Thursday, 9 January 2014

Menyingkirkan Tempias Rawatan Bomoh Tak Syar’i

Thursday, 9 January 2014

 

 

Kadang-kadang kita pergi jumpa perawat, tak sangka pula bila dah jumpa baru tahu perawat tu sebenarnya merawat dengan kaedah yang tak syar’i. Nak cakap depan-depan, tak beranilah pulak. Ye tak ye, kita sabar ajelah sampai rawatan selesai. Yang tak sanggup tu, kadang-kadang dibekalkan pula kita dengan tangkal dan azimat. Maka untuk menghadapi keadaan ini, disyorkan akan kaedah-kaedah di bawah:

Step 1: Musnahkan segala tangkal & azimat yang diberikan. Kaedahnya ialah:

  1. Baca Ta’awuz Dan Basmallah.
  2. Mohon pada Allah. Contohnya: Ya Allah, aku mohon padaMu, bebaskanlah serta lindungilah diriku serta keluargaku, dari segala kejahatan dan kebatilan yang berkait dengan tangkal-tangkal ini, serta Engkau musnahkanlah Ya Allah, akan segala kebatilan yang terkait dengan tangkal ini Ya Allah. Amin.
  3. Baca 3 Qul (Surah-surah Al-mu’awizzat)
  4. Buat isyarat ludah pada tangkal-tangkal tersebut.
  5. Bakar atau buang tangkal-tangkal tersebut pada air yang mengalir.

Step 2: Scan diri anda

  1. Perhatikan jika pada diri anda terdapat tanda-tanda gangguan standard semasa jaga dan semasa tidur.
  2. Jika tiada, scan diri anda dengan kaedah berikut:
  3. BacaTa’awuz, Basmallah dan Al-Fatihah.
  4. Mohon pada Allah: Ya Allah, jika ada pada diriku ini sebarang gangguan jin atau sihir, dengan rahmatMu, singkirkanlah mereka sejauh-jauhnya Ya Allah, dan janganlah Engkau kembalikan mereka kepada diriku mahupun keluargaku buat selama-lamanya Ya Allah.
  5. Kemudian baca Bismillah Penggerak 7x.
  6. Ayat Penggerak
  7. Perhatikan tanda-tanda resistance seperti mual, pening kepala, pergerakan di bawah kulit, berdebar-debar dan apa-apa lagi tanda-tanda yang luarbiasa.
  8. Jika tiada, Alhamdullillah.
  9. Jika ada, teruskan kepada step 3.
  10. Perhatian, kewujudan tanda-tanda hanya memberi indikator bahawa terdapat gangguan pada diri anda. Ia tidak semestinya datang dari bomoh yang telah merawat anda. Jangan mudah membuat tuduhan, kerana ia akan menjadi senjata syaitan.

Step 3: Pembersihan Diri – Kaedah Air Ruqyah

  1. Langkah ketiga adalah proses menyingkirkan gangguan pada diri. 
  2. Buat air ruqyah. Sila rujuk kaedah-kaedah membuat air ruqyah. Bacalah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas 11x setiap surah sebagai ruqyahnya.
  3. Minum air ruqyah 3x sehari. Sebelum minum, sebagai standard operation procedure (SOP), berdoalah kepada Allah supaya menyingkirkan segala gangguan jin dan sihir dari diri anda.
  4. Gunakan air ruqyah untuk mandi setiap petang.
  5. Caranya, campurkan segelas air ruqyah dengan setengah baldi air paip. Selepas mandi biasa, mandi pula dengan campuran air ruqyah tersebut. Sama juga, sebagai SOP, berdoalah dalam hati sebelum menyiram air ruqyah. Selepas mandi, biar kering sendiri. Tak perlu lap.

Step 4: Pembersihan Diri – Kaedah 3 Qul

Selepas setiap solat, baca ikrar pemutus.

Ikrar Pemutus

  1. Kemudian tadah tangan macam berdoa dan baca 3 Qul.
  2. Tarik nafas dan tahan seketika.
  3. Semasa menahan nafas, mohon Allah lindungi diri dari segala kejahatan makhluk dan kemudharatan.
  4. Tiup ke arah tapak tangan.
  5. Bila nafas dah habis, tekupkan tangan ke muka dan tarik nafas dalam-dalam.
  6. Kemudian di dalam keadaan menahan nafas, sapukan tangan ke seluruh badan kecuali tapak kaki dan kemaluan.
  7. Kemudian lepaskan nafas.
  8. Ulang step 1 – 8, tapi kali ini dengan niat mohon Allah musnahkan segala gangguan batil yang ada pada diri anda.
  9. Ulang lagi step 1 – 8, tapi kali ini dengan niat mohon Allah singkirkan segala gangguan batil yang ada pada diri anda.
  10. Buat setiap waktu solat dengan konsisten dan pergantungan kepada Allah sehingga hilang segala tanda-tanda gangguan.
  11. Sekiranya gangguan kuat, mungkin ada sedikit healing crisis semasa anda melakukan langkah-langkah di atas. Jika berlaku healing crisis, bersabar dan teruskan segala amalan di atas dengan hati yang teguh.
  12. Yakinlah Allah yang menurunkan penyakit, dan Dia jugalah yang akan menyembuhkannya.

Sekian, Wallahu’alam.

 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails