Sunday, 5 July 2015

Pengalaman Meruqyah Pesakit Schizophrenia

Sunday, 5 July 2015
Bismillahirrahmanirrahim,
Beberapa minggu lepas, dengan takdir Allah aku diberi peluang untuk meruqyah seorang pesakit schizophrenia. Simpton penyakit, ialah pesakit ini suka menyendiri, tidak mahu berkawan, tidak mahu bekerja, tidak mahu mandi dan berbagai-bagai tidak lagi. Tetapi bila disoal, pesakit ini faham apa yang ditanyakan. Setiap petang boleh pula pergi jogging & main game kat cyber cafe. Pesakit ini pernah bertindak ganas sekali. Sekarang ini pesakit diberi ubatan dari hospital dengan pemantauan hospital secara berkalar. Pernah diimbas dengan CT scan, tetapi tidak menunjukkan kerosakan sel otak yang serius.

Dipendekkan cerita, pesakit telah diruqyahkan dengan ruqyah yang agak panjang. Dapat dikesan kewujudan jin di beberapa bahagian tubuhnya. Antaranya dipergelangan kaki, pada peha dan di bawah bibir.

Yang membuat aku confuse, kewujudan jin-jin tersebut tidak pula kelihatan seperti punca kepada permasalahan tersebut. Tambahan lagi, setelah berborak panjang dengan bapa pesakit, barulah aku faham punca penyakit berlaku lebih 8 tahun lalu. Mungkin akibat trauma menjadi mangsa dera oleh gurunya sendiri, semasa belajar di sebuah sekolah berasrama. Maka aku bertambah yakin yang kewujudan jin-jin tersebut hanyalah jin-jin tumpang yang bukan menjadi punca kepada schizophrenia tersebut.

Aku jadi buntu, apakah ikhtiar seterusnya yang boleh aku lakukan. Research punya research, teringat pulak satu kisah.
Musnad Ahmad 20834:
Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Ja'far telah bercerita kepada kami Syu'bah dari Abdulah bin Abu As Safar dari Sya'bi dari Kharijah bin Ash Shalt dari pamannya, ia berkata: kami pulang dari majlis Nabi Shallallahu'alaihiwasallam, kemudian kami mendatangi sebuah perkampungan Arab, mereka berkata: “Kami diberitahu bahawa kalian baru saja mendatangi orang itu dengan membawa kebaikan, lalu apa kalian punya doa atau ruqyah, kami punya orang gila yang tengah dirantai. Aku berkata: 'Ya.' Mereka pun membawa orang gila yang dirantai itu di hadapannya. Kemudian saya membaca surat Al Fatihah selama tiga hari di pagi dan petang hari, saya kumpulkan ludah saya kemudian saya meludahkannya lalu seolah-olah ia sembuh dari penyakit gila. Kemudian mereka memberi saya hadiah, saya berkata: 'Nanti dulu, hingga saya bertanya kepada Nabi Shallallahu'alaihiwasallam.' Saya pun bertanya kepada beliau lalu beliau bersabda: " Sungguh ada orang yang memakan dari hasil ruqyah batil, tapi engkau memakan dari hasil ruqyah yang benar."
Teringat pula guru aku pernah berkata, antara characteristic ayat 7 adalah untuk rawatan-rawatan berkaitan kejiwaan.

Teringat pula sahabat muallij dari Segamat yang kerap meruqyah dengan Surah As-Sa’faat untuk pelbagai penyakit-penyakit fizikal.

Setakat ni, kaedah yang sedang aku timbang-timbangkan adalah untuk meminta ahli keluarga pesakit:
  1. Meruqyah dengan Fatihah 70x setiap hari.
  2. Meruqyah dengan Ayat Tujuh 3x kali sehari
  3. Meruqyah dengan Surah As-Sa’faat 3x setiap hari.
Sekiranya ada sahabat-sahabat yang berpengalaman menangani kes schizophrenia ini, saya dengan penuh merendah diri memohon semoga dapat dikongsikan pengalaman tuan-tuan.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails