Monday, 25 April 2016

Kehebatan Al-Quran: Suatu Pengalaman Peribadi

Monday, 25 April 2016
Antara kehebatan Al-Quran ialah, ia akan sentiasa relevan dengan permasalahan yang anda hadapi. Teruskan membaca Al-Quran dari awal hingga akhir secara teratur, sudah pasti ada ayat-ayat yang relevan dengan cabaran kehidupan yang anda hadapi, walaupun pembacaan dilakukan TANPA memilih-milih tajuk yang relevan dengan keadaan anda.

Hari ni aku merasakannya sendiri.

Sebenarnya aku tengah terperangkap dengan situasi ditelan mati emak, diluah mati bapa.... Situasi yang dihasilkan oleh opportunist-opportunist yang memang ramai di dalam mana-mana organisasi sekalipun.

Maka aku bacalah Al-Quran. Aku baca Quran bukan langkau-langkau, tapi aku baca aje mengikut turutan yang dah memang aku teruskan setiap hari. Kebetulan sekarang ni dah sampai pada surah At-Tawba.... Tahu apa petunjuk yang Allah bagi...

Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya. (48) 

Jika engkau (wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu", dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira. (50) 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (51) 

Katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu". (52) 

Wow... sangat-sangat relevan dengan situasi semasa. Sungguhpun Quran dibaca secara berterusan, bukan tanpa memilih-milih tajuk atau isinya... Subhanallah....









1 comments:

serenemaklong said...

As Salam.Ayat Quran memang relevan pada setiap masa dan boleh saja diguna sebagai doa yang diulang2 dalam waktu sujud solat fardu mahupun solat nafil.
Walaupun kadang2 hati rasa macam tak kena apa yang dibaca dengan permasalahan semasa,Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati dan memakbulkan doa itu. Kadang-kadang dalam keadaan yang JAUH LEBIH BAIK DARI APA YANG KITA POHONKAN.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails