Sunday, 11 October 2015

Santau

Sunday, 11 October 2015
Ulangkaji Kaedah Rawatan Santau

Tanda-tanda terkena santau


  1. Batuk: Tanda yang paling popular apabila terkena santau adalah batuk. Serangan batuk kering tiada kahak ini kebiasaannya berlaku selepas tengah malam sehinggalah ke waktu subuh. Mangsa akan mengadu sesak nafas, sakit dada, demam dan adakalanya pening dan pitam. Penggunaan semua jenis ubat batuk biasanya tidak berkesan. Jika dibiarkan, batuk ini boleh menyebabkan batuk berdarah.
  2. Urat besar timbul (kalau cuma racun tidak timbul)
  3. Lekuk di bawah leher yang luar biasa.
  4. Warna di bawah kelopak mata (bahagian dalam) tidak merah tetapi hitam.
  5. Urat nadi berwarna hitam.
  6. Kuku berwarna hitam (ini kerana racun santau sudah berkumpul di hujung- hujung jari)
  7. Telinga apabila ditekup, tiada bunyi eeeee....
  8. Urat hitam timbul pada dada... pada level ini keadaan agak teruk dan kemungkinan kesembuhan adalah amat rendah.
  9. Kerap (lebih dari 3x) bermimpi asap / kabus dan tak boleh keluar
  10. Kerap (lebih 3x) bermimpi ulat sintok (macam ulat gonggok yang warna hitam kuning - rajin pulak ulat sintok ni masuk rumah kebelakangan ni)
  11. Gangguan sistem dalaman badan.
  12. Kerosakan organ-organ dalaman.
  13. Muntah darah / ludah berdarah: ludah berdarah BUKAN di sebabkan gosok gigi.
  14. Berak / kencing berdarah.
  15. Demam berjadual (yang disebabkan oleh kewujudan bahan santau, kadangkala demam pada waktu-waktu yang sejuk seperti semasa hujan dsb)
  16. Sakit / perit / bisa pada sendi-sendi anggota badan (terutama kes-kes lama di mana santau telah turun ke kaki)
  17. Gatal/kudis/kurap.
  18. Sakit perut/cirit-birit.
  19. Sakit kepala yang kronik (kadangkala hanya apabila berfikir atau stress)
  20. Hilang / kabur penglihatan.
  21. Kanser / ketumbuhan.
  22. Lumpuh.
  23. Sakit belakang.
  24. Hilang selera makan, berat badan merosot secara mendadak.
  25. Sukar tidur / sering terjaga
  26. Masalah tekanan emosi.
  27. Penyakit doktdor tidak tahu.

Pantang

Tujuan pantang adalah:
  1. Supaya kesembuhan cepat.
  2. Meredakan kesakitan dan penderitaan.
  3. Menyegarkan badan.
Pantang Makanan:
  1. Limau: Semua jenis limau. Termasuklah daun limau purut yang digunakan dalam masakan.
  2. Cuka: Termasuklah sos kerana sos mengandungi cuka.
  3. Nenas
  4. Rebung
  5. Ikan yang bersengat seperti keli, baung dan pari.
  6. Apa-apa makanan yang menjadi sebab reaksi aktif santau.
#Jika termakan dan mengalami kesakitan, pesakit perlu segera tawarkan bisa dengan minum air kelapa yang telah di ruqyahkan dengan Al-Fatihah sebanyak 11x.

Sensitiviti santau: Juga dikesan bahawa kehadiran santau dalam tubuh menyebabkan pesakit tidak tahan kepada udara sejuk.

Pantang Aktiviti:
  1. Bersukan
  2. Kerja-kerja berat
Jangkamasa pantang: Sehingga tiada lagi bahan santau keluar dari tubuh pesakit semasa proses rawatan.

Jangkitan:
Bahan santau yang keluar dari pesakit santau boleh berjangkit jika ianya memasuki rongga-rongga terbuka seperti mulut dan hidung. Manakala bahan santau yang tersentuh kulit akan menyebabkan gatal dan miang.

Jangkamasa sembuh:
Kesembuhan adalah milik Allah disertai dengan usaha sungguh-sungguh pesakit santau. 
  1. Rawatan yang dilakukan secara kerap dan konsisten.
  2. Menjaga pantang tanpa putus asa.
  3. Amalan solat hajat, doa sedekah, membaca Al-Quran dan berzikir.
Kaedah rawatan santau:

Mengeluarkan rawatan santau:
  1. Kaedah tepuk dan bekam santau.
  2. Matikan santau dengan ramuan herba dan keluarkan sebagai najis.
# Rawatan santau elok dilakukan pada waktu siang, kerana pada waktu ini jarang tukang sihir memuja ibu santau.

Mematikan santau:
  1. Kaedah Tangas Kalimah
Mematikan sattelit santau:
  1. Sirrul Mahgrobi

Kredit khusus kepada guru-guru rawatan santau yang dihormati: 
Ustaz Marzuki, Ustaz Zed dan Ustaz Wan Asrul






1 comments:

Schanizan said...

Inovasi dalam teknologi penyihiran menyebabkan jin-jin santau dapat bersembunyi disebalik bahan santau. Menyebabkan jin-jin santau tidak dapat dikesan secara ruqyah pada peringkat awal rawatan. Hanya setelah bahan santau dikelurakan, barulah kewujudan jin dapat dikesan.

Oleh itu adalah sangat penting untuk dapat mengenalpasti simpton-simpton santau tanpa perlu bergantung kepada pengesanan jin santau.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails