Wednesday, 30 December 2015

Bagaimana Mengampuhkan Ruqyah?

Wednesday, 30 December 2015
Bismillahirrahmanirrahim, 

Dari pengalaman, pelbagai amalan dilihat sebagai mempunyai kesan di dalam mengampuhkan ruqyah seorang muallij. Tetapi di dalam banyak-banyak kaedah, ada satu yang PALING penting. Percayalah, ini dari pengalaman sebenar… bukan dari copy paste… 

Dan kaedah tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, adalah MENUNAIKAN SOLAT FARDHU DI AWAL WAKTU DENGAN BERJEMAAH DI TEMPAT AZAN DI AZANKAN (MASJID) 
  
Tanpa menjaga solat fardhu secara berjemaah di masjid pada awal waktu, segala amalan lain adalah menjadi tawar. Segala amalan-amalan sunat, adalah umpama air yang berada di dalam botol yang tertutup. Semakin banyak dan ikhlas amalannya, semakin banyak air yang tersimpan di dalam botol. Manakala solat fardhu dengan berjemaah di masjid pula, adalah umpama membuka botol tersebut. Maka walau banyak manapun air berada di dalam botol, manakan mampu ia diminum buat penghilang dahaga selagimana tidak di buka penutupnya. Manakala, apabila boleh dibuka tutupnya, maka Insya Allah walau air hanya 300ml cukuplah ia sebagai penghilang dahaga…

0 comments

Thursday, 10 December 2015

First Aid: Sesak nafas kerana jin nak lari

Thursday, 10 December 2015

Di dalam kes-kes sihir, kadangkala banyak jin-jin yang diikat di dalam badan pesakit. Apabila pesakit beramal, kadangkala ada situasi jin-jin yang diikat merasa terseksa, panik dan ingin lari dari jasad pesakit. Terutama sekiranya benteng meraka telah hancur. Malangnya mereka tidak berjaya untuk lari kerana terikat. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit merasa sesak nafas, dan terkadang hampir seolah-olah nak putus nafas dibuatnya.

Antara kaedah-kaedah first aid di dalam situasi ini adalah sepertimana berikut:

1. Putuskan ikatan dan bantu jin untuk keluar.

Putuskan ikatan yang mengikat jin, dan bantu jin keluar. Tarik jin-jin keluar, TAPI JANGAN SEKALI-KALI TARIK DARI MATA, ATAU TELINGA. Keluarnya jin secara mendadak dari mata, atau telinga boleh merosakkan anggota jasad manusia. (Boleh tercabut biji mata tau… serius ni)

Pernah sekali, jin yang terikat adalah pada mata pesakit. Suspen jugak aku. Sebelum putuskan ikatan, diarahkan dulu jin untuk bergerak keluar melalui mulut. Setelah ikatan diputuskan, bantu pula untuk menarik jin dari mata untuk bergerak ke mulut melalui kerongkong pesakit. Alhamdullillah dilindungi Allah dari segala kecederaan.

Minta maaf aku tak kongsi kaedah tarik jin kat sini. Kaedah ini eloklah belajar secara berdepan, kerana kesilapan di dalam melakukannya boleh menyebabkan kecederaan kepada pesakit. Samalah juga, mana ada doktor boleh belajar bedah pesakit dengan cara baca-baca buku aje….

2. Biuskan jin

Sekiranya ikatan tidak berjaya diputuskan, kaedah seterusnya yang boleh dilakukan adalah dengan membius jin-jin. Antara kaedahnya adalah bacakan selawat tafrijiyah pada jari-jari. Kemudian sentuhkan jari pada jasad pesakit sambil membaca “Bismillah” berulang-ulang kali dengan niat memasukkan bius ke jasad jin. Kemudian kuatkanlah dengan memberi affirmation kepada jin. Contohnya, katakanlah…. bertenang… bertenang… anda semua rasa tenang sekarang… anda tidak lagi merasa sakit…. tidur…. tidur… tidur semuanya…

3. Ikat jin dan tidurkan

Sekiranya bius tak mampu menidurkan jin, maka ikatlah jin-jin supaya kurang kesannya kepada pesakit. Kemudian tidurkanlah jin-jin tersebut.

Kaedah mengikat jin:

Bacakan ayatul Kursi sembilan wakaf sambil membuat bentuk bulatan yang semakin mengecil. Serentak dengan penghabisan bacaan ayatul Kursi, bulatan juga sepatutnya sudah menjadi satu titik.

Kaedah menidurkan jin:

Bacakan pada ubun-ubun pesakit denga Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyah dengan nada yang lembut. Ala-ala lullaby gitu… kemudian berikanlah affirmation kepada jin.

Kalau korang tak faham kaedah-kaedah yang aku tulis ni, pergilah belajar secara berdepan dengan guru aku Ustaz Abdul Majid. Boleh rujuk kat sini: http://akrine.blogspot.my/

atau boleh jugak rujuk pada sahabat muallij Ustaz Marzuki. Sila rujuk kat sini: http://www.urbanmuallij.com/

Minta maaf aku sendiri tak buka kelas. Aku buat ikhtiar rawatan pun part time aje…. sekadar masa yang terluang…

 

 


0 comments

Faktor-faktor Kegagalan Ruqyah

Pastinya ruqyah itu di dalam menyembuhkan penyakit, adalah seumpama pastinya gula di dalam memaniskan air. Apakala ruqyah gagal menyembuhkan, faktor-faktor kegagalannya adalah sama jua dengan kegagalan gula memaniskan air. Antara penyebab-penyebabnya adalah:

1. Air tidak cukup panas.

Apabila air terlalu sejuk seperti air ais contohnya, gula yang dimasukkan tidak akan dapat larut. Begitulah juga keadaannya dengan ruqyah, sekiranya pengharapan kepada Allah cuma suam-suam kuku, agak sukarlah untuk ia memberi kesannya.

2. Tidak cukup kacau

Walaupun air itu sejuk, sekiranya dikacau dengan secukupnya, Insya Allah akan larut jua gula akhirnya. Begitulah juga, walaupun terkadang hubungan dengan Allah itu cuma suam-suam kuku, dengan kesungguhan meruqyah yang intensif, Insya Allah dengan belas RahimNYA, akan berkesan jua ruqyah itu pada akhirnya.

3. Air tidak suci

Apakala gula dimasukkan ke dalam air laut, maka manakan mampu ia menjadi manis. Begitulah jua, sekiranya terdapat kesyirikan atau kemaksiatan di dalam diri, manakan mampu ruqyah itu memberi kesannya. Maka haruslah disingkirkan segala syirik dan maksiat dengan sulingan taubat.

4. Tersilap campur

Apakala yang dicampur ke dalam air adalah bukan gula, tapi adalah garam, manakan air itu mungkin menjadi manis. Begitulah juga dengan ruqyah, hendaklah difahami kaedah-kaedahnya. Hendaklah kaedah yang dilakukan, sesuai dengan penyakitnya.

5. Takdir Allah mengatasi segala-galanya

Sebagaimana Allah boleh saja menjadikan gula berasa masin, sebegitulah juga Allah boleh saja menawarkan ruqyah.

Tapi satu perkara yang perlu difahami, di dalam hidup tuan-tuan, berapa kali tuan-tuan pernah terjumpa gula yang berasa masin ? Walaupun Allah boleh sahaja menjadikan ruqyah itu tawar, berapa kali kah Allah akan menjadikan ruqyah itu tawar ? Sekiranya tuan-tuan belum pernah berjumpa dengan gula yang berasa masin, maka kajilah faktor-faktor 1 ~ 4 sekiranya ruqyah itu tidak memberi kesan…

Wallahu’alam.

 


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails