Tuesday, 21 January 2014

Kisah Merawat Demam Dengan Madu Dan Ruqyah

Tuesday, 21 January 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari pertama dan kedua:

Anak itu mula demam selepas asar. Bila diberi paracetamol, suhunya menurun, kemudiannya naik lagi. Diberi paracetamol, turun lagi, dan kemudiannya naik lagi.

Tapi dihujung hari kedua, suhu anak itu meningkat lebih tinggi. Lebih dari 39oC. Nak dibawa ke hospital pun belum 3 hari. Tentu cuma diberi ubat demam sahaja. Maka si bapa berikhtiar memberi anak itu madu. Mudah-mudahan membantu sistem pertahanan badan melawan kuman-kuman penyebab demam. Kebetulan madu itu pula madu yang telah diruqyahkan. Tatacara, menyediakan madu adalah seperti di bawah adanya:

  1. Air dituang ke dalam mug terlebih dahulu.
  2. Satu sudu madu dituang ke dalam mug yang sudah berisi air menggunakan sudu plastik.
  3. Campuran air dan madu dikacau secara melawan pusingan jam selama 3 min.

Setelah diberi madu, suhu anak tidak mahu turun-turun. Tidak seperti sebelum itu, yang turun setelah diberi paracetamol. Setelah lebih 5 jam, dos madu kedua pula diberikan. Tetapi natijahnya, suhunya bukannya makin menurun, tapi makin meningkat pula.

Tengah malam itu, suhu anak makin meningkat. Maka sessi paracetamol berikutnya pula diberi. Tetapi suhu bukannya berkurangan, tapi makin meningkat pula. Terasa ada yang tak kena, si bapa mula meruqyah si anak semasa ia sedang tidur. Anak itu mula menunjukkan reaksi semasa di baca ayatul Kursi. Dan bereaksi dengan lebih keras semasa di bacakan ayat-ayat anti sihir. Akhirnya anak itu terkencing sendiri semasa dibacakan ayat-ayat anti sihir.

Setelah dibersihkan, anak itu menggigil-gigil. Rawatan diteruskan dengan kaedah pukul serban serta tarik. Kemudian disambung pula dengan ruqyah pemecah benteng dan pembatal sihir. Ketika dibacakan pembatal sihir, anak itu kelihatan tidak selesa pada mukanya. Maka, tembakan pemusnah sihir difokuskan ke muka anak tersebut. Setelah beberapa ketika, kelihatan anak itu mula tenang dan tertidur. Ruqyah di teruskan dengan Al-mu’awizat dan selawat syifa. Terdengar jeritan oleh si bapa dari alam anker di penghujung ruqyah. Yang Menariknya, tiba-tiba suhu anak itu menurun dengan mendadak. Terus hilang demamnya !!!

Hari ketiga

Dalam pukul 10 pagi itu, suhu anak itu naik kembali. Maka dia pun dibawa ke hospital. Prosedur biasa, darah anak diambil untuk ujian. Tetapi tiada sebarang jangkitan dikesan. Akhirnya anak itu dibenarkan pulang dengan cuma berbekalkan paracetamol lagi dari hospital.

Di rumah, suhu panasnya tidak mahu turun-turun. Maka si bapa memberi amaran. Kita beri madu dulu, kemudian diruqyah lagi jika demam masih tidak hilang bada’ solat Isyak.

Kembalinya si bapa dari masjid, suhu anak itu sudah mulai turun. Cuma dengan ikhtiar madu tanpa perlu diruqyah. Dan dengan rahmat Allah, tuntaslah demam anak itu untuk kali ini. Lahaulawala quwwata illa BILLAH… AlhamduLILLAHirabbil’alamin.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails