Monday, 21 April 2014

Aura Amalan

Monday, 21 April 2014

Tidak dapat tidak, amalan rutin anda pasti akan hasilkan aura. Adakah aura itu baik untuk anda… hmmm aku tak pasti. Untuk anda memanglah baik, tapi tidak semestinya baik untuk keluarga anda.

Pernah sekali, apabila pergi ke sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka:

  • kali pertama, terdengar jeritan & mungkin juga cubaan-cubaan untuk memecah benteng di alam angker.
  • kali kedua, dah mula tolak-tolak barang dalam kedai.
  • kali ketiga, ada pula ahli keluarga yang diserang. Alhamdullillah dapat disingkirkan dengan kaedah TRO.

Rupa-rupanya, abang long kawasan sakit hati dengan aura diri yang mengganggu mereka. Sejak itu agak lama juga tak pergi ke tempat tu. Sekarang ni sesekali pergi juga, tapi tak lupa doakan ahli keluarga dengan kalimah tammah pendek 3x, apabila sampai ke sana.

Kalimah tammah


0 comments

Cara Mengubah Takdir

Sumber: http://www.motivasi-islami.com/rahasia-mengubah-takdir/

Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)

Cara Mengubah Takdir

Mengubah Takdir Dengan Berdoa.

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.

Cara Kedua adalah bersedekah. Rasulullah SAW pernah bersabda : Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah taqdir yang mubram (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)

Cara Ketiga adalah bertasbih. Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :

Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu?  Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).

Cara keempat ialah dengan berselawat ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)

Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah. Optimis selalu Anda boleh mengubah takdir Anda menjadi lebih baik.


0 comments

Wednesday, 2 April 2014

Yuttari (ゆったり)

Wednesday, 2 April 2014

Tetapi hakikatnya, kebanyakan situasi di dalam hidup bukanlah perkara yang memerlukan kita bergegas-gegas.

Yuttari (2)

Yuttari (ゆったり)adalah perkataan Jepun yang membawa maksud tidak tergesa-gesa. Di dalam kehidupan masyarakat Jepun, yang serba-serbinya berlaku dengan pantas, hari-hari yang dapat dilalui dengan yuttari (tanpa tergesa-gesa) adalah sesuatu yang sangat mahal harganya. Sedar tak sedar, kehidupan hampir seluruh masyarakat dunia sudah menjadi terlalu terkejar-kejar. Tiada lagi masa untuk berperlahan-lahan di dalam setiap hari yang dilalui.

yuttari

Di dalam kehidupan serba moden, kita dibanjiri dengan pelbagai peralatan dan gajet-gajet. Alat-alat yang sepatutnya membantu kita untuk melalui kehidupan yang lebih bermakna, sebaliknya menjadikan kita lebih terkejar-kejar. Teringat pada zaman dahulu, semasa tiada smart phone mahupun android, rata-rata kerja akan tamat pada pukul 5. Sebelah malam adalah masa untuk keluarga dan merehatkan diri dengan amalan-amalan agama. Gelanggang silat pula rata-ratanya dibuka selepas solat Isyak. Semuanya telah hilang ditelan zaman.

Pada zaman ini, mereka-mereka yang tidak menjawab email dalam tempoh 24 jam, adalah dianggap tidak beretika. Begitu juga sekarang ini, hingga ke pukul 1 atau 2 pagi, anda mungkin sahaja mendapat message whatsapp dari para-para client anda… Tiada lagi masa kosong yang anda tidak akan risau dari “diganggu” supaya dapat anda “berperlahan-lahan.”

Kadang-kadang kita terlupa, sikap perlahan-lahan itu adalah perkara yang dicintai oleh Allah dan RasulNya:

630. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah sallallahu ’alaihi wa salam bersabda kepada Asyaj Abdul Qais: "Sesungguhnya dalam dirimu itu ada dua macam perkara yang dicintai oleh  Allah, yaitu sabar dan perlahan-lahan - dalam tindakan." (Riwayat Muslim)

Ada masanya kita perlu bergegas. Para doktor di hospital, pegawai polis yang sedang memburu penjenayah, para pejuang yang berada di medan perang. Di situ bukan masanya untuk beryuttari. Tetapi hakikatnya, kebanyakan situasi di dalam hidup bukanlah perkara yang memerlukan kita bergegas-gegas. Tergesa-gesa akan menyebabkan kita gagal menilai sesuatu situasi dengan jelas. Akhirnya, kita akan selalu membuat pertimbangan yang salah. Ada yang memaki-maki hingga hilang maruah diri hanya kerana kereta tercalar sedikit. Ada yang memukul anak dengan kejam, hanya kerana anak-anak bising berebutkan biskut. Hilang sifat kemanusiaan dek kehilangan yuttari. Bak kata orang mat salleh, “we failed to put things into perspective…”

Maka sahabat-sahabat, marilah kita cuba untuk beryuttari… Bukan senang untuk beryuttari di dalam zaman kebangkitan dajjal ini. Tentu ada yang marah, kerana anda tidak menjawab message FBnya dengan segera. Tentu ada yang marah, bila anda lambat membalas missed call mereka. Tapi cubalah apa yang terdaya. Sebagai permulaan, mungkin boleh kita mulakan dengan mengurangkan masa yang dilaburkan ke dalam social media… Kemudian cari pula cara bagaimana tugas-tugas boleh diselesaikan dengan effektif, supaya ada boleh balik awal ke rumah… dan bermacam-macam lagi.

Wallahu’alam.


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails