Sunday, 22 March 2015

Antibiotik & Viral fever

Sunday, 22 March 2015

Sejak kebelakangan ni, sering dilihat demam yang disebabkan oleh serangan virus. Ianya dipanggil viral fever. Demam jenis ini, biasanya sangat tinggi suhunya.

Bila pergi klinik dan doktor pun dah tak tahu apa nak buat, biasanya kita akan diberi antibiotik sebagai tambahan kepada ubat untuk menurunkan suhu seperti paracetamol dan sebagainya. Tapi apakah gunanya? Semua para doktor tahu virus tidak boleh diuruskan dengan antibiotik. Sekiranya masuk wad di hospital-hospital kerajaan, biasanya cuma ubat demam dan air garam yang diberikan. Selebihnya menunggu pesakit sembuh dengan kekuatan anti-body sendiri.

Memberi antibiotik kepada pesakit viral fever cuma akan menambah bahan kimia di dalam badan, tanpa sebarang manfaat kesembuhan yang sebenarnya.

Maka marilah kita meningkatkan anti-body kita sebelum diserang viral fever, dan lebih-lebih lagi apakala telah dijangkiti. Semoga badan kita lebih berkeupayaan melawan virus-virus yang menyerang.

Caranya:
Minumlah air yang ditambah 2 sudu besar madu asli, dan 1 sudu teh minyak habbatussauda setiap pagi dan malam.

Dalam keadaan sakit, tambahkan dos hingga 3 atau 4 kali sehari.

Selain itu bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Terutamanya untuk orang-orang tua yang banyak bekerja di depan pc setiap hari macam aku ni.... ha ha ha.... Kadang-kadang rindu zaman-zaman buat kerja kat production line time muda-muda dulu...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails