Thursday, 9 June 2016

Merawat "Deviated" Sihir

Thursday, 9 June 2016
Kadangkala, jika pendinding anda kuat dan anda pula disihir, ada kemungkinan sihir tersebut akan tersimpang (deviated) kepada ahli keluarga anda.

Di dalam kes ini, selain dari merawat ahli keluarga yang terkena sihir, yang tidak kurang pentingnya ialah merawat diri anda. Walaupun anda ada benteng, tidak mustahil ada juga sihir yang telah tembus kepada diri anda. Sihir yang tembus kepada diri anda ini, walaupun tidak mampu memudaratkan anda, mungkin menjadi pusat operasi bagi serangan kepada ahli keluarga anda. Jadinya, sekiranya hub ini tidak dimusnahkan, gangguan kepada ahli keluarga anda mungkin sukar untuk tuntas sepenuhnya.

Antara kaedah rawatan yang boleh dilakukan untuk diri sendiri di dalam kes-kes sebegini adalah:
a) Minum dan mandi air ruqyah
b) TBT21 (niat musnah... bukan azab)
c) 3Qul dgn usapan (niat musnah sihir)

Kalaupun bukan kes deviated sihir, adalah memang baik untuk setiap ahli keluarga merawat diri sendiri jika ada ahli keluarga yang terkena sihir.

Ada satu kes, anak perempuan yang disihir. Apabila teknik mengambil barang sihir secara ghaib dilakukan, rupa-rupanya kunci sihir berada pada diri ibunya. Apabila kunci sihir yang berada pada ibunya cuba diambil secara ghaib, barulah menjerit si ibu yang sedari awal rawatan kelihatan relaks aje seolah-olah tiada apa-apa.

Ada juga satu kes, satu keluarga sakit. Cuma ayah yang tak sakit. Tapi bila scan.... semua ahli keluarga relax aje... Alih-alih ayah yang tak sakit pula bereaksi... Rupa-rupanya badan ayah yang jadi pusat operasi serangan.

Begitulah serba-sedikit antara tipu daya syaitan, untuk menyusahkan kita mencari punca penyakit.







0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails