Saturday, 4 January 2014

Merawat Penyakit JINetik: Satu Eksperimen

Saturday, 4 January 2014

Bismillahirrahmanirrahim. 

Dari pengalaman rawatan, banyak dilihat perkaitan di antara penyakit-penyakit keturunan, seperti asma, resdung, Familial Hypercholesterolemia (kolestrol), alergi, diabetes melitus (kencing manis), darah tinggi dan sebagainya, dengan kewujudan gangguan jin, khususnya gangguan jin pu-SAKA yang diwarisi. Walaupun tidak dapat dibuktikan secara saintifik, aku percaya banyak penyakit-penyakit genetik, ada kaitannya dengan gangguan JINetik. Nenek aku dulu pun selalu berpesan supaya aku dan sepupu-sepupu aku tak makan daging kerbau balau. Kononnya keturunan aku alergi dengan daging tu. Malangnya, tak pernahlah pula aku berkesempatan jumpa daging kerbau balar untuk dibuat eksperimen.

Maka untuk kesembuhan yang maksimal, perlulah rawatan secara alopathy dilakukan seiring dengan rawatan spiritual. Bila disebut pu-SAKA, ramai yang rasa "DOWN" seolah-olah terkena terminal illness yang sudah tiada harapannya lagi. Ramai yang merasakan seolah-olah masalah pu-SAKA terlalu rumit untuk diselesaikan. Inilah akibat terlalu banyak menonton cerita-cerita seram. Ianya telah menanamkan perspektif yang salah tentang gangguan jin, yang akhirnya menyebabkan bukan sahaja kerumitan di dalam rawatan, bahkan juga hampir-hampir merosakan akidah. Elok tuan-tuan baca artikel tentang permasalah pu-SAKA yang ditulis oleh seorang guru aku, Ustaz Wan Asrul, pengasas Terapi Islam al-Fatah.

Sebagai ikhtiar untuk rawatan penyakit-penyakit yang berpunca dari warisan keturunan, suka disarankan supaya tuan-tuan melakukan rawatan spiritual seperti yang akan diterangkan di bawah, sebagai tambahan kepada rawatan alopathy yang korang memang tengah lakukan dengan pihak hospital. Kaedah rawatan ini adalah sebenarnya di ambil dari teknik rawatan MEDISEN (merawat diri sendiri) yang disusun oleh guru aku Ustaz Abdul Majid, pengasas dan mursyiful am Persatuan Perawat-perawat Nur Ehsan Malaysia (AKRINE).

Kaedah Rawatan:

1. Istiqamah dengan zikir setiap hari:

Setiap hari amalkanlah zikir secara konsisten. Bukan nak banyak, tapi konsisten. Jenis zikir pula, bergantunglah kepada kesesuaian diri korang. Antara yang paling mudah ialah seperti Laillahaillallah 100x, Istigfar 100x dan selawat 100x setiap hari. Paling koman pun, Al-Fatihah, ayatul Kursi dan 3 Qul setiap pagi, petang dan malam sebelum tidur.

 

2. Minum air ruqyah setiap hari:

Hospital dah bagi korang ubat sebagai ikhtiar untuk menyingkirkan elemen-elemen batil yang bersifat fizikal yang mengganggu kesihatan korang. Sebagai ikhtiar untuk menyingkirkan elemen-elemen batil bersifat spiritual pula, maka minumlah air ruqyah sekurang-kurangnya selepas bangun tidur, dan sebelum tidur setiap hari. Baca di sini bagaimana nak buat air ruqyah.

 

3. Baca Deklarasi Pemutus selepas solat subuh:

Di dapati jin-jin pu-SAKA terkadang kelihatan terlindung. Sebenarnya, mereka adalah terlindung dengan benteng dari perjanjian pu-SAKA yang pernah di lakukan oleh nenek moyang korang. Maka, perlulah dibatalkan segala perjanjian dan juga kontrak dengan melafazkan deklarasi pemutus saka seperti di bawah:

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah, sesungguhnya saya dan mewakili keluarga saya, dengan penuh sedar dan insaf, dengan ini mengisytiharkan untuk:

  • memutuskan semua perjanjian, atau ikatan, yang kami atau orang sebelum kami pernah lakukan, secara sedar ataupun tidak, dengan golongan jin sekiranya ada.
  • mengharamkan tubuh kami daripada dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin.
  • menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah sahaja.
  • Amin

 

4. Musnahkan Gangguan Spiritual selepas solat Zuhur.

Seterusnya ialah memusnahkan segala gangguan spritual yang bersarang pada diri korang. Caranya ialah:

  • bacakan Ta'awuz, Basmallah dan Allahu Akbar sebanyak 21 x.
  • Tarik nafas panjang dari hidung dan tahan seketika.
  • Semasa menahan nafas, berdoa dalam hati, Ya Allah musnahkanlah segala gangguan jin, sihir dan segala kebatilan yang mengganggu diriku.
  • Lepaskan nafas dari mulut perlahan-lahan sambil membayangkan azab Allah turun dari kepala hingga ke kaki yang memusnahkan segala gangguan yang mengganggu korang.

 

5. Tarik keluar segala jin yang masih ada pada diri anda selepas Asar.

  • Letak tapak tangan korang depan muka macam masa nak doa.
  • Baca Yasin ayat 9 sebagai pelindung tangan.
  • Baca surah An-Naml ayat 30~31 untuk menundukkan jin.
  • Tiup pada tapak tangan, dan sapu tangan pada kedua-dua lengan macam orang tayammum.
  • tarik jin dari badan anda dengan lafaz Allahu Akbar, dan hantar ke destinasi-destinasi pilihan. 
  • Mula menarik dari kepala, muka, telinga, tengkok dada, seterusnya hingga ke kaki.
  • Boleh rujuk video Ustaz Abdul Majid tentang MEDISEN di sini.

 

6. Hidupkan majlis taklim selepas Mahgrib

Perlu difahami, bahawa tujuan kita dihantar ke dunia oleh Allah ialah untuk beribadat kepadaNya. Kita tidak dihantar ke dunia untuk berperang dengan jin-jin pu-SAKA. Merawat masalah pu-SAKA hanyalah keperluan hidup, bukan matlamat hidup. Maka untuk mengingatkan diri kita tentang matlamat hidup kita, antara kaedahnya ialah dengan menghidupkan majlis taklim di rumah anda. Bacalah apa-apa kitab hadis, khususnya yang berkait dengan fazail amal selepas solat Mahgrib bersama-sama dengan keluarga anda.

 

7. Tikam jin yang masih degil selepas Isyak

  • Letakkan ibu jari kanan pada kedudukan jantung anda. 
  • Ucap 2 kalimah syahadat dengan jelas dan tartil.
  • Tarik nafas panjang dan tahan nafas seketika.
  • Semasa tahan nafas, berdoa di dalam hati, minta Allah tikam hingga mati segala jin yang masih ada dalam diri sekiranya mereka tidak juga keluar.
  • Tikam jantung dengan kuku ibu jari anda sambil melafazkan Allahu Akbar perlahan-lahan.
  • Ulang sebanyak  3 kali.
  • Kemudian buat pula 3 kali dengan tangan kiri pula.
  • Dan kemudian buat dengan kaedah bersilang pada kedua-dua dada sebanyak 3 kali juga.

 

8. Benteng diri anda selepas Isyak

  • Akhir sekali, bentenglah diri anda dari gangguan-gangguan yang baru, atau yang nak patah balik lagi.
  • Kaedah yang diajar oleh Ustaz Abdul Majid adalah lebih mudah lagi, tapi kali ni benarkan aku kongsikan kaedah yang lebih konvensional dan dikenali di dalam masyarakat Melayu.
  • Duduk melunjur.
  • Letak tangan macam masa nak berdoa.
  • Baca 3 Qul (Al-Mu'awizzat)
  • Tarik nafas dari hidung dan tahan nafas seketika. Semasa menahan nafas berdoa di dalam hati kepada Allah supaya dilindungi dari segala kejahatan dan kebatilan zahir dan batin.
  • Tiup pada tapak tangan.
  • Bila nafas habis tekap tangan ke muka, dan tarik nafas dalam-dalam. 
  • Kemudian sapukan tangan ke seluruh badan, kecuali tapak kaki dan kemaluan.
  • Tahan nafas semasa menyapu.

 

9. Healing Crisis

Sekiranya korang memang benar berpu-SAKA, setelah melakukan kaedah di atas selama 5~7 hari, korang mungkin berkemungkinan menghadapi healing crisis. Anda mungkin rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu. Atau mungkin merasa benda bergerak-gerak di dalam tubuh anda. Be persistent, dan teruskan rawatan. Sekiranya gangguan terlalu kuat untuk anda hadapi sendiri, berhubunglah dengan perawat-perawat Islam berdekatan.

 

10. Perhatikan kesan

Di samping itu, rekodkanlah masalah kesihatan korang sebelum dan semasa melakukan rawatan di atas. Tulislah pemerhatian keadaan penyakit:

  • Sebelum memulakan rawatan
  • Selepas seminggu
  • Selepas sebulan
  • Selepas 6 bulan

 

Sekianlah dikongsikan, semoga bermanfaat.

 

 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails