Friday, 26 December 2014

Fitnah saka di suatu petang…

Friday, 26 December 2014

INI HANYA SEBUAH FIKSYEN

“Jan, boleh tak acik nak minta pendapat ngko sikit, sebagai seorang ustaz” kata makcik.

“Saya bukan ustaz acik.” balas saya.

“Tak kisahlah, tapi sebagai orang yang berkecimpung dalam  dunia rawatan mistik ni, acik nak tanya sikit.” kata makcik lagi.

“Apa dia acik ?” tanya aku.

“Ngko percaya tak kalau acik kata, ada orang yang dah tua, tapi tak pergi-pergi sebab pada diri dia ada macam… saka ke, ilmu apa-apa ke, atau mungkin ada yang turun kepada diri dia dari tok nenek dia ?” tanya makcik.

“Macam nenek ke ?”tanya aku mencari kepastian.

“Haa.. macam nenek tu lah. Dah lama terbaring aje. Malam-malam asyik bercakap sorang-sorang. Seolah-olah berborak dengan seseorang.” kata makcik mencari kepastian.

“Pada saya, saka ni bukan pada orang tua aje. Pada kita yang muda ni pun mungkin boleh jadi ada,” jawab aku.

“Tapi, kalau kes nenek tu, alang-alang dia sihat lagi, biarkan aje lah. Kalau dah teruk betul-betul, barulah kita buat rawatan” tambah aku lagi memberi pendapat.

“Sekali, saya pernah merawat seorang nenek yang sangat tua. Masa saya rawat tu elok aje dia sihat. Alih-alih lepas saya rawat, malamnya meracau-racau nenek tu. Katanya panasss… panasss… Lepas tu, keadaan kesihatan dia makin hari, makin teruk. Sampai daging jadi busuk dan kulit terkopek-kopek.” cerita aku pada makcik.

“Makin lama, makin teruk. Ujung-ujung lepas 2 minggu, barulah nenek tu meninggal.” tambah saya lagi.

"Kalaupun betul pun nenek tu ada saka, masalahnya kalau dirawat pun, bukan confirm nenek boleh pergi time tu. Entah-entah ambik masa 2 minggu ke… 2 bulan ke… 2 tahun ke… siapa tahu. kalau keadaan kesihatannya makin teruk, tak ke makin susah anak cucu nak jaga. Alang-alang nenek masih sihat, biarkan ajelah.” kata aku memberi saranan.

“Tapi acik bukan nak rawat. Tadi acik jumpa orang sebab nak tengok aje.” balas makcik pula.

Adusss…. berderau darah aku mendengar perkataan “tengok”.

“Kenapalah orang melayu ni susah sangat nak faham. Menengok tu maknanya menilik. Meniliki tu kan haraaaaaammmm.” jerit aku di dalam hati.

Dalam sebuah hadis Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.
(Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya: 9532).

“Nenek dengan atuk, siapa lagi tua ?” tanya aku kepada makcik.

“Atuklah..” jawab makcik.

“Kalau macam tu, daripada acik pergi tengok kan nenek, baik acik tengok kan atuk. Atuk lagi tua dari nenek, tapi atuk lagi lah tak mati-mati. Siap boleh naik motor pergi masjid lagi.” kata aku dalam hati yang sedang jengkel.

“Saka ni tak semestinya yang paling tua. Yang muda pun boleh ada kan ?” kata makcik mempertahankan pendapatnya.

“Kalau muda pun boleh ada saka, elok kita minta bomoh tu tengokkan diri kita ni aje… Entah-entah kita ni pun ada saka tak ? Entah-entah kita ni pun sebenarnya dah mati, tinggal saka aje kot dalam diri.” balas aku semakin jengkel.

“Lah pulak….”kata makcik.

Cubalah bayangkan tuan-tuan. Bagaimana pula perasaan kita, kalau masa kita tua esok, dan asyik terbaring aje, anak-cucu kita pulak yang kata kita ni tak mati-mati sebab ada saka… hu hu hu….

Astagfirullahal ‘Azim


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails