Tuesday, 14 October 2014

Adab Mengesan Kedai Menggunakan Pelaris

Tuesday, 14 October 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan berkembangnya internet pada zaman ini, begitu jugalah dengan perkembangan pelbagai jenis ilmu. Cumanya kepincangan di dalam ilmu-ilmu instant begini, ialah keseluruhan syarah ilmu selalunya tidak dapat dicakupi. Natijahnya ialah, sesuatu ilmu itu digarap, tetapi tidak dengan adab-adabnya yang sempurna.

Sebagai contoh, terdapat banyak kaedah di dalam internet, untuk mengenalpasti kedai-kedai makan yang  menggunakan pelaris. Ada yang menggunakan ayatul Kursi, juga pelbagai kaedah lain. Malangnya yang tertinggal di sini ialah bagaimanakah sikap kita bila bertemu dengan kedai-kedai yang disyaki begini ?

Apakah benar scanning kita itu mengesan khadam-khadam pelaris ? Apakah tidak mungkin scanning kira telah di intercept oleh syaitan-syaitan yang sememangnya selalu menunggu peluang.

Maka adabnya bila bertemu kedai sebegini adalah cukup mengelakkannya tanpa bercerita kepada orang-orang lain. Takut-takut kalau scan kita itu tersilap, maka kita akan jatuh kepada dosa memfitnah pula.

Semoga Allah mengurniakan kepada fakir ini untuk mengamalkan sendiri apa yang telah ditulisnya....

Wallahu 'alam.


0 comments

Thursday, 9 October 2014

Kesan Amal

Thursday, 9 October 2014
ZikirKata seorang guru, amalan-amalan sunat itu adalah umpama pakaian. Maka pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan diri yang dihadapi. Apakala hari sejuk, eloklah memakai pakaian yang tebal dan berbulu. Dan apakala hari panas, eloklah dipakai pakaian kapas yang nipis. Begitu jugalah dengan amalan, hendaklah disesuaikan dengan keadaan diri semasa kita…

Ada beberapa amalan yang diperhatikan memberi beberapa kesan spesifik. Semuanya ini adalah berdasarkan pengalaman. Namun kesan amalan kepada individu yang berlainan, sudah tentu tidak sama. Apapun dikongsikan juga supaya dapat diperkembangkan.

A. Amalan pembuka wirid
Setiap manusia tentunya tidak terlepas dari dosa. Adakalanya terjebak kepada dosa yang menyebabkan kegagalan untuk beristiqamah dengan wirid-wirid biasa kita, walaupun sudah bertaubat. Pada ketika ini, amalan yang diperhatikan paling mantap untuk mengembalikan kekuatan untuk kembali kepada standard wirid-wirid kita yang biasa adalah dengan selawat tafrijiyah 11x selepas setiap solat fardu. Apakala berada di dalam keadaan lemah, cukuplah berpegang dengan amalan fardu dan ditambah dengan amalan ini. Diperhatikan selepas itu, kekuatan untuk menjaga wirid-wirid lain akan dipermudahkan dengan izin Allah.

B. Wirid penghilang marah
Apakala hati asyik merasa marah, maka wirid yang paling baik diperhatikan adalah zikir Allah dengan olahan nafas yang betul. Lakukanlah dalam 1000x wirid setiap lepas solat fardu, dengan jumlah setiap hari adalah dalam 5000x sehari. Insya Allah akan sirna perasaan marah, dan hadir rasa tenang ke dalam hati.

C. Wirid penghilang duka
Apakala diri diuji Allah dengan sesuatu musibah, maka diperhatikan wirid yang paling sesuai adalah membaca Al-Quran dengan tartil dan taddabbur. Bacalah setiap satu ayat di dalam bahasa Arab, kemudian bacalah terjemahannya sambil memikirkan aplikasinya di dalam situasi kita. Insya Allah dapat memberi kekuatan di dalam melalui musibah tersebut.

0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails