Saturday, 30 May 2015

Bolehkah Manusia Melihat Jin?

Saturday, 30 May 2015
Bolehkah manusia melihat jin? Satu soalan yang telah lama diperbahaskan oleh sekian ramai para ulama. Tapi pada hari ini, izinkan aku cuba menerangkan persoalan ini dengan kaedah yang sedikit teknikal.
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Begitulah yang telah Allah terangkan di dalam surah Al-‘Araf ayat ke 27. Maka benarlah Allah dan RasulNya


Tetapi mereka-mereka yang berada di dalam dunia rawatan penyakit mistik, tidak dapat menafikan yang berapa ramai pesakit-pesakit yang mampu melihat kewujudan jin. Dan tidak kurang juga, perawat-perawat yang mampu melakukan scan menerobos alam yang kononnya alam jin. Bukankah manusia sepatutnya tidak mampu melihat jin, melainkan ia menjelma di dalam bentuk yang zahir ? Maka apakah penjelasannya?

Bila korang buka komputer, korang akan dapat lihat banyak folder dan file-file seperti di bawah betul tak?


Tapi korang rasa-rasalah kan, kalau korang pecahkan hardisk komputer korang dan lihat ke dalam hardisk komputer korang dengan mikroskop berkuasa tinggi, adakah korang akan dapat lihat folder-folder dan file-file dengan bentuk icon di atas dalam hardisk korang tu? Yeeeaa… sudah tentu tidak. Data-data disimpan di dalam hardisk di dalam bentuk magnetic grains yang dipanggil bit-bit. Pada zaman dahulu, magnetic grains ini disusun secara mendatar (lateral magnetic recording), tetapi sekarang ini disusun secara menegak (perpendicular magnetic recording) untuk menjimatkan ruang.  Oppsss… melalut pulak… udah den kaborkan… den ni engineer… bukan ustazzzz…

Makanya icon-icon yang kita lihat pada skrin komputer kita tu hanyalah interface yang memudahkan untuk kita berinteraksi dengan alam “magnetic grains” komputer anda yang tak mampu anda fahami.

Begitulah juga bila ada pesakit, mahupun perawat yang mampu melihat jin, sebenarnya mereka hanyalah melihat interface perantaraan ini. Tidaklah mereka melihat jin di dalam bentuknya yang asli. Dan penjelasan inilah juga yang menerangkan mengapa terkadang terdapat perbezaan penglihatan di kalangan pesakit-pesakit yang mampu melihat jin. Ada pesakit yang melihat jin harimau, dan apa pesakit yang melihat jin ular pada target yang sama.

Sepertimana komputer, korang bukan sahaja boleh melihat folder-folder dan file-file korang dari interface windows di atas. Bahkan juga dari berbagai-bagai interface, umpamanya interface dos seperti di bawah:

Maka perbezaan penglihatan di kalangan pesakit-pesakit tersebut adalah kerana berbezanya interface penglihatan mereka.

Dan perkara ini membawa aku kepada satu lagi persoalan Adakah kuman (virus, bakteria dll) itu jin? Di dalam perkara ini, ada ramai ulama dan para perawat yang berpendapat bahawa kuman itu adalah jin. Tapi aku secara peribadi memohon untuk berbeza pendapat dan tidak menganggap kuman itu adalah jin. Hujahnya ialah kerana kuman boleh dilihat di dalam bentuk aslinya dengan pengunaan mikroskop berkuasa tinggi. Walaubagaimanapun, aku berpendapat bahawa kuman memang akan terkesan dengan bacaan Al-Quran dan juga ayat-ayat ruqyah lainnya.
Wallahu’alam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails