Monday, 16 December 2013

Zikir dan Clorox

Monday, 16 December 2013

Kadang-kadang bila stress, aku zikir. Aku perasaan dalam sesetengah keadaan, berzikir dengan lafaz lebih berkesan di dalam menenangkan jiwa berbanding dengan solat. Naik pelik pula aku. Kenapa solat yang fardhu tu gagal tenangkan hati, padahal zikir yang tidaklah di fardhukan pula boleh menenangkan hati? Maka terfikir pula aku tentang perihal membasuh kain.

  • Kalau baju kita tu sikit aje kotornya, kadang-kadang bilas-bilas dengan air pun dah cukup.
  • Tapi kalau dah seharian pakai, kenalah basuh dengan sabun.
  • Kalau baju budak yang kena lumpur, kenalah pula rendam dulu dalam air sabun sebelum basuh.
  • Kalau baju dah terkena dakwat, mau kena rendam dalam larutan clorox + sabun sebelum basuh.

Samalah juga dengan hati... kalau dalam keadaan tenang, cukuplah solat 5 waktu untuk menenangkan hati. Tapi kalau hati dah hitam legam, serupa kasut anak darjah satu pada petang Jumaat, cukupke solat 5 waktu aje. Kenalah "clorox" kan dulu dengan lafaz-lafaz zikir. Masalahnya, hidup kita di akhir zaman yang penuh dengan TV, radio, social media, smart phone dan lain-lain... hari-hari hati kita serupa kasut anak darjah satu pada petang Jumaat... maka kenalah clorox kan hari-hari.... Tak dapek den nak nolong....

 

 


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails