Sunday, 28 June 2015

Cara Mendapat Penyertaan Allah

Sunday, 28 June 2015

Al-Baqarah:249 -

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

Maka antara moral of the story adalah, bersabar meninggalkan larangan Allah, walaupun mampu melakukannya akan menyebabkan Allah bersama-sama dengan kita dan membantu di dalam aktiviti-aktiviti kita, sebagaimana Allah membantu Talut dan tenteranya menghadapi tentera Jalut. Wallahu a'lam.


0 comments

Wednesday, 17 June 2015

Menilik permata di dalam lumpur

Wednesday, 17 June 2015

Semuanya itu dengan asbab usaha seorang insan, yang menilik permata yang jauh tersorok di dalam lumpur.

“Apa nak jadi dengan kamu ni. Dah lah tak pernah nampak kat surau, rambut panjang, pakai rantai. Dah tu asyik terangguk-angguk mendengar lagu-lagu black metal.. ishhh…,” begitulah kata seorang Mat Surau kepada seorang anak muda yang sedang belajar di tahun pertama Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya satu ketika dulu.

Keliru dengan adolescent crisis, anak muda itu telah menjadi seorang yang tertarik dengan muzik-muzik dan fesyen-fesyen black metal. Dan begitu jugalah pandangan kebanyakan Mat-mat surau kepada pemuda tersebut. Jijik lagi menjijikan.

Dan pada anak muda itu pula, cercaan-cercaan sedemikian sudah menjadi sesuatu tidak memberi sebarang kesan. Kononnya nasihat-nasihat, tetapi berintonasi negatif itu, tidak sedikitpun menggerakan dirinya untuk berubah.

Tetapi dalam pada itu, ada seorang pelajar tahun 3, jurusan kejuruteraan kimia bernama Sharul yang amat berbeza. Dengan penampilan berjubah, berkopiah dan berjanggut, tidak merasa janggal untuk selalu menziarahi anak muda tersebut. Sememangnya mereka tinggal di asrama yang sama. Tidak pernah ia melihat anak muda tersebut dengan pandangan hina. Setiap kali menziarah, tidak pernah lupa pula membawa buah tangan. Dan perkara yang dibincangkan pula, hanyalah perkara-perkara biasa. Tiada juga sebarang dakwah, melainkan diajak anak muda itu ke surau setiap kali ingin kembali.

Setiap kali diajak ke surau, kerapkali anak muda itu menolak. Tidak kurang juga mulanya mengikut, tapi bila tiba di tangga yang agak malap, anak muda melencong ke kiri sedangkan Abang Sharul membelok ke kanan untuk ke surau. Tetapi Abang Sharul tidak pernah kecil hati dengan kelakuan anak muda tersebut.

Pada suatu hari, Abang Sharul mengajak anak muda itu ke surau lagi. “Zan, marilah kita pergi surau sama-sama. Hari ni lepas Mahgrib ada majlis fikir,” katanya. Entah kenapa, pada hari itu hati anak muda itu terbuka untuk mengikut Abang Sharul ke surau. Memang benar ada majlis bayan selepas Mahgrib. Dan pendengar-pendengar di tasykil untuk keluar belajar agama hanya untuk satu hari. Entah kenapa, pada hari itu, anak muda itu tergerak memberi namanya untuk keluar selama sehari.

Maka apabila tiba hari yang dijanjikan, datanglah jemaah menjemput anak muda itu keluar ke jalan Allah. Dan dalam satu hari itu, cuma satu hari itu……. tiba-tiba hati anak muda itu berubah 360 darjah. Sebaik pulang dari usaha satu hari itu, rantai terus dibuang, rambut dipotong, kaset-kaset black metal terus dibuang dan hampir-hampir tidak pernah solat 5 waktu melainkan di masjid atau di surau. Terkejut beruk mat-mat surau melihat perubahan anak muda tersebut.

Semuanya itu dengan asbab usaha seorang insan, yang menilik permata yang jauh tersorok di dalam lumpur.

Sehingga kini, sudah hampir lebih 20 tahun berlalu. Entah di mana Abang Sharul berada. Tetapi anak muda itu masih tetap tidak dapat menghilangkan perasaan terhutang budinya kepada insan itu. Semoga Allah membalas usaha Abang Sharul dengan sebaik-baik balasan. Amin.


0 comments

Friday, 12 June 2015

Mari Bersihkan Hati

Friday, 12 June 2015

Rasulullah (sallallahu’alaihi wa sallam) pernah bersabda maksudnya: "Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah (sallallahu’alaihi wa sallam)  , bagaimana membersihkanya?"Jawab Rasulullah (sallallahu’alaihi wa sallam): "Membaca al-Quran dan mengingati mati."

Mari kita cuba amalkan membaca surah-surah di bawah dengan taddabur. Baca satu ayat, kemudian baca terjemahan sambil cuba fikirkan relevantnya kepada situasi semasa diri kita. Ulang lagi untuk setiap ayat sehingga habis satu surah.

  • Al-Waqiah selepas Subuh
  • As-Sajdah selepas Zuhur
  • Yasin selepas Asar
  • Al-Mulk selepas Isyak

0 comments

Hakikat Amalan

Pernah tak lidah terasa lidas kerana terlalu banyak makan nenas muda. Kalau lidah dah lidas, makan apa pun dah tak terasa nikmatnya. Makan ayam goreng dah tak rasa ayam. Makan sup tulang pun dah tak rasa sup lagi…

Seronok ke makan kalau tak dapat merasa? Mestilah tak best….. Samalah juga… seronok ke beramal kalau tak rasa nikmatnya? Mestilah tak seronok.

Beramal dengan hati tak dapat merasa, samalah macam makan dengan lidah yang tengah lidas…

Jadinya, kenapa hati boleh hilang deria rasanya… maka ketahuilah olehmu, adalah nafsumu itu kepada hati, adalah seumpama nenas muda kepada lidah…

Ada satu kisah pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami:

Suatu hari seorang kawannya datang pada Yazid Bustami untuk mengadu, "Saya telah berpuasa setiap hari dan melakukan solat setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperoleh keringanan batin seperti yang engkau ceritakan.

" Yazid Bustami pun memotong kata kawannya itu, "Kalaupun engkau melakukan solat dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya. "

"Kenapa?" Tanya kawannya.

Jawap Yazid, "Sifatmu yang mementingkan diri dan serakah menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah.

" Lantas kawannya bertanya, "Katakanlah padaku, apakah penawarnya?"

"Ada penawarnya," kata Yazid, "Tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya. " Setelah dipaksa oleh kawannya Yazid pun berkata: "Pergilah kepada tukang gunting rambut yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu dilehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, teriakkanlah seperti ini, "Setiap anak-anak yang memukul batang leherku akan mendapat sebiji kenari." Selanjutnya pergilah ke pengadilan, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada mereka, "Selamatkanlah jiwaku.

" Berkata kawannya itu, "Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu, berilah cara penawar yang lain.

" Yazid berkata, "Yang aku ceritakan tadi adalah penawar pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakana tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi.

" Yazid Bustami seorang wali Allah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahsia batin). Kawannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu beliau perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri dipasar dan mengaku jahat dihadapan hakim. Perintah itu memang berat, tetapi bagi Yazid, tidak ada jalan lain lagi. Itulah cara mujahadatunnafsi yang mesti dilakukan. Begitulah pentingnya mujahadatunnafsi untuk siapa saja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu tidak dapat dikalahkan, selama itulah roh tidak akan suci dan bersih. Kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik dan hidayah ke dalam hati. Sebab benda yang paling berharga akan Allah letakkan di tempat yang mulia.

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/11/cara-cara-mendapatkan-amalan-hati.html#ixzz3cobiqySm


0 comments

Wednesday, 10 June 2015

Faktor-faktor Keampuhan Ruqyah

Wednesday, 10 June 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku tulis ni untuk pemahaman diri sendiri aje. Tak digalakkan untuk korang ambil sebagai rujukan.

Faktor keampuhan Seorang Pemanah

Faktor keampuhan  Seorang Peruqyah

Bimbingan dari mentor berkepakaran tinggi. Pergantungan yang bulat kepada Allah di dalam setiap tindakan.
Ketepatan panahan. Kemantapan niat.
Kemahiran mengenalpasti kedudukan buruan. Kemahiran menganalisa permasalahan.
Tangan dan badan yang kuat Kekuatan rohani peruqyah
Busar & panah yang kukuh. Bacaan ruqyah dengan penghayatan yang mantap.
Busar & panah yang cantik. Bacaan ruqyah dengan tajwid dan taranum yang mantap.

Maka tidaklah kesan ruqyah itu hanya kerana bacaan semata-mata. Oleh kerana itulah terkadang, bacaan ruqyah dari peruqyah yang bukan qari lebih memberi kesan dari bacaan seorang qari yang tidak memahami konsep ruqyah.

Dan tidaklah pula, kemantapan ruqyah itu semata-mata kepada pemilihan ayat yang di baca. Maka kerana itu yakinlah apakala mantap faktor-faktor lainnya, maka memadailah Al-Fatihah, ayatul Kursi dan Al-Mua’wizzat (3 Qul) sebagai ruqyah.

Wallahu’alam.


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails