Thursday, 10 December 2015

First Aid: Sesak nafas kerana jin nak lari

Thursday, 10 December 2015

Di dalam kes-kes sihir, kadangkala banyak jin-jin yang diikat di dalam badan pesakit. Apabila pesakit beramal, kadangkala ada situasi jin-jin yang diikat merasa terseksa, panik dan ingin lari dari jasad pesakit. Terutama sekiranya benteng meraka telah hancur. Malangnya mereka tidak berjaya untuk lari kerana terikat. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit merasa sesak nafas, dan terkadang hampir seolah-olah nak putus nafas dibuatnya.

Antara kaedah-kaedah first aid di dalam situasi ini adalah sepertimana berikut:

1. Putuskan ikatan dan bantu jin untuk keluar.

Putuskan ikatan yang mengikat jin, dan bantu jin keluar. Tarik jin-jin keluar, TAPI JANGAN SEKALI-KALI TARIK DARI MATA, ATAU TELINGA. Keluarnya jin secara mendadak dari mata, atau telinga boleh merosakkan anggota jasad manusia. (Boleh tercabut biji mata tau… serius ni)

Pernah sekali, jin yang terikat adalah pada mata pesakit. Suspen jugak aku. Sebelum putuskan ikatan, diarahkan dulu jin untuk bergerak keluar melalui mulut. Setelah ikatan diputuskan, bantu pula untuk menarik jin dari mata untuk bergerak ke mulut melalui kerongkong pesakit. Alhamdullillah dilindungi Allah dari segala kecederaan.

Minta maaf aku tak kongsi kaedah tarik jin kat sini. Kaedah ini eloklah belajar secara berdepan, kerana kesilapan di dalam melakukannya boleh menyebabkan kecederaan kepada pesakit. Samalah juga, mana ada doktor boleh belajar bedah pesakit dengan cara baca-baca buku aje….

2. Biuskan jin

Sekiranya ikatan tidak berjaya diputuskan, kaedah seterusnya yang boleh dilakukan adalah dengan membius jin-jin. Antara kaedahnya adalah bacakan selawat tafrijiyah pada jari-jari. Kemudian sentuhkan jari pada jasad pesakit sambil membaca “Bismillah” berulang-ulang kali dengan niat memasukkan bius ke jasad jin. Kemudian kuatkanlah dengan memberi affirmation kepada jin. Contohnya, katakanlah…. bertenang… bertenang… anda semua rasa tenang sekarang… anda tidak lagi merasa sakit…. tidur…. tidur… tidur semuanya…

3. Ikat jin dan tidurkan

Sekiranya bius tak mampu menidurkan jin, maka ikatlah jin-jin supaya kurang kesannya kepada pesakit. Kemudian tidurkanlah jin-jin tersebut.

Kaedah mengikat jin:

Bacakan ayatul Kursi sembilan wakaf sambil membuat bentuk bulatan yang semakin mengecil. Serentak dengan penghabisan bacaan ayatul Kursi, bulatan juga sepatutnya sudah menjadi satu titik.

Kaedah menidurkan jin:

Bacakan pada ubun-ubun pesakit denga Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyah dengan nada yang lembut. Ala-ala lullaby gitu… kemudian berikanlah affirmation kepada jin.

Kalau korang tak faham kaedah-kaedah yang aku tulis ni, pergilah belajar secara berdepan dengan guru aku Ustaz Abdul Majid. Boleh rujuk kat sini: http://akrine.blogspot.my/

atau boleh jugak rujuk pada sahabat muallij Ustaz Marzuki. Sila rujuk kat sini: http://www.urbanmuallij.com/

Minta maaf aku sendiri tak buka kelas. Aku buat ikhtiar rawatan pun part time aje…. sekadar masa yang terluang…

 

 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails