan DNA dari mangsa, seperti rambut, pakaian dan sebagainya. 
  • kadangkala tukang sihir memerlukan gambar mangsa atau sekurang-kurangnya nama mangsa. Biasanya nama mangsa berserta dengan nama ibu. Kenapa nama ibu, bukan nama bapa? Itu lain kali kita bincang.
  • kadangkala tukang sihir tak memerlukan identiti mangsa, kerana sihir dilepaskan secara terus kepada mangsa. Contohnya santau yang dijentik terus kepada mangsa. Atau sihir yang dilepaskan dengan panggilan telefon mahupun sms, whatsapp dan sebagainya kepada mangsa.
  • ada juga sihir umum, seperti sihir yang diletakkan pada laluan. Sihir sebegini akan mengena kepada sesiapa sahaja yang mula-mula melangkah laluan tersebut.

Setelah mengenalpasti mangsa, syaitan sihir dengan penuh taat  akan menyerang mangsa sepertimana yang diarahkan oleh tukang sihir. Sudah tentunya dengan harga yang mahal. Tukang sihir sudah tentunya telah melakukan kesyirikan yang besar sebagai tanda PENGORBANAN kepada syaitan-syaitan sihir. Semakin besar PENGORBANAN, semakin taatlah syaitan sihir kepada tukang sihir.

Yang nak dilihat di sini ialah 2 perkara:
  1. Sihir perlu kepada mengenalpasti mangsa
  2. Penolong tukang sihir adalah syaitan (taghut)

Berlawanan dengan itu, penolong bagi mangsa-mangsa sihir adalah tidak lain dan tidak bukan ialah Allah, Zat yang Maha Wujud lagi Maujud. Tidak seperti tukang sihir, memohon pertolongan Allah tidak memerlukan anda untuk mengenalpasti siapa yang menyihir anda. Cumanya yang diperlukan adalah pengorbanan kepada Allah di dalam bentuk ketaatan yang tidak berbelah bagi.

Maka apabila anda dizalimi oleh tukang-tukang sihir, tingkatkanlah pengorbanan kepada Allah dan seranglah mereka kembali. Supaya tukang-tukang sihir sedar bukan hanya mereka ada penumbuk.

Kaedahnya:
Lakukanlah solat taubat 2 rakaat.
Lakukanlah solat hajat 2 rakaat - doanya lihat bahagian doa di bawah.

[Muqadimmah]
Ta'awuz
Basmalah
Istigfar 3x
Syahadah
Selawat 3x
Hasbunallahiwa ni'mal wakil ni'mal maula wa ni'mal nassir 3x
La haulawala quwwata illa billah 3x

[Doa & Niat]
Ya Allah, Ya Qahar, Ya Jabar, Ya Muntaqeem,
Sesungguhnya hambaMu ini telah dizalimi oleh musuh-musuhMu, maka kepadaMu hamba mengadu.
Ya Allah, Ya Qahar, Ya Jabar, Ya Muntaqeem,
KepadaMu hamba bermohon, dengan segala baroqah kalimah-kalimah yang akan dilafazkan ini, rejamkanlah batu-batu sijjil kepada segala kebatilan sihir, juga kepada kesemua syaitan-syaitan sihir manusia mahupun jin, yang akan menghancurkan dan mematikan mereka, walau di mana sahaja mereka berada, walau di mana sahaja mereka bersembunyi, walau dengan apapun mereka cuba melindungi diri mereka. Sesungguhnya, tiadalah yang mampu melarikan diri dari pengetahuanMu, dan sesungguhnya tiadalah yang mampu menyelamatkan diri dari azabMu.
Ya Allah, Ya Qahar, Ya Jabar, Ya Muntaqeem,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembela orang-orang yang dizalimi.
Amin ya Rabbal 'alamin.

[Ruqyah]
Antara ruqyah-ruqyah yang dicadangkan:
  1. Surah al-Baqarah satu surah penuh.
  2. Surah Yasin, atau Yasin 7 mubin, atu Yasin tunggal, atau apa-apa jenis Yasin sekalipun.
  3. Zikir Laailla ha illallah 1000x atau lebih
  4. Surah al-fil

[Teknik]
Hembuskan ke jantung pesakit. Juga tiup kepada air untuk di buat mandi & minum.
Atau hembuslah sahaja ke mana-mana pun. Sesungguhnya bukanlah tiupan anda yang mengenai musuh-musuh, bahkan Allah lah jua yang merejam musuh-musuhNya, walau di mana sahaja mereka berada.

Sekiranya apa yang telah anda lakukan kelihatannya seolah-olah tidak berkesan, janganlah bimbang, jangan ragu dan janganlah bersedih. Tingkatkanlah pengorbanan kepada Allah, dan lakukanlah lagi serangan-serangan dengan istiqamah. Sudah menjadi sunnatullah, pihak yang baik akan kalah dahulu. Manakala pihak yang jahat akan dilalaikan Allah dengan kemenangan, tetapi akhirnya akan dikalahkan dengan kekalahan yang sangat menghinakan.

Sebagaimana firman Allah:
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al An’am: 44)


Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan. (Ali ‘Imran: 178)

0 comments

Tuesday, 5 July 2016

Menterbalikkan Antena Sihir

Tuesday, 5 July 2016
Hari tu aku ada tulis tentang bagaimana benda sihir digunakan sebagai ganti kepada diri pesakit. Iaitu, benda sihir digunakan sebagai transmitter yang mengeluarkan serangan-serangan sihir. Dan aku ada tulis tentang receiver, atau antena sihir yang melekat pada tubuh pesakit. 

Hari ini mari kita buat satu ujikaji. Mari kita terbalikan antena sihir pada badan pesakit menjadi transmitter yang menghantar gelombang ayat-ayat ruqyah dari diri pesakit. Dan kita terbalikan pula arah transmitter di tangan penyihir sehingga menjadi transmitter yang menghantar gelombang ayat-ayat ruqyah kepada tukang-tukang sihir manusia mahupun jin yang terlibat.

Kaedahnya:
Setelah di bacakan muqadimmah ruqyah, mohonlah kepada Allah:
Ya Allah, hamba bermohon kepadaMu agar diterbalikkan segala antena sihir yang melekat di badan pesakit ini, sebagai transmitter yang akan menghantar gelombang penghancur ayat-ayat ruqyah, dan hamba bermohon agar diterbalikkan arah segala transmitter sihir di tangan penyihir, sehingga menjadi penghantar gelombang penghancur ayat-ayat ruqyah kepada semua syaitan jin dan manusia yang terlibat. Ya Allah, hancurkanlah mereka semuanya, dengan hak kalimah-kalimah ini. Amin.


Kemudian bacakan surah Hud ayat 82 (3x) dan ditiup pada pesakit, sebagai ikhtiar untuk membalikkan arah transmitter. Seterusnya sambunglah dengan membaca ayat-ayat ruqyah selainnya.

0 comments

Memahami Sihir & Gangguan Jin For engineers

[Soalan 1]:Bolehkah seseorang yang TELAH disihir, melindungi diri dari sihir dengan tinggal di dalam rumah yang telah dibenteng?
[Jawapan 1]Pengalaman mengatakan TIDAK BOLEH.
Adakah rumah anda yang mempunyai pagar yang kukuh dapat menghalang televisyen di rumah anda dari menerima siaran-siaran. Begitulah juga apabila seseorang disihir telah terhasil transmitter di tangan penyihir, dan telah terhasil receiver (antenna) pada badan pesakit. Maka kesan pemagaran rumah biasanya jarang mampu untuk menghalang sihir dari sampai kepada pesakit. 

Jadinya adalah sangat penting untuk menumpukan usaha sekurang-kurangnya untuk memusnahkan antena sihir yang melekat pada tubuh badan pesakit. Maka kerana itulah disyaratkan untuk mandi dengan air ruqyah untuk memusnahkan antena sihir pada badan. 

Benteng bermanfaat untuk orang yang tidak terkena sihir, ataupun telah tuntas sihirnya. Tetapi bagi yang masih dalam keadaan tersihir, janganlah pelik jika anda masih diserang walaupun telah membenteng rumah anda.

[Soalan 2]:Adakah seorang yang TELAH TERKENA sihir boleh merawat dirinya cuma dengan membenteng diri?
[Jawapan 2]Besar kemungkinan tidak boleh. Melainkan kaedah pembentengan disertai dengan niat untuk memusnahkan sekurang-kurangnya antena sihir pada badan. Membenteng diri sangat berguna untuk mengelakan serangan sihir. Tetapi kalau sudah terkena, membenteng diri sahaja kurang berkesan, melainkan antena sihir dimusnahkan.

[Soalan 3]: Mengapakah sihir boleh datang kembali setelah antena sihir dimusnahkan?
[Jawapan 3]: Di sini ada beberapa kemungkinan.
Yang pertama, sihir dilakukan secara auto-reload. Pernah tengok tangki air dirumah anda. Air akan disupply apabila level air di dalam tangki berkurangan, iaitu apabila level float valve menurun. Sihir jenis auto-reload akan secara automatik dihantar semula apabila antena sihir pada diri dimusnahkan. Dalam kebanyakan kes, semua ini berlaku secara otomatik tanpa perlu dipantau oleh tukang sihir.  Maka untuk mengatasinya perlulah melakukan ikhtiar untuk memusnahkan transmitter sihir (benda sihir).

Yang kedua, kadang-kadang sihir boleh datang kembali walaupun setelah transmitter sihir (benda sihir) dimusnahkan. Di dalam kes ini, yang jelas ialah tukang sihir telah melakukan serangan yang baru. Antara tanda kes kedua ini ialah, pesakit telah sembuh dalam beberapa jangkamasa yang panjang. Tetapi tiba-tiba jatuh sakit semula dan kadang-kala dengan intensiti yang lebih kuat. Di dalam kes-kes begini, antara kaedahnya ialah, perlulah mematikan tukang sihir pula. Kaedah-kaedah yang boleh di lakukan adalah seperti solat hajat, kaedah Yasin, bakar batu-bata, berperang di alam mimpi dan sebagainya. Perlu diberi perhatian, kaedah mematikan penyihir adalah sangat perlu dilakukan oleh pesakit sendiri, ataupun waris terdekat. Ini adalah kerana kemakbulan doa tertinggi adalah diperuntukkan oleh Allah, hanya kepada mereka yang dizalimi. Kalau orang lain buat bukan tak boleh, tapi kurang ummphh...

[Soalan 4]: Apakah sihir akan berhenti jika tukang sihir dimatikan?
[Jawapan 4]: Di dalam banyak kes, jawapannya tidak. 
Sepertimana yang diterangkan di dalam soalan 3, kebanyakan sihir diprogram secara auto reload. Serupa macam alarm clock yang seseorang set. Walaupun orang itu telah mati, alarm clock tersebut akan terus berbunyi pada masa yang ditetapkan, selagimana setting itu tidak dimatikan oleh seseorang. Tidak sedikit pesakit yang menanggung sihir dari muda hingga ke usia tua, sedangkan pengupah sihir dan tukang sihir sendiri telah lama meninggal dunia. Maka perlulah tumpukan usaha untuk mematikan program sihir dan bukan cuma tukang sihir.

[Soalan 5]: Adakah membenteng rumah atau diri dapat melindungi rumah anda dari jin-jin saka?
[Jawapan 5]: Di dalam kebanyakan kes, jawapannya tidak. 
Di pejabat anda ada access card tak? Di sesetengah tempat yang lebih canggih, digunakan thumb scanning atau retina scan sebagai access. Bolehkah anda halang seseorang yang mempunyai access card untuk masuk ke dalam pejabat anda? Jawapannya sudah tentu tidak boleh, melainkan anda batalkan validity access card mereka. Maka begitulah juga, jin-jin saka (termasuklah jin-jin ilmu) telah diberikan access card. Perlulah anda batalkan access card mereka dengan ikrar pemutus dan sebagainya.

[Soalan 6]: Bolehkah membatalkan access card menyelesaikan masalah jin-jin saka?
[Jawapan 6]: Jawapannya adalah bergantung. Jika jin saka tersebut adalah dari jenis yang redha dengan ketentuan Allah, maka anda bernasib baik. Tapi jika ia dari jenis jahat lagi pendendam, sudah tentu ia akan cuba untuk membalas dendam kepada anda. Tetapi di kala ini, keadaan anda lebih kukuh kerana mereka sudah tiada access card lagi. Yang bermakna tiada lagi suaka politik yang akan melindungi mereka apabila anda gempur mereka dengan ayat-ayat ruqyah.

[Soalan 7]: Mengapakah jin-jin saka yang telah dibatalkan access card, dan mereka sendiri ingin keluar dari jasad anda, tetapi tidak mampu untuk keluar?
[Jawapan 7]: Anda pernah dengar diffusion bonding. Apabila 2 bahan bersentuhan di dalam keadaan-keadaan pemanasan dan tekanan yang tinggi, kedua-dua bahan itu akan melekat antara satu sama lain. Begitulah juga jin-jin saka yang telah lama berada di dalam tubuh anda, mungkin sudah diffused (berakar) dan bersambung dengan tubuh anda. Antara tanda jin-jin telah diffused kepada tubuh anda ialah, anda merasa sakit atau lenguh pada bahagian tertentu di tubuh apabila anda diruqyah.

Dan kaedah memutuskan akar jin ialah dengan membacakan selawat (aku selalu baca selawat tafrijiyah) pada hujung jari telunjuk dan mohon Allah putuskan akar jin. Jari telunjuk diletakkan pada lokasi jin sambil membaca Bismillah... Bismillah berulang kali. Perlu diingatkan, proses ini adalah satu proses yang menyakitkan bagi jin-jin tersebut. Aku pernah kena maki dengan jin sekali.... sakitlah !!! Tadi ngko kata tak sakit.. ... He he he... habis tu nak buat camne... itu je cara yang aku tau....

[Soalan 8]: Mengapakah jin-jin saka yang telah dibatalkan access card mereka masih boleh masuk ke dalam tubuh badan anda?

[Jawapan 8] Walaupun access card telah dibatalkan, tetapi jika pintu dibuka seluas-luasnya, sesiapun pun boleh masuk walaupun tiada access card. Begitulah juga keadaan badan kebanyakan pesakit-pesakit gangguan jin. Pada badan mereka penuh dengan lubang-lubang laluan jin. Kerana itulah, mereka sangat mudah dimasuki jin. Untuk mengatasi masalah ini, perlulah anda tutup lubang-lubang laluan tersebut. Antara kaedahnya ialah dengan mandi ais, kaedah usapan penyembuhan dan sebagainya. Tapi perlulah anda menutup lubang tersebut dengan pintu yang kukuh. Kalau pakai cardboad aje, sekali tendang dah terbuka. Untuk menguatkan pintu, perlulah di kuatkan Nur di dalam diri dengan memperkasakan amalan anda. 

0 comments

Monday, 4 July 2016

Kaedah Pelepas Ditindih Semasa Tidur

Monday, 4 July 2016
Mungkin ada kes ditindih yang disebabkan oleh sebab-sebab biologi. Tetapi tidak kurang kes ditindih semasa tidur yang disebabkan oleh gangguan jin. 

Maka, kaedah pelepasnya adalah seperti dibawah:
  1. Genggam tangan dengan niat mencekik jin.
  2. Baca ayatul Kursi atau apa-apa ayat di dalam hati untuk memusnahkan jin itu. Semasa ditindih amat mustahil untuk anda bercakap, apatah lagi untuk membaca ayat Quran dengan mulut anda. Bacaan di dalam hati juga sangat berkesan untuk memusnahkah jin.
  3. Apabila anda sudah mula berjaya bercakap, baca lagi ayatul Kursi secara lafaz, tetapi jangan lepaskan genggaman anda.
  4. Baca lagi dan lagi, sehingga anda merasakan jin yang menganggu anda telah hancur.

0 comments

Tanda-tanda masalah psikiatri.

Sekiranya pesakit mempunyai kesemua 3 gejala seperti di bawah, jangan buang masa jumpa perawat Islam. Sebaliknya terus bawa berjumpa pakar psikiatri dengan kadar segera:
  1. Tidak tidur hingga mencecah 3 hari.
  2. Membebel-bebel perkara yang berulang-ulang.
  3. Emosi tidak stabil, terkadang mengamuk.

Kes ini adalah lebih kepada masalah psikiatri daripada gangguan jin. Tidak mustahil jin mengambil kesempatan di dalam kes-kes psikiatri, tetapi dalam kes-kes begini yang lebih penting ialah menyelesaikan masalah kejiwaan terlebih dahulu. Insya Allah setelah itu masalah gangguan jin lebih mudah diselesaikan.

Begitulah tips yang aku pernah dapat dari Dr. Mahyuddin UMP.
Kepada para muallij, sila ambil perhatian juga...
Karang penat je korang kunci jin, pesakit tak reda-reda juga...

0 comments

Sunday, 3 July 2016

Manual Rawatan Abdul Raof

Sunday, 3 July 2016

Manual rawatan yang sangat baik untuk dirujuk oleh semua muallij. Terutama muallij-muallij petai macam aku.

http://benhalimaabderraouf.fr/index.php/en/the-ruqyah/treatment


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails