Wednesday, 8 July 2015

The Art of Sleeping (Dr. Hamza Al-Hamzawi)

Wednesday, 8 July 2015

Sumber: http://www.jiarizaira.com/2015/05/the-art-of-sleeping-oleh-dr-hamza-al.html

Dalam Islam terdapat beberapa waktu tidur yang kita sebagai umat Islam harus patuhi. Melalui ceramah yang dikendalikan oleh Dr. Hamza Al-Hamzawi dalam ceramahnya iaitu "The Art of Sleeping", beliau telah menyenaraikan waktu yang dibenarkan untuk tidur dalam Islam.

The Art of Sleeping oleh Dr. Hamza Al-Hamzawi
Tidur dari pukul 9 malam hingga 12 malam selepas Isyak
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.
Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur yang terdapat dalam dua keadaan.
  1. Dalam keadaan gelap.
  2. Satu lagi apabila dalam keadaan berehat dan menyenangkan (jika tidak tidur)
Tidur pada dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, Zikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur. Hadirnya 'Barakah' ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat
  1. Seseorang itu mestilah sudah bangun.
  2. Dengan pergerakan ringan seperti senaman mental. Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
  3. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
  4. Senaman dan pergerakan strenous perlu dilakukan hanya selepas matahari terbit.
  5. Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badann sehingga sepanjang hayatnya. Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails