Thursday, 10 December 2015

Faktor-faktor Kegagalan Ruqyah

Thursday, 10 December 2015

Pastinya ruqyah itu di dalam menyembuhkan penyakit, adalah seumpama pastinya gula di dalam memaniskan air. Apakala ruqyah gagal menyembuhkan, faktor-faktor kegagalannya adalah sama jua dengan kegagalan gula memaniskan air. Antara penyebab-penyebabnya adalah:

1. Air tidak cukup panas.

Apabila air terlalu sejuk seperti air ais contohnya, gula yang dimasukkan tidak akan dapat larut. Begitulah juga keadaannya dengan ruqyah, sekiranya pengharapan kepada Allah cuma suam-suam kuku, agak sukarlah untuk ia memberi kesannya.

2. Tidak cukup kacau

Walaupun air itu sejuk, sekiranya dikacau dengan secukupnya, Insya Allah akan larut jua gula akhirnya. Begitulah juga, walaupun terkadang hubungan dengan Allah itu cuma suam-suam kuku, dengan kesungguhan meruqyah yang intensif, Insya Allah dengan belas RahimNYA, akan berkesan jua ruqyah itu pada akhirnya.

3. Air tidak suci

Apakala gula dimasukkan ke dalam air laut, maka manakan mampu ia menjadi manis. Begitulah jua, sekiranya terdapat kesyirikan atau kemaksiatan di dalam diri, manakan mampu ruqyah itu memberi kesannya. Maka haruslah disingkirkan segala syirik dan maksiat dengan sulingan taubat.

4. Tersilap campur

Apakala yang dicampur ke dalam air adalah bukan gula, tapi adalah garam, manakan air itu mungkin menjadi manis. Begitulah juga dengan ruqyah, hendaklah difahami kaedah-kaedahnya. Hendaklah kaedah yang dilakukan, sesuai dengan penyakitnya.

5. Takdir Allah mengatasi segala-galanya

Sebagaimana Allah boleh saja menjadikan gula berasa masin, sebegitulah juga Allah boleh saja menawarkan ruqyah.

Tapi satu perkara yang perlu difahami, di dalam hidup tuan-tuan, berapa kali tuan-tuan pernah terjumpa gula yang berasa masin ? Walaupun Allah boleh sahaja menjadikan ruqyah itu tawar, berapa kali kah Allah akan menjadikan ruqyah itu tawar ? Sekiranya tuan-tuan belum pernah berjumpa dengan gula yang berasa masin, maka kajilah faktor-faktor 1 ~ 4 sekiranya ruqyah itu tidak memberi kesan…

Wallahu’alam.

 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails