Thursday, 6 August 2015

Pesanan Buat Para Boss

Thursday, 6 August 2015

Hari tu anak aku merengek nak main kat luar. Aku tak nak bagi dia main kat luar sebab cuaca nampak tak berapa baik. Jadinya nak pujuk anak aku, aku bawalah dia ke kedai nak belikan mainan. Sampai kat kedai dah beli mainan anak aku tu, aku belilah sekali mainan untuk abangnya pulak yang berumur 7 tahun. Yang kelakarnya, harga mainan untuk abangnya lagi mahal dari adiknya. Asalnya nak beli mainan adik, tapi abang yang dapat mainan lagi mahal. Itulah yang dinamakan menumpang tuah.

Sebab itulah aku nak ingatkan diri aku dan semua para-para boss. Tak kiralah anda raja ke, perdana menteri ke, ketua jabatan ke, pengurus syarikat ke, ketua kampung ke, imam ke, mandur ke, ayah ke, emak ke, suami ke… jangan sesekali memandang hina kepada orang yang lebih rendah dari kita. Entah-entah rezeki kita yang melimpah ruah tu, sekadar menumpang tuah orang-orang di bawah kita. Entah-entah Allah nak bagi rezeki pada mereka, tapi kita pulak yang dapat lebih….


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails