Tuesday, 25 November 2014

Adat Yang Membinasakan

Tuesday, 25 November 2014

Mendung“Hari dah nak hujan tu. Cepat baling spender atas bumbung,” kata Wak Munah. Tanpa membuang masa Leman terus mencari spender, dan mula hendak membalingnya ke atas bumbung. Tiba-tiba Wak Munah bersuara lagi, “bukan engkaulah Leman, pengantin yang nak kena baling atas bumbung.” Kelam-kabut Leman mencari abangnya Seman, dan menyerahkan spender tersebut kepada abangnya.

Begitulah antara contoh amalan karut lagi menyesatkan di dalam kalangan orang Melayu. Kalau hari nak hujan, pengantin kena baling spender atas bumbung. Barulah hujan tu lari.

Adat sebegini memang nampak simple aje… Tapi tahu tak korang, mempercayai, apatah lagi beramal dengan adat-adat sebegini adalah teramat besar bahayanya. Tidakkah kita belajar kat sekolah dulu, hujan turun di atas qadar (ketentuan) Allah ? Adakah tuan-tuan mengatakan spender tuan-tuan tu lebih berkuasa dari Allah ??? Astagfirullahal ‘Azim…. Bahaya tuan-tuan. Silap-silap haribulan, boleh gugur syahadah…….

Aku tak pandai bab-bab hukum ni, tapi mempercayai adat-adat sebegini, dah memang jelas salahnya.

Kalau sekadar suka-suka tanpa mempercayainya pun, tidakkah korang rasa perkara sebegitu seolah-olah mempersendakan Allah ? Kalau mini korang pandai masak mee kari, alih-alih korang gurau kata kat dia, mee kari gerai Kak Joyah depan simpang lagi sedap…. walaupun korang bergurau aje, agak-agak apa perasaan mini korang.

Ini apatah lagi Allah yang menguasai alam semesta, alih-alih korang kata spender korang lagi power…. Tak rasa bersalah ke ??? Astagfirullahal ‘Azim

Bukan tak boleh berusaha. Bahkan digalakkan berusaha. Tapi usaha tu hendaklah dengan perkara-perkara yang ada logik dek akal lagi patuh syariah.

Sebagai contoh, dekat-dekat nak exam, korang pasang mp3 kuliah sambil duduk-duduk. Usaha sebegini bolehlah diterima pakai, sebab sambil duduk-duduk tu mungkin masuklah juga serba sedikit ilmu tu walaupun tak berapa effektif.

Tapi kalau korang kunyah dan telah nota-nota kuliah korang… agak-agak boleh diterima akal ke idak???

Kalau korang suruh hantu raya ganti korang pergi exam pulak? Hmm… adalah logiknya, mungkin boleh jalan jugak, tapi patuh syariah ke idak?

Makanya dalam berusaha, perlulah diperhatikan 2 perkara:

  • Logik dek akal
  • Patuh syariah

Siapa setuju, sila angkat tangan…………….


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails