Tuesday, 30 December 2014

Mari kita berkhalwat….

Tuesday, 30 December 2014

Mari Melihat Syaitan di dalam facebook

“Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).

image

Bahkan yang sebenarnya bukan sahaja facebook. Tetapi juga segala jenis social media, termasuklah whatsapp, forum-forum internet dan sebagainya.

Memangnya tidak ada masalah, jika semua pengguna social media mampu menjaga adab sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullullah s-S.A.W, tetapi syaitan pun cukup mengerti bahawa itu tidak akan berlaku. Apabila terlalu ramai orang berkumpul di dalam sesuatu platform social media, maka tentunya akan ada:

  • Golongan syok sendiri: yang sentiasa membuat posting tanpa mengira samada posting itu mahu dibaca oleh pengguna-pengguna lain atau tidak.
  • Golongan tukang sakat: iaitu golongan yang suka menyakat apa sahaja posting-posting yang orang lain buat. Golongan ini bukannya jahat, cuma nakal dan suka bergurau senda.
  • Golongan sensitif: iaitu golongan yang sentiasa serius dan tak boleh disakat.
  • Golongan batu api: yang suka melaga-lagakan pengguna yang sedang berkonflik.

Maka dengan pertembungan golongan-golongan yang berlainan sikap, maka terjadilah konflik yang membawa kepada “bertegang keyboard” dan kadang-kala dendam yang berpanjangan. Pernah aku melihat pertikaian di antara 2 orang guru silat yang bermula di dalam sebuah laman forum internet. Pertikaian yang membawa kepada serangan-serangan batin, dan apabila ini tidak berjaya, membawa kepada fitnah memfitnah, serta tuduh-menuduh di dalam alam maya, hinggakan ramai anak-anak murid yang meninggalkan perguruan masing-masing.

Berapa banyak kali kita melihat, sahabat-sahabat lama, bahkan ahli-ahli keluarga yang sudah lama tidak bertemu, akhirnya dapat berkumpul di dalam group-group social media. Pada mulanya mereka semuanya gembira dapat bertemu, kemudian mula berborak-borak di alam maya, tetapi akhirnya menyebabkan pertelingkahan yang lebih teruk sebelum mereka mulanya di satukan di dalam social media.

Jika inilah pengakhirannya, ada baiknya kita jangan berkumpul dari mulanya.. Maka dapatkah sudah kita melihat rahsia-rahsia syaitan yang tersimpul di dalam social media ?

Sepertimana yang dikatakan tadi, memang tidak menjadi masalah jika semua pengguna mampu menjaga adab. Tapi hakikatnya, ini tidak, tidak, dan sekali lagi tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

Maka jika iman belum setanding dengan wali songo, mahupun Tok Kenali, marilah kita berkhalwat meninggalkan kekecohan di facebook, whatsapp dan social media – social media yang lain. Dan membaiki tahap iman dan amal dengan berusaha mencari ilmu dan beramal dengan amal-amal tersebut.

Sebagaimana Rasulullullah s-S.A.W meninggalkan kekecohan di Mekah dan berkhalwat di Gua Hira.

Juga sesekali, tinggalkanlah perkataan-perkataan yang baik di social media, serta teruslah logout setelah membuat posting. Semoga Allah menjadikannya sebagai asbab kebaikan bagi hati-hati yang masih bercahaya di dalam social media tersebut.

Juga janganlah sesekali membaca komen-komen yang dibuat tentang posting tersebut. Kerana sesungguhnya tiadalah manfaat dari perbuatan tersebut melainkan membawa kepada ujub mahupun riya’ (dari komen-komen pujian) dan membawa kepada marah dan takkabur (dari komen-komen yang negatif).

Sungguh banyak senjata-senjata syaitan yang tidak kita sedari di akhir zaman ini. Semoga Allah melindungi dan membimbing kita semua ke jalan keselamatan.

Amin.

 


0 comments

Friday, 26 December 2014

Fitnah saka di suatu petang…

Friday, 26 December 2014

INI HANYA SEBUAH FIKSYEN

“Jan, boleh tak acik nak minta pendapat ngko sikit, sebagai seorang ustaz” kata makcik.

“Saya bukan ustaz acik.” balas saya.

“Tak kisahlah, tapi sebagai orang yang berkecimpung dalam  dunia rawatan mistik ni, acik nak tanya sikit.” kata makcik lagi.

“Apa dia acik ?” tanya aku.

“Ngko percaya tak kalau acik kata, ada orang yang dah tua, tapi tak pergi-pergi sebab pada diri dia ada macam… saka ke, ilmu apa-apa ke, atau mungkin ada yang turun kepada diri dia dari tok nenek dia ?” tanya makcik.

“Macam nenek ke ?”tanya aku mencari kepastian.

“Haa.. macam nenek tu lah. Dah lama terbaring aje. Malam-malam asyik bercakap sorang-sorang. Seolah-olah berborak dengan seseorang.” kata makcik mencari kepastian.

“Pada saya, saka ni bukan pada orang tua aje. Pada kita yang muda ni pun mungkin boleh jadi ada,” jawab aku.

“Tapi, kalau kes nenek tu, alang-alang dia sihat lagi, biarkan aje lah. Kalau dah teruk betul-betul, barulah kita buat rawatan” tambah aku lagi memberi pendapat.

“Sekali, saya pernah merawat seorang nenek yang sangat tua. Masa saya rawat tu elok aje dia sihat. Alih-alih lepas saya rawat, malamnya meracau-racau nenek tu. Katanya panasss… panasss… Lepas tu, keadaan kesihatan dia makin hari, makin teruk. Sampai daging jadi busuk dan kulit terkopek-kopek.” cerita aku pada makcik.

“Makin lama, makin teruk. Ujung-ujung lepas 2 minggu, barulah nenek tu meninggal.” tambah saya lagi.

"Kalaupun betul pun nenek tu ada saka, masalahnya kalau dirawat pun, bukan confirm nenek boleh pergi time tu. Entah-entah ambik masa 2 minggu ke… 2 bulan ke… 2 tahun ke… siapa tahu. kalau keadaan kesihatannya makin teruk, tak ke makin susah anak cucu nak jaga. Alang-alang nenek masih sihat, biarkan ajelah.” kata aku memberi saranan.

“Tapi acik bukan nak rawat. Tadi acik jumpa orang sebab nak tengok aje.” balas makcik pula.

Adusss…. berderau darah aku mendengar perkataan “tengok”.

“Kenapalah orang melayu ni susah sangat nak faham. Menengok tu maknanya menilik. Meniliki tu kan haraaaaaammmm.” jerit aku di dalam hati.

Dalam sebuah hadis Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.
(Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya: 9532).

“Nenek dengan atuk, siapa lagi tua ?” tanya aku kepada makcik.

“Atuklah..” jawab makcik.

“Kalau macam tu, daripada acik pergi tengok kan nenek, baik acik tengok kan atuk. Atuk lagi tua dari nenek, tapi atuk lagi lah tak mati-mati. Siap boleh naik motor pergi masjid lagi.” kata aku dalam hati yang sedang jengkel.

“Saka ni tak semestinya yang paling tua. Yang muda pun boleh ada kan ?” kata makcik mempertahankan pendapatnya.

“Kalau muda pun boleh ada saka, elok kita minta bomoh tu tengokkan diri kita ni aje… Entah-entah kita ni pun ada saka tak ? Entah-entah kita ni pun sebenarnya dah mati, tinggal saka aje kot dalam diri.” balas aku semakin jengkel.

“Lah pulak….”kata makcik.

Cubalah bayangkan tuan-tuan. Bagaimana pula perasaan kita, kalau masa kita tua esok, dan asyik terbaring aje, anak-cucu kita pulak yang kata kita ni tak mati-mati sebab ada saka… hu hu hu….

Astagfirullahal ‘Azim


0 comments

Monday, 15 December 2014

Bagaimana untuk redha dengan takdir

Monday, 15 December 2014
Kata orang putih, easier said than done… Praktikalnya bagaimana ? 

image

At-Taghaabun (11)

Persoalannya, bagaimana beriman yang mampu mendatangkan redha ?

Pernah aku terbaca tentang 20 perkara yang boleh meneguhkan iman. Yang pertama adalah membaca Al-Quran dengan taddabbur. Yang lain-lain, korang bacalah sendiri dari sumbernya: 20 amalan yang meningkatkan iman.

Semoga Allah kurniakan kita taufik dan hidayahNya untuk beramal dengan ilmu-ilmu ini.


0 comments

Tuesday, 25 November 2014

Adat Yang Membinasakan

Tuesday, 25 November 2014

Mendung“Hari dah nak hujan tu. Cepat baling spender atas bumbung,” kata Wak Munah. Tanpa membuang masa Leman terus mencari spender, dan mula hendak membalingnya ke atas bumbung. Tiba-tiba Wak Munah bersuara lagi, “bukan engkaulah Leman, pengantin yang nak kena baling atas bumbung.” Kelam-kabut Leman mencari abangnya Seman, dan menyerahkan spender tersebut kepada abangnya.

Begitulah antara contoh amalan karut lagi menyesatkan di dalam kalangan orang Melayu. Kalau hari nak hujan, pengantin kena baling spender atas bumbung. Barulah hujan tu lari.

Adat sebegini memang nampak simple aje… Tapi tahu tak korang, mempercayai, apatah lagi beramal dengan adat-adat sebegini adalah teramat besar bahayanya. Tidakkah kita belajar kat sekolah dulu, hujan turun di atas qadar (ketentuan) Allah ? Adakah tuan-tuan mengatakan spender tuan-tuan tu lebih berkuasa dari Allah ??? Astagfirullahal ‘Azim…. Bahaya tuan-tuan. Silap-silap haribulan, boleh gugur syahadah…….

Aku tak pandai bab-bab hukum ni, tapi mempercayai adat-adat sebegini, dah memang jelas salahnya.

Kalau sekadar suka-suka tanpa mempercayainya pun, tidakkah korang rasa perkara sebegitu seolah-olah mempersendakan Allah ? Kalau mini korang pandai masak mee kari, alih-alih korang gurau kata kat dia, mee kari gerai Kak Joyah depan simpang lagi sedap…. walaupun korang bergurau aje, agak-agak apa perasaan mini korang.

Ini apatah lagi Allah yang menguasai alam semesta, alih-alih korang kata spender korang lagi power…. Tak rasa bersalah ke ??? Astagfirullahal ‘Azim

Bukan tak boleh berusaha. Bahkan digalakkan berusaha. Tapi usaha tu hendaklah dengan perkara-perkara yang ada logik dek akal lagi patuh syariah.

Sebagai contoh, dekat-dekat nak exam, korang pasang mp3 kuliah sambil duduk-duduk. Usaha sebegini bolehlah diterima pakai, sebab sambil duduk-duduk tu mungkin masuklah juga serba sedikit ilmu tu walaupun tak berapa effektif.

Tapi kalau korang kunyah dan telah nota-nota kuliah korang… agak-agak boleh diterima akal ke idak???

Kalau korang suruh hantu raya ganti korang pergi exam pulak? Hmm… adalah logiknya, mungkin boleh jalan jugak, tapi patuh syariah ke idak?

Makanya dalam berusaha, perlulah diperhatikan 2 perkara:

  • Logik dek akal
  • Patuh syariah

Siapa setuju, sila angkat tangan…………….


0 comments

Saturday, 22 November 2014

Panduan menghadapi konspirasi kejahatan

Saturday, 22 November 2014

0 comments

Friday, 21 November 2014

Meninggalkan berbalah.

Friday, 21 November 2014


Daripada Abu Umamah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Daripada Abu Darda’, Abu Umamah, Waiylah bin Asyqa’ dan Anas bin Malik. Mereka berkata : “Telah keluar Rasulullah SAW telah marah-marah dengan semarah-marahnya. Yang sebelum ini tidak pernah Rasulullah marah seperti itu. Kemudian kami bercakap,-cakap “. Maka Nabi SAW bersabda :

“Bertenang Wahai Umat Muhammad, sesungguhnya telah binasalah orang yang sebelum kamu ini (perbalahan), tinggalkanlah perbalahan yang boleh mendatangkan sedikit kebaikan. Tinggalakanlah perbalahan…sesungguhnya orang mukmin itu tidak berbalah. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya perbalahan itu mendatangkan kerugian. Tinggalkanlah perbalahan, memadailah dosa kita jika kita sentiasa dalam perbalahan.

Sesungguhnya aku tidak memberikan syafaat baginya (orang yang berbalah) pada hari Kiamat. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya aku memberi jaminan dengan tiga buah rumah di dalam Syurga : Di dalam taman-tamannya, di tengah-tengahnya dan tempat yang paling tinggi iaitu untuk orang yang meninggalkan perbalahan. Sesungguhnya ia perkara pertama yang ditegah dari Tuhanmu selepas (tegahan) menyembah berhala iaitu perbalahan”. (H.R. Tabrani).


0 comments

Tuesday, 11 November 2014

How to dilute acid by volume ?

Tuesday, 11 November 2014

How much water should you add to 1 liter of 70% HNO3, to dilute it as 30%HNO3?


The calculation:
0.7 = 0.3 + ( 1 + x )
x    = 1.3 (ltr)


0 comments

Tuesday, 14 October 2014

Adab Mengesan Kedai Menggunakan Pelaris

Tuesday, 14 October 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan berkembangnya internet pada zaman ini, begitu jugalah dengan perkembangan pelbagai jenis ilmu. Cumanya kepincangan di dalam ilmu-ilmu instant begini, ialah keseluruhan syarah ilmu selalunya tidak dapat dicakupi. Natijahnya ialah, sesuatu ilmu itu digarap, tetapi tidak dengan adab-adabnya yang sempurna.

Sebagai contoh, terdapat banyak kaedah di dalam internet, untuk mengenalpasti kedai-kedai makan yang  menggunakan pelaris. Ada yang menggunakan ayatul Kursi, juga pelbagai kaedah lain. Malangnya yang tertinggal di sini ialah bagaimanakah sikap kita bila bertemu dengan kedai-kedai yang disyaki begini ?

Apakah benar scanning kita itu mengesan khadam-khadam pelaris ? Apakah tidak mungkin scanning kira telah di intercept oleh syaitan-syaitan yang sememangnya selalu menunggu peluang.

Maka adabnya bila bertemu kedai sebegini adalah cukup mengelakkannya tanpa bercerita kepada orang-orang lain. Takut-takut kalau scan kita itu tersilap, maka kita akan jatuh kepada dosa memfitnah pula.

Semoga Allah mengurniakan kepada fakir ini untuk mengamalkan sendiri apa yang telah ditulisnya....

Wallahu 'alam.


0 comments

Thursday, 9 October 2014

Kesan Amal

Thursday, 9 October 2014
ZikirKata seorang guru, amalan-amalan sunat itu adalah umpama pakaian. Maka pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan diri yang dihadapi. Apakala hari sejuk, eloklah memakai pakaian yang tebal dan berbulu. Dan apakala hari panas, eloklah dipakai pakaian kapas yang nipis. Begitu jugalah dengan amalan, hendaklah disesuaikan dengan keadaan diri semasa kita…

Ada beberapa amalan yang diperhatikan memberi beberapa kesan spesifik. Semuanya ini adalah berdasarkan pengalaman. Namun kesan amalan kepada individu yang berlainan, sudah tentu tidak sama. Apapun dikongsikan juga supaya dapat diperkembangkan.

A. Amalan pembuka wirid
Setiap manusia tentunya tidak terlepas dari dosa. Adakalanya terjebak kepada dosa yang menyebabkan kegagalan untuk beristiqamah dengan wirid-wirid biasa kita, walaupun sudah bertaubat. Pada ketika ini, amalan yang diperhatikan paling mantap untuk mengembalikan kekuatan untuk kembali kepada standard wirid-wirid kita yang biasa adalah dengan selawat tafrijiyah 11x selepas setiap solat fardu. Apakala berada di dalam keadaan lemah, cukuplah berpegang dengan amalan fardu dan ditambah dengan amalan ini. Diperhatikan selepas itu, kekuatan untuk menjaga wirid-wirid lain akan dipermudahkan dengan izin Allah.

B. Wirid penghilang marah
Apakala hati asyik merasa marah, maka wirid yang paling baik diperhatikan adalah zikir Allah dengan olahan nafas yang betul. Lakukanlah dalam 1000x wirid setiap lepas solat fardu, dengan jumlah setiap hari adalah dalam 5000x sehari. Insya Allah akan sirna perasaan marah, dan hadir rasa tenang ke dalam hati.

C. Wirid penghilang duka
Apakala diri diuji Allah dengan sesuatu musibah, maka diperhatikan wirid yang paling sesuai adalah membaca Al-Quran dengan tartil dan taddabbur. Bacalah setiap satu ayat di dalam bahasa Arab, kemudian bacalah terjemahannya sambil memikirkan aplikasinya di dalam situasi kita. Insya Allah dapat memberi kekuatan di dalam melalui musibah tersebut.

0 comments

Tuesday, 19 August 2014

Nur Muhammad

Tuesday, 19 August 2014

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/nur-muhammad-menurut-ulama-ahlus-sunnah-wal-jamaah-0

Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Tarikh Keputusan: 22 Jan, 2002

Huraian Tajuk/Isu:

Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :

Keputusan:

i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan

ii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung

iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah

iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan

Nombor Rujukan: KLFNS/3/6/2002


0 comments

Berfikir Secara Kritis

Beberapa kali aku terbaca posting kononnya bayi bermata satu telah lahir di Israel. Tapi malangnya tiada pula diceritakan butir-butirnya dengan terperinci. Bila dia lahir? Siapa ibu bapanya? Di hospital mana ia lahir? Rata-rata mengaitkan bayi itu dengan dajjal semata-mata kerana mata satu tersebut.

Tuan-tuan. Kita sebagai seorang muslim, perlulah berfikir secara kritis apabila menerima sebarang maklumat. Bukan hanya menelan bulat-bulat segala cerita yang diterima. Apatah lagi menokok tambah, lagi menyebarkan cerita-cerita tersebut.

Sudah tentu hampir kebanyakan kita pernah mendengar hadis berkenaan Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal. Apabila seorang sahabi telah bertemu dengan dajjal hampir 1400 tahun yang lampau, apa perlunya dajjal lahir sekali lagi?

---------------

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.


1 comments

Panduan Membalas Dendam

Dari As-Shura (36 ~ 43)

( 36 )   Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

( 37 )   Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;

( 38 )   Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

( 39 )   Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

( 40 )  Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

( 41 )   Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

( 42 )   Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

( 43 )   Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).


0 comments

Friday, 8 August 2014

The History of Israel Explained by an Israeli

Friday, 8 August 2014

0 comments

The History of Israel - Palestinian Conflict


0 comments

Sunday, 27 July 2014

Merawat demam campak dengan habatus sawda

Sunday, 27 July 2014

Bolehkah habatus sawda merawat campak? Aku rasa boleh.

Dari hari Isnin lagi bintik-bintik campak dah keluar. Dari hari Selasa pula, aku dah start makan ubat. Tapi demam tak kebah-kebah. Walaupun ada pendapat kata elok dibiar aje demam sampai campak habis keluar, tak sanggup aku nak tahan. Suhu badan tinggi betul, sampai mencecah 40 °C. Paling teruk hari Rabu, bila aku mula makan ubat gatal. Kepala sakit, badan tak keruan, suhu pula tak turun-turun walaupun dah makan ubat demam.

Akhirnya aku nekad berhenti makan semua ubat. Aku cuma ambil habatus sawda 2 kapsul masa sahur & 2 kapsul lepas berbuka. Alhamdullillah demam dah kebah. Badan pun taklah sakit-sakit sangat lagi. Cuma tinggal campak aje yang belum habis keluar dan kering. Beraya kat rumah ajelah tahun ni aku... Apapun Alhamdulillahi 'ala kulli hal...


0 comments

Darah Pendekar ?

Dah dekat 20 tahun lebih aku tinggalkan dunia seni beladiri. Tapi entah kenapa malam ni aku asyik bermimpi tentang silat pulak. Bahkan setiap pergerakan dalam mimpi tu sangat precise, seperti yang selalu aku gumakan dalam gelanggang dulu-dulu.

Bangun tidur, baru pukul 3 pagi. Teringat guru aku Pak Ngah, atau nama betulnya Cikgu Rosni Ahmad.

Sebelum pergi ke Jepun 20 tahun dulu, sundang yang kami tempah baru siap di buat. Pak Ngah siap tolong hantar Sundang tu dgn motor buruknya ke rumah aku. Masa hari aku nak ke Jepun pun, Pak Ngah dan rakan-rakan segelannggang semuanya turun ke airport hantar aku.

Entah kenapa hati aku sayu sangat malam ni. Apa khabar Pak Ngah agaknya ye? Tidak sedikit jasa Pak Ngah dalam membentuk aku menjadi "aku" yang sekarang ni. Semoga Allah mengurniakannya sebaik-baik balasan di atas segala jasa baiknya pada masyarakat. Ameen.


1 comments

Monday, 7 July 2014

Padan Muka Engkau !

Monday, 7 July 2014

Farhana dah lama berbulu dengan Mona. Geram betul dia sebab Mona selalu tegur dia selalu curi tulang. Bukan setakat tegur aje, ada sekali siap pernah Mona laporkan pada boss yang dia selalu masuk line lambat lepas rehat. Peduli apa dia Mona tu line leader ke ape ke… Cover-cover lah sikit.

Sekali pagi tadi, Farhana dengar berita Mona eksiden masa nak datang kerja.

“Haa… Padan muka engkau,” kata Farhana.

CHOPPP… tunggu sekejap…

Dari Watsilah bin al-Asqa' radiallahu'anhu, katanya: "Rasulullah sallallahu'alaihiwassalam bersabda:

"Janganlah engkau gembira karena adanya sesuatu bencana pada
saudaramu - sesama Muslim, sebab jikalau engkau demikian, maka Allah akan  memberikan kerahmatan kepada saudaramu itu sedang engkau sendiri akan diberi cobaan - yakni bala' - olehNya."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis Hasan.

Jangan main-main ooo… hadis Nabi sallallahu'alaihiwassalam tu.

Apapun, semuanya tak lebih dari peringatan untuk diri aku sendiri aje….


0 comments

Sunday, 6 July 2014

Pelindung Terunggul

Sunday, 6 July 2014

0 comments

Monday, 16 June 2014

Bahaya Melaknat

Monday, 16 June 2014

Dari kitab Riyadussolihin:
1553. Dari Abuddarda' radiallahuanhu, katanya: "Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
"Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melaknat kepada sesuatu,
maka naiklah kelaknatannya itu ke langit, lalu ditutuplah pintu-pintu langit
itu agar tidak masuk ke dalamnya, kemudian turun kembali ke bumi lalu
ditutuplah pintu-pintu yang menuju ke arah bumi itu agar tidak dapat
masuk ke dalamnya, selanjutnya ia bolak-balik ke kanan dan ke kiri.
Seterusnya apabila tidak lagi ia memperoleh jalan masuk, maka kembalilah ia
kepada orang yang dilaknat, jikalau yang dilaknat memang benar-benar
sebagaimana isi yang dilaknatkan, maka kelaknatan itupun tetap berada
dalam diri orang ini, tetapi jikalau tidak, maka kembalilah ia kepada orang yang
mengucapkannya - sehingga ia akan memperoleh bencana dengan sebab
ucapan laknatnya tersebut." (Riwayat Abu Dawud)


0 comments

Monday, 21 April 2014

Aura Amalan

Monday, 21 April 2014

Tidak dapat tidak, amalan rutin anda pasti akan hasilkan aura. Adakah aura itu baik untuk anda… hmmm aku tak pasti. Untuk anda memanglah baik, tapi tidak semestinya baik untuk keluarga anda.

Pernah sekali, apabila pergi ke sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka:

  • kali pertama, terdengar jeritan & mungkin juga cubaan-cubaan untuk memecah benteng di alam angker.
  • kali kedua, dah mula tolak-tolak barang dalam kedai.
  • kali ketiga, ada pula ahli keluarga yang diserang. Alhamdullillah dapat disingkirkan dengan kaedah TRO.

Rupa-rupanya, abang long kawasan sakit hati dengan aura diri yang mengganggu mereka. Sejak itu agak lama juga tak pergi ke tempat tu. Sekarang ni sesekali pergi juga, tapi tak lupa doakan ahli keluarga dengan kalimah tammah pendek 3x, apabila sampai ke sana.

Kalimah tammah


0 comments

Cara Mengubah Takdir

Sumber: http://www.motivasi-islami.com/rahasia-mengubah-takdir/

Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)

Cara Mengubah Takdir

Mengubah Takdir Dengan Berdoa.

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.

Cara Kedua adalah bersedekah. Rasulullah SAW pernah bersabda : Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah taqdir yang mubram (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)

Cara Ketiga adalah bertasbih. Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :

Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu?  Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).

Cara keempat ialah dengan berselawat ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)

Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah. Optimis selalu Anda boleh mengubah takdir Anda menjadi lebih baik.


0 comments

Wednesday, 2 April 2014

Yuttari (ゆったり)

Wednesday, 2 April 2014

Tetapi hakikatnya, kebanyakan situasi di dalam hidup bukanlah perkara yang memerlukan kita bergegas-gegas.

Yuttari (2)

Yuttari (ゆったり)adalah perkataan Jepun yang membawa maksud tidak tergesa-gesa. Di dalam kehidupan masyarakat Jepun, yang serba-serbinya berlaku dengan pantas, hari-hari yang dapat dilalui dengan yuttari (tanpa tergesa-gesa) adalah sesuatu yang sangat mahal harganya. Sedar tak sedar, kehidupan hampir seluruh masyarakat dunia sudah menjadi terlalu terkejar-kejar. Tiada lagi masa untuk berperlahan-lahan di dalam setiap hari yang dilalui.

yuttari

Di dalam kehidupan serba moden, kita dibanjiri dengan pelbagai peralatan dan gajet-gajet. Alat-alat yang sepatutnya membantu kita untuk melalui kehidupan yang lebih bermakna, sebaliknya menjadikan kita lebih terkejar-kejar. Teringat pada zaman dahulu, semasa tiada smart phone mahupun android, rata-rata kerja akan tamat pada pukul 5. Sebelah malam adalah masa untuk keluarga dan merehatkan diri dengan amalan-amalan agama. Gelanggang silat pula rata-ratanya dibuka selepas solat Isyak. Semuanya telah hilang ditelan zaman.

Pada zaman ini, mereka-mereka yang tidak menjawab email dalam tempoh 24 jam, adalah dianggap tidak beretika. Begitu juga sekarang ini, hingga ke pukul 1 atau 2 pagi, anda mungkin sahaja mendapat message whatsapp dari para-para client anda… Tiada lagi masa kosong yang anda tidak akan risau dari “diganggu” supaya dapat anda “berperlahan-lahan.”

Kadang-kadang kita terlupa, sikap perlahan-lahan itu adalah perkara yang dicintai oleh Allah dan RasulNya:

630. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah sallallahu ’alaihi wa salam bersabda kepada Asyaj Abdul Qais: "Sesungguhnya dalam dirimu itu ada dua macam perkara yang dicintai oleh  Allah, yaitu sabar dan perlahan-lahan - dalam tindakan." (Riwayat Muslim)

Ada masanya kita perlu bergegas. Para doktor di hospital, pegawai polis yang sedang memburu penjenayah, para pejuang yang berada di medan perang. Di situ bukan masanya untuk beryuttari. Tetapi hakikatnya, kebanyakan situasi di dalam hidup bukanlah perkara yang memerlukan kita bergegas-gegas. Tergesa-gesa akan menyebabkan kita gagal menilai sesuatu situasi dengan jelas. Akhirnya, kita akan selalu membuat pertimbangan yang salah. Ada yang memaki-maki hingga hilang maruah diri hanya kerana kereta tercalar sedikit. Ada yang memukul anak dengan kejam, hanya kerana anak-anak bising berebutkan biskut. Hilang sifat kemanusiaan dek kehilangan yuttari. Bak kata orang mat salleh, “we failed to put things into perspective…”

Maka sahabat-sahabat, marilah kita cuba untuk beryuttari… Bukan senang untuk beryuttari di dalam zaman kebangkitan dajjal ini. Tentu ada yang marah, kerana anda tidak menjawab message FBnya dengan segera. Tentu ada yang marah, bila anda lambat membalas missed call mereka. Tapi cubalah apa yang terdaya. Sebagai permulaan, mungkin boleh kita mulakan dengan mengurangkan masa yang dilaburkan ke dalam social media… Kemudian cari pula cara bagaimana tugas-tugas boleh diselesaikan dengan effektif, supaya ada boleh balik awal ke rumah… dan bermacam-macam lagi.

Wallahu’alam.


0 comments

Sunday, 30 March 2014

Code Red Activated

Sunday, 30 March 2014

Bismillahirrahmanirrahim,

Masa semakin menyempit. Marilah bersama-sama memperbaiki iman & amal. Ku maafkan segala dosa mereka yang bersalah kepadaku, dan ku halalkan segala hutang mereka yang berhutang kepadaku. Semoga anda juga begitu kepadaku. Beristiqamahlah dengan surah Al-Kahfi, 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Lazimkanlah lidah dengan tasbih, tahlil, tahmid & takbir. Semoga Allah melimpahkan kesabaran kepada kita, dan mematikan kita di dalam Islam & Iman. Amin.


0 comments

Thursday, 30 January 2014

Antara Sebab Penghalang Hidayah

Thursday, 30 January 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini terbaca beberapa ayat Al-Quran yang sangat menggerunkan dari Surah An-Nur. Intipatinya ialah, tidak mendapat pentunjuk hamba-hamba yang tidak mahu berhukum dengan Al-Quran dan Hadis di dalam apa jua hal.

  • ( 46 )   Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.
  • ( 47 )   Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.
  • ( 48 )   Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
  • ( 49 )   Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).
  • ( 50 )   (Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
  • ( 51 )   Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
  • ( 52 )   Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

0 comments

Tuesday, 21 January 2014

Kisah Merawat Demam Dengan Madu Dan Ruqyah

Tuesday, 21 January 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari pertama dan kedua:

Anak itu mula demam selepas asar. Bila diberi paracetamol, suhunya menurun, kemudiannya naik lagi. Diberi paracetamol, turun lagi, dan kemudiannya naik lagi.

Tapi dihujung hari kedua, suhu anak itu meningkat lebih tinggi. Lebih dari 39oC. Nak dibawa ke hospital pun belum 3 hari. Tentu cuma diberi ubat demam sahaja. Maka si bapa berikhtiar memberi anak itu madu. Mudah-mudahan membantu sistem pertahanan badan melawan kuman-kuman penyebab demam. Kebetulan madu itu pula madu yang telah diruqyahkan. Tatacara, menyediakan madu adalah seperti di bawah adanya:

  1. Air dituang ke dalam mug terlebih dahulu.
  2. Satu sudu madu dituang ke dalam mug yang sudah berisi air menggunakan sudu plastik.
  3. Campuran air dan madu dikacau secara melawan pusingan jam selama 3 min.

Setelah diberi madu, suhu anak tidak mahu turun-turun. Tidak seperti sebelum itu, yang turun setelah diberi paracetamol. Setelah lebih 5 jam, dos madu kedua pula diberikan. Tetapi natijahnya, suhunya bukannya makin menurun, tapi makin meningkat pula.

Tengah malam itu, suhu anak makin meningkat. Maka sessi paracetamol berikutnya pula diberi. Tetapi suhu bukannya berkurangan, tapi makin meningkat pula. Terasa ada yang tak kena, si bapa mula meruqyah si anak semasa ia sedang tidur. Anak itu mula menunjukkan reaksi semasa di baca ayatul Kursi. Dan bereaksi dengan lebih keras semasa di bacakan ayat-ayat anti sihir. Akhirnya anak itu terkencing sendiri semasa dibacakan ayat-ayat anti sihir.

Setelah dibersihkan, anak itu menggigil-gigil. Rawatan diteruskan dengan kaedah pukul serban serta tarik. Kemudian disambung pula dengan ruqyah pemecah benteng dan pembatal sihir. Ketika dibacakan pembatal sihir, anak itu kelihatan tidak selesa pada mukanya. Maka, tembakan pemusnah sihir difokuskan ke muka anak tersebut. Setelah beberapa ketika, kelihatan anak itu mula tenang dan tertidur. Ruqyah di teruskan dengan Al-mu’awizat dan selawat syifa. Terdengar jeritan oleh si bapa dari alam anker di penghujung ruqyah. Yang Menariknya, tiba-tiba suhu anak itu menurun dengan mendadak. Terus hilang demamnya !!!

Hari ketiga

Dalam pukul 10 pagi itu, suhu anak itu naik kembali. Maka dia pun dibawa ke hospital. Prosedur biasa, darah anak diambil untuk ujian. Tetapi tiada sebarang jangkitan dikesan. Akhirnya anak itu dibenarkan pulang dengan cuma berbekalkan paracetamol lagi dari hospital.

Di rumah, suhu panasnya tidak mahu turun-turun. Maka si bapa memberi amaran. Kita beri madu dulu, kemudian diruqyah lagi jika demam masih tidak hilang bada’ solat Isyak.

Kembalinya si bapa dari masjid, suhu anak itu sudah mulai turun. Cuma dengan ikhtiar madu tanpa perlu diruqyah. Dan dengan rahmat Allah, tuntaslah demam anak itu untuk kali ini. Lahaulawala quwwata illa BILLAH… AlhamduLILLAHirabbil’alamin.


0 comments

Monday, 20 January 2014

Choose Being Kind over Being Right

Monday, 20 January 2014

Tahukah kenapa teknik-teknik Dr. Richard Carlson yang terkenal dengan bukunya “Don’t Sweat The Small Stuff” itu sangat down to earth, tetapi pada masa yang sama sangat effektif. Ialah kerana ianya selari dengan sunnatullah……

Kisah Rasulullah SAW Dengan Perempuan Yahudi Buta Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Nabi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.Setelah wafatnya Rasulullah SAW tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". * Aisyah RA menjawab, "Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, lalu ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim. Selawat ke atas baginda SAW…


0 comments

Wednesday, 15 January 2014

Ilmu Pengasih Dari Foto di Facebook

Wednesday, 15 January 2014

Copy paste dari: Quranic Healing

Mudahnya Memelet Seorang Wanita Lewat Foto di Facebook

Ahmad Al Khandery

Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah, wassholatuwassalamu`ala rasulillah..
Segala puji bagi Allah rabb semesta alam yang telah memberikan kita kesempatan untuk hidup dan beramal shalih di dunia ini. Sholawat dan salam kita haturkan buat Nabi Junjungan kita Muhammad Shallallahu `alahi wassalam, keluarga, para sahabatnya, beserta orang - orang yang mengikutinya hinga akhir zaman.
Malam ini kita akan membahas salah satu ilmu sihir yang sangat akrab di telinga kita, yakni pelet. Mengenai cara kerjanya telah kami jelaskan sebelumnya di catatan kami.....

Akhir - akhir ini, banyak sekali wanita muslimah yang memajang fotonya di facebook, baik sebagai foto profil atau hanya sekedar disimpan di galeri foto facebook. Apakah hal ini berbahaya ?? Yah, jelas sekali sangat berbahaya !!!
Ada beberapa cara yang dapat ditempuh seorang lelaki untuk memelet wanita, diantaranya:
1. Dengan menggunakan minyak pelet
--->>> Caranya adalah, si pria mencolekkan minyak pelet ke korban wanita atau si pria menyalam wanita, dimana di tangannya telah ia oleskan minyak pelet.
2. Dengan menggunakan barang - barang yang dimiliki wanita
--->>> Caranya adalah dengan cara mengambil barang milik wanita, semisal celana dalamnya, kemudian celana dalam itu dimantrai sehingga wanita itu akan tergila - gila padanya.
3. Menggunakan Matra Pemikat
--->>> Caranya adalah dengan mewiridkan mantra pemikat yang didalam mantra itu telah di sisipkan nama wanita tersebut.
4. Menggunkan Jebakan
--->>> Caranya, si pria akan meletakkan benda sihir di tempat yang sering dilalui oleh si wanita, kemudian ketika wanita itu menginjak atau melangkahi benda sihir itu, dia akan dimabuk cinta kepada si pria.
5. Menggunakan Foto
--->>> Nah, diantara cara - cara di atas, cara inilah yang paling gampang dilakukan. Sebelum menjelaskannya lebih lanjut saya akan ceritakan sedikit pengalaman saya tentang pelet ini. Sebagaimana sudah diketahui secara umum, dahulunya saya adalah seorang para normal yang mulai belajar ilmu perdukunan semenjak SMA. Ketika itu, sangatlah banyak cara memelet wanita yang saya ketahui dan salah satunya adalah dengan media foto. Bagaimana ini bekerja ? Pertama, saya akan mencari foto wanita yang saya suka, kemudian saya ambil pusaka yang berisi jin piaraan saya, lalu saya letakkan di atas foto. Kemudian, saya akan rapalkan sedikit mantra sambil menatap tajam foto itu dan membayangkan bahwa wanita itu akan sangat mencintai saya. Kemudian,.selesai..dan lihat sendiri efeknya. Atau cara lainnya, saya ambil foto wanita itu, saya rapalkan mantra pengundang mimpi, lalu fotonya saya taruh di bawah bantal, dan di malam harinya ketika wanita itu tertidur dia akan bermimpi berhubungan badan dengan saya. Setelah berulang kali saya lakukan hal itu, maka secara otomatis wanita itu akan sangat tergila - gila pada saya. Bagaimana, mudahkan cara kerjanya ???
Lantas sebenarnya bagaimana pelet melalui media foto itu bisa bekerja ? Ia bekerja dengan adanya jin suruhan yang saya kirimkan untuk mempengaruhi fikiran si korban agar nama saya selalu terngiang di telinganya. Kemudian, saya akan memanfaatkan `ain ( pandangan mata buruk ) kepada wanita tersebut untuk memperkuat jin itu dalam melaksanakan tugasnya.  Ain ialah pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
Sebagaimana sabda Rasulullah,
Dari Ibnu Abbas dari Nabi - shallallaahu ’alaihi wasallam- beliau bersabda, ‘ain adalah nyata, dan seandainya ada sesuatu yang mendahului takdir niscaya ‘ain mendahuluinya. Jika kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.” (HR. Muslim, no. 2188, kitab as-Salam).
Juga telah dijelaskan dalam Musnad Imam Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”.
Ada sebuah kisah tentang bahaya `ain yang telah dijelaskan dalam Shahih Muslim,
“Bahwa Rasulullah -shallallaahu ’alaihi wasallam- keluar beserta orang-orang yang berjalan bersamanya menuju Makkah, hingga ketika sampai di daerah Khazzar dari Juhfah, Sahl bin Hanif mandi. Ia seorang yang berkulit putih serta elok tubuh dan kulitnya. Lalu Amir bin Rabi`ah, saudara Bani Adi bin Ka`b melihatnya, dalam keadaan sedang mandi, seraya mengatakan, ‘Aku belum pernah melihat seperti hari ini kulit yang disembunyikan.’ Maka Sahl pingsan. Lalu ia dibawa kepada Nabi -shallallaahu ’alaihi wasallam- lantas dikatakan kepada beliau, ‘Wahai Rasulullah, mengapa Shal begini. Demi Allah, ia tidak mengangkat kepalanya dan tidak pula siuman.’ Beliau bertanya, ‘Apakah kalian mendakwa seseorang mengenainya?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah telah memandangnya.’ Maka beliau -shallallaahu ’alaihi wasallam- memanggil Amir dan memarahinya, seraya bersabda, ‘Mengapa salah seorang dari kalian membunuh saudaranya. Mengapa ketika kamu melihat sesuatu yang mengagumkanmu, kamu tidak mendoakan keberkahan (untuknya)?’ Kemudian beliau bersabda kepadanya, ‘Mandilah untuknya.’ Lalu ia membasuh wajahnya, kedua tangannya dan kedua sikunya, kedua lututnya dan ujung kedua kakinya, dan bagian dalam sarungnya dalam suatu bejana. Kemudian air itu diguyurkan di atasnya, yang diguyurkan oleh seseorang di atas kepalanya dan punggungnya dari belakangnya. Ia meletakkan bejana di belakangnya. Setelah melakukan demikian, Sahl bangkit bersama orang-orang tanpa merasakan sakit lagi.” (HR. Muslim, no. 2188, kitab as-Salam).
Itulah kisah tentang bahaya penyakit `ain yang padahal di sana tidaklah ada maksud buruk dari Amir untuk mencelakai Sahl. Lantas begaimana jika seseorang itu menatap orang lain dengan niat jahat.!!!??
Saudariku, tahukah engkau, ketika saya jadi dukun dulu saya sangatlah yakin, andai saja saya punya foto seorang wanita, maka saya bisa mendapatkan wanita tersebut !!!
Demikianlah bahaya dari pelet yang menggunakan gabungan kerja antara pemanfaatan jin dan `ain, sungguh sangat berbahaya. Demi Allah saya yakin banyak dukun di luar sana yang mempunyai kemampuan seperti yang pernah saya punya dulu. Oleh sebab itu saudariku yang sangat kucintai dan kusayangi karena Allah, Janganlah pampangkan fotomu di facebook, Sungguh itu sangat berbahaya buatmu sadariku...!!!
Tidak lain tulisan ini saya buat adalah sebagai bentuk rasa peduli dan cinta saya kepada segenap kaum muslimah. Saya sangat miris ketika mendengar kabar ada seorang wanita yang stress atau gila karena tergila - gila pada seorang pria akibat pelet yang dilancarkannya. Selain itu, bagi yang berumah tangga, jauhilah memampang foto di facebook, karena akan mudah seseorang yang ada hasad di hatinya untuk menghancurkan keluargamu melalui foto tersebut.
Akhir kata, semoga bermanfaat,..
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh...


0 comments

Friday, 10 January 2014

Antara Sebab Rawatan Tidak Mempan

Friday, 10 January 2014

Sebagaimana juga peperangan dengan puak kufar, menghadapi gangguan mistik juga memerlukan pergantungan yang teguh kepada Allah. Antara perkara yang biasa menjadi penghalang kepada kesembuhan, adalah maksiat yang dilakukan oleh pesakit atau keluarga pesakit. Perlu diperhatikan di sini, bukan sahaja maksiat yang dilakukan pesakit, tetapi juga maksiat yang dilakukan oleh orang yang terdekat dengan pesakit.

Ada pernah seorang pesakit, hampir-hampir tidak dapat disembuhkan, mungkin kerana ada ahli keluarganya yang beramal dengan ilmu-ilmu berkhadam. Ada juga seorang peruqyah, yang tidak mempan ruqyahnya, kerana selalu menonton TV di malam hari dan sering meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Perhatikanlah pesanan dari Khalifah Umar

Umar bin Khattab ra. pernah menulis sebuah surat berisi pesan untuk Sa’ad bin Abi Waqash ra. beserta pasukannya yang sedang pergi memerangi Persia di daerah Qadisiyah. Pesan ini bukan tentang strategi dan taktik perang, tapi tentang menjauhi kemaksiatan. Umar ra. menyatakan bahwa menjauhi kemaksiatan adalah kunci turunnya kemenangan dari Allah swt.

Berikut pesan Umar ra. tersebut: “Amma Ba’du. Aku memerintahkanmu dan seluruh anggota pasukan untuk bertakwa kepada Allah swt. dalam setiap keadaan. Karena takwa kepada Allah swt. adalah senjata yang paling kuat dan strategi yang paling jitu untuk mengalahkan musuhmu. Aku memerintahkanmu dan seluruh anggota pasukanmu untuk berhati-hati terhadap perbuatan maksiat, lebih dari hati-hati kalian terhadap musuhmu. Karena maksiat yang kalian perbuat lebih aku khawatirkan daripada kekuatan pasukan musuh.

Allah swt. memberikan kemenangan kepada pasukan Islam disebabkan musuh-musuhnya yang berbuat kemaksiatab. Kalau bukan karena itu, niscaya pasukan Islam tidak akan berdaya menghadapi pasukan musuh. Karena jumlah pasukan Islam tak seberapa dibanding jumlah pasukan musuh; persenjataan pasukan Islam pun tak ada apa-apanya dibandingkan persenjataan musuh. Sehingga seandainya pasukan Islam dan pasukan musuh sama-sama berbuat maksiat, maka pasukan musuh akan menang karena mereka lebih kuat dari segi jumlah dan senjata. Jika pasukan Islam tidak berbuat maksiat, maka pasukan Islam akan menang, karena keshalihan mereka, bukan karena kekuatan mereka.

Kemudian ketahuilah, selama perjalanan kalian, Allah swt. mengirim para malaikat yang akan mengawasi. Mereka mengetahui apa yang kalian lakukan. Maka teruslah merasa malu kepada mereka. Janganlah kalian bermaksiat kepada Allah swt., padahal kalian sedang berada dalam jalan-Nya. Janganlah kalian berkata bahwa kalian pasti akan menang karena musuh-musuh pasti lebih buruk dari kalian, sehingga mereka tidak akan mungkin menguasai kalian. Karena sangat mungkin sebuah kaum dikuasai oleh kaum yang buruk. Seperti Bani Israel yang dikuasai oleh kaum Majusi. Bisa demikian karena karena Bani Israel telah melakukan hal-hal yang membuat Allah swt. murka.

Mohonlah kepada Allah swt. agar menolong kalian melawan jiwa kalian, sama seperti kalian memohon pertolongan dalam melawan musuh-musuh kalian. Aku juga memohon hal itu untukku dan untuk kalian.”

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2014/01/03/44264/pesan-umar-bin-khattab-ra-kepada-pasukannya-tentang-rahasia-kemenangan/#ixzz2psgIB1Ad


0 comments

Thursday, 9 January 2014

Menyingkirkan Tempias Rawatan Bomoh Tak Syar’i

Thursday, 9 January 2014

 

 

Kadang-kadang kita pergi jumpa perawat, tak sangka pula bila dah jumpa baru tahu perawat tu sebenarnya merawat dengan kaedah yang tak syar’i. Nak cakap depan-depan, tak beranilah pulak. Ye tak ye, kita sabar ajelah sampai rawatan selesai. Yang tak sanggup tu, kadang-kadang dibekalkan pula kita dengan tangkal dan azimat. Maka untuk menghadapi keadaan ini, disyorkan akan kaedah-kaedah di bawah:

Step 1: Musnahkan segala tangkal & azimat yang diberikan. Kaedahnya ialah:

  1. Baca Ta’awuz Dan Basmallah.
  2. Mohon pada Allah. Contohnya: Ya Allah, aku mohon padaMu, bebaskanlah serta lindungilah diriku serta keluargaku, dari segala kejahatan dan kebatilan yang berkait dengan tangkal-tangkal ini, serta Engkau musnahkanlah Ya Allah, akan segala kebatilan yang terkait dengan tangkal ini Ya Allah. Amin.
  3. Baca 3 Qul (Surah-surah Al-mu’awizzat)
  4. Buat isyarat ludah pada tangkal-tangkal tersebut.
  5. Bakar atau buang tangkal-tangkal tersebut pada air yang mengalir.

Step 2: Scan diri anda

  1. Perhatikan jika pada diri anda terdapat tanda-tanda gangguan standard semasa jaga dan semasa tidur.
  2. Jika tiada, scan diri anda dengan kaedah berikut:
  3. BacaTa’awuz, Basmallah dan Al-Fatihah.
  4. Mohon pada Allah: Ya Allah, jika ada pada diriku ini sebarang gangguan jin atau sihir, dengan rahmatMu, singkirkanlah mereka sejauh-jauhnya Ya Allah, dan janganlah Engkau kembalikan mereka kepada diriku mahupun keluargaku buat selama-lamanya Ya Allah.
  5. Kemudian baca Bismillah Penggerak 7x.
  6. Ayat Penggerak
  7. Perhatikan tanda-tanda resistance seperti mual, pening kepala, pergerakan di bawah kulit, berdebar-debar dan apa-apa lagi tanda-tanda yang luarbiasa.
  8. Jika tiada, Alhamdullillah.
  9. Jika ada, teruskan kepada step 3.
  10. Perhatian, kewujudan tanda-tanda hanya memberi indikator bahawa terdapat gangguan pada diri anda. Ia tidak semestinya datang dari bomoh yang telah merawat anda. Jangan mudah membuat tuduhan, kerana ia akan menjadi senjata syaitan.

Step 3: Pembersihan Diri – Kaedah Air Ruqyah

  1. Langkah ketiga adalah proses menyingkirkan gangguan pada diri. 
  2. Buat air ruqyah. Sila rujuk kaedah-kaedah membuat air ruqyah. Bacalah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas 11x setiap surah sebagai ruqyahnya.
  3. Minum air ruqyah 3x sehari. Sebelum minum, sebagai standard operation procedure (SOP), berdoalah kepada Allah supaya menyingkirkan segala gangguan jin dan sihir dari diri anda.
  4. Gunakan air ruqyah untuk mandi setiap petang.
  5. Caranya, campurkan segelas air ruqyah dengan setengah baldi air paip. Selepas mandi biasa, mandi pula dengan campuran air ruqyah tersebut. Sama juga, sebagai SOP, berdoalah dalam hati sebelum menyiram air ruqyah. Selepas mandi, biar kering sendiri. Tak perlu lap.

Step 4: Pembersihan Diri – Kaedah 3 Qul

Selepas setiap solat, baca ikrar pemutus.

Ikrar Pemutus

  1. Kemudian tadah tangan macam berdoa dan baca 3 Qul.
  2. Tarik nafas dan tahan seketika.
  3. Semasa menahan nafas, mohon Allah lindungi diri dari segala kejahatan makhluk dan kemudharatan.
  4. Tiup ke arah tapak tangan.
  5. Bila nafas dah habis, tekupkan tangan ke muka dan tarik nafas dalam-dalam.
  6. Kemudian di dalam keadaan menahan nafas, sapukan tangan ke seluruh badan kecuali tapak kaki dan kemaluan.
  7. Kemudian lepaskan nafas.
  8. Ulang step 1 – 8, tapi kali ini dengan niat mohon Allah musnahkan segala gangguan batil yang ada pada diri anda.
  9. Ulang lagi step 1 – 8, tapi kali ini dengan niat mohon Allah singkirkan segala gangguan batil yang ada pada diri anda.
  10. Buat setiap waktu solat dengan konsisten dan pergantungan kepada Allah sehingga hilang segala tanda-tanda gangguan.
  11. Sekiranya gangguan kuat, mungkin ada sedikit healing crisis semasa anda melakukan langkah-langkah di atas. Jika berlaku healing crisis, bersabar dan teruskan segala amalan di atas dengan hati yang teguh.
  12. Yakinlah Allah yang menurunkan penyakit, dan Dia jugalah yang akan menyembuhkannya.

Sekian, Wallahu’alam.

 


0 comments

Rahsia Meleraikan Musibah

Rahsia Melepaskan Musibah

0 comments

Wednesday, 8 January 2014

Hak Asasi Manusia: Manusia Yang Mana Yang Berhak ?

Wednesday, 8 January 2014
Ada puak-puak yang sedang memperjuangkan kebebasan LGBT atas nama hak asasi manusia. Berhak kah mereka?
Mari kita cuba fikir dari sudut yang berlainan:
Secara alami, manusia secara umumnya malu untuk membuang air secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai. Membuang air di tempat tertutup yang di telah di khaskan adalah fitrah manusia tanpa mengira agama atau bangsa. Inilah antara perkara yang kita panggil “tamadun.”
Tiba-tiba, datang satu kumpulan orang yang memperjuangkan hak untuk membuang air di mana-mana sahaja, dengan membuka pakaian di khalayak ramai, di atas nama hak asasi manusia. Maka soalannya, berhak kah mereka? Bagaimana pula dengan hak manusia-manusia lain yang TIDAK sanggup melihat orang tanpa pakaian di sana-sini dengan najis terpalit merata-rata?
Hendak tak hendak, memang akan ada homo sapien tidak bertamadun, yang suka membuang air merata-rata. Tapi haruskah perkara ini dibenarkan di dalam undang-undang di atas nama hak asasi manusia???
Cuba fikir-fikirkan….

0 comments

Kaitan Telinga Berdesing Dengan Gangguan Mistik.


Telinga berdesing, selain dari masalah sakit fizikal, adalah juga indicator tentang pergerakan-pergerakan di alam anker. Ada juga muallij-muallij yang sependapat sepertimana dalam artikel petua mengesan kehadiran sihir ni. Dari pengalaman, antara penyebab telinga berdesing / berdengung yang bukan disebabkan sakit fizikal adalah:
  • Jin menjerit (telinga berdesing) atau jin merengek (telinga berdengung)
  • Jin cuba memecahkan benteng diri anda.
  • Tukang sihir cuba scan diri anda dari jauh.
Panduan bila telinga berdesing:
  • Bacalah kalimah tammah atau Bismillah penggerak dalam 3 atau 7x.
  • Dalam hati mohon Allah singkirkan segala kejahatan yang cuba ganggu diri dan keluarga anda.
  • Buat isyarat ludah 3x ke sebelah kiri.
Semoga bermanfaat.


0 comments

Saturday, 4 January 2014

Merawat Penyakit JINetik: Satu Eksperimen

Saturday, 4 January 2014

Bismillahirrahmanirrahim. 

Dari pengalaman rawatan, banyak dilihat perkaitan di antara penyakit-penyakit keturunan, seperti asma, resdung, Familial Hypercholesterolemia (kolestrol), alergi, diabetes melitus (kencing manis), darah tinggi dan sebagainya, dengan kewujudan gangguan jin, khususnya gangguan jin pu-SAKA yang diwarisi. Walaupun tidak dapat dibuktikan secara saintifik, aku percaya banyak penyakit-penyakit genetik, ada kaitannya dengan gangguan JINetik. Nenek aku dulu pun selalu berpesan supaya aku dan sepupu-sepupu aku tak makan daging kerbau balau. Kononnya keturunan aku alergi dengan daging tu. Malangnya, tak pernahlah pula aku berkesempatan jumpa daging kerbau balar untuk dibuat eksperimen.

Maka untuk kesembuhan yang maksimal, perlulah rawatan secara alopathy dilakukan seiring dengan rawatan spiritual. Bila disebut pu-SAKA, ramai yang rasa "DOWN" seolah-olah terkena terminal illness yang sudah tiada harapannya lagi. Ramai yang merasakan seolah-olah masalah pu-SAKA terlalu rumit untuk diselesaikan. Inilah akibat terlalu banyak menonton cerita-cerita seram. Ianya telah menanamkan perspektif yang salah tentang gangguan jin, yang akhirnya menyebabkan bukan sahaja kerumitan di dalam rawatan, bahkan juga hampir-hampir merosakan akidah. Elok tuan-tuan baca artikel tentang permasalah pu-SAKA yang ditulis oleh seorang guru aku, Ustaz Wan Asrul, pengasas Terapi Islam al-Fatah.

Sebagai ikhtiar untuk rawatan penyakit-penyakit yang berpunca dari warisan keturunan, suka disarankan supaya tuan-tuan melakukan rawatan spiritual seperti yang akan diterangkan di bawah, sebagai tambahan kepada rawatan alopathy yang korang memang tengah lakukan dengan pihak hospital. Kaedah rawatan ini adalah sebenarnya di ambil dari teknik rawatan MEDISEN (merawat diri sendiri) yang disusun oleh guru aku Ustaz Abdul Majid, pengasas dan mursyiful am Persatuan Perawat-perawat Nur Ehsan Malaysia (AKRINE).

Kaedah Rawatan:

1. Istiqamah dengan zikir setiap hari:

Setiap hari amalkanlah zikir secara konsisten. Bukan nak banyak, tapi konsisten. Jenis zikir pula, bergantunglah kepada kesesuaian diri korang. Antara yang paling mudah ialah seperti Laillahaillallah 100x, Istigfar 100x dan selawat 100x setiap hari. Paling koman pun, Al-Fatihah, ayatul Kursi dan 3 Qul setiap pagi, petang dan malam sebelum tidur.

 

2. Minum air ruqyah setiap hari:

Hospital dah bagi korang ubat sebagai ikhtiar untuk menyingkirkan elemen-elemen batil yang bersifat fizikal yang mengganggu kesihatan korang. Sebagai ikhtiar untuk menyingkirkan elemen-elemen batil bersifat spiritual pula, maka minumlah air ruqyah sekurang-kurangnya selepas bangun tidur, dan sebelum tidur setiap hari. Baca di sini bagaimana nak buat air ruqyah.

 

3. Baca Deklarasi Pemutus selepas solat subuh:

Di dapati jin-jin pu-SAKA terkadang kelihatan terlindung. Sebenarnya, mereka adalah terlindung dengan benteng dari perjanjian pu-SAKA yang pernah di lakukan oleh nenek moyang korang. Maka, perlulah dibatalkan segala perjanjian dan juga kontrak dengan melafazkan deklarasi pemutus saka seperti di bawah:

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah, sesungguhnya saya dan mewakili keluarga saya, dengan penuh sedar dan insaf, dengan ini mengisytiharkan untuk:

  • memutuskan semua perjanjian, atau ikatan, yang kami atau orang sebelum kami pernah lakukan, secara sedar ataupun tidak, dengan golongan jin sekiranya ada.
  • mengharamkan tubuh kami daripada dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin.
  • menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah sahaja.
  • Amin

 

4. Musnahkan Gangguan Spiritual selepas solat Zuhur.

Seterusnya ialah memusnahkan segala gangguan spritual yang bersarang pada diri korang. Caranya ialah:

  • bacakan Ta'awuz, Basmallah dan Allahu Akbar sebanyak 21 x.
  • Tarik nafas panjang dari hidung dan tahan seketika.
  • Semasa menahan nafas, berdoa dalam hati, Ya Allah musnahkanlah segala gangguan jin, sihir dan segala kebatilan yang mengganggu diriku.
  • Lepaskan nafas dari mulut perlahan-lahan sambil membayangkan azab Allah turun dari kepala hingga ke kaki yang memusnahkan segala gangguan yang mengganggu korang.

 

5. Tarik keluar segala jin yang masih ada pada diri anda selepas Asar.

  • Letak tapak tangan korang depan muka macam masa nak doa.
  • Baca Yasin ayat 9 sebagai pelindung tangan.
  • Baca surah An-Naml ayat 30~31 untuk menundukkan jin.
  • Tiup pada tapak tangan, dan sapu tangan pada kedua-dua lengan macam orang tayammum.
  • tarik jin dari badan anda dengan lafaz Allahu Akbar, dan hantar ke destinasi-destinasi pilihan. 
  • Mula menarik dari kepala, muka, telinga, tengkok dada, seterusnya hingga ke kaki.
  • Boleh rujuk video Ustaz Abdul Majid tentang MEDISEN di sini.

 

6. Hidupkan majlis taklim selepas Mahgrib

Perlu difahami, bahawa tujuan kita dihantar ke dunia oleh Allah ialah untuk beribadat kepadaNya. Kita tidak dihantar ke dunia untuk berperang dengan jin-jin pu-SAKA. Merawat masalah pu-SAKA hanyalah keperluan hidup, bukan matlamat hidup. Maka untuk mengingatkan diri kita tentang matlamat hidup kita, antara kaedahnya ialah dengan menghidupkan majlis taklim di rumah anda. Bacalah apa-apa kitab hadis, khususnya yang berkait dengan fazail amal selepas solat Mahgrib bersama-sama dengan keluarga anda.

 

7. Tikam jin yang masih degil selepas Isyak

  • Letakkan ibu jari kanan pada kedudukan jantung anda. 
  • Ucap 2 kalimah syahadat dengan jelas dan tartil.
  • Tarik nafas panjang dan tahan nafas seketika.
  • Semasa tahan nafas, berdoa di dalam hati, minta Allah tikam hingga mati segala jin yang masih ada dalam diri sekiranya mereka tidak juga keluar.
  • Tikam jantung dengan kuku ibu jari anda sambil melafazkan Allahu Akbar perlahan-lahan.
  • Ulang sebanyak  3 kali.
  • Kemudian buat pula 3 kali dengan tangan kiri pula.
  • Dan kemudian buat dengan kaedah bersilang pada kedua-dua dada sebanyak 3 kali juga.

 

8. Benteng diri anda selepas Isyak

  • Akhir sekali, bentenglah diri anda dari gangguan-gangguan yang baru, atau yang nak patah balik lagi.
  • Kaedah yang diajar oleh Ustaz Abdul Majid adalah lebih mudah lagi, tapi kali ni benarkan aku kongsikan kaedah yang lebih konvensional dan dikenali di dalam masyarakat Melayu.
  • Duduk melunjur.
  • Letak tangan macam masa nak berdoa.
  • Baca 3 Qul (Al-Mu'awizzat)
  • Tarik nafas dari hidung dan tahan nafas seketika. Semasa menahan nafas berdoa di dalam hati kepada Allah supaya dilindungi dari segala kejahatan dan kebatilan zahir dan batin.
  • Tiup pada tapak tangan.
  • Bila nafas habis tekap tangan ke muka, dan tarik nafas dalam-dalam. 
  • Kemudian sapukan tangan ke seluruh badan, kecuali tapak kaki dan kemaluan.
  • Tahan nafas semasa menyapu.

 

9. Healing Crisis

Sekiranya korang memang benar berpu-SAKA, setelah melakukan kaedah di atas selama 5~7 hari, korang mungkin berkemungkinan menghadapi healing crisis. Anda mungkin rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu. Atau mungkin merasa benda bergerak-gerak di dalam tubuh anda. Be persistent, dan teruskan rawatan. Sekiranya gangguan terlalu kuat untuk anda hadapi sendiri, berhubunglah dengan perawat-perawat Islam berdekatan.

 

10. Perhatikan kesan

Di samping itu, rekodkanlah masalah kesihatan korang sebelum dan semasa melakukan rawatan di atas. Tulislah pemerhatian keadaan penyakit:

  • Sebelum memulakan rawatan
  • Selepas seminggu
  • Selepas sebulan
  • Selepas 6 bulan

 

Sekianlah dikongsikan, semoga bermanfaat.

 

 


0 comments

Friday, 3 January 2014

Kemampuan Beramal

Friday, 3 January 2014

Sumber: Kitab Hikam Tajuk 68

JANGANLAH KETAATAN KAMU KEPADA ALLAH S.W.T MENGGEMBIRAKAN KAMU KERANA KAMU MELIHAT TELAH MELAKSANAKANNYA, TETAPI GEMBIRALAH KERANA MELIHAT KETAATAN ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T KEPADA KAMU. UCAPKANLAH:

“DENGAN SEBAB KURNIA ALLAH S.W.T KEPADA HAMBA-NYA, MAKA DENGAN DEMIKIAN ITULAH MEREKA PATUT BERGEMBIRA, ITU LEBIH BAIK DARI APA YANG MEREKA KUMPULKAN”.

Begitulah kata Ariffbillah. Tak perlulah gembira apatah lagi ujub dengan kemampuan melakukan amal, kerana ianya tidaklah melainkan kurniaan Allah semata-mata. 

Tidaklah juga, patut kamu berbangga bila mampu menolong orang lain, kerana ia tidaklah melainkan rahmat Allah semata-mata. Jika Allah kehendaki, boleh saja Dia menjadikan kamu lah orang yang di tolong, bukan yang menolong... 

 


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails