Thursday, 26 December 2013

Tentang Ikhtiar Rawatan & Perlindungan Dengan Al-Quran atau Doa

Thursday, 26 December 2013
Sumber: AntalHaqq
Diantara cabang ilmu al-Quran (علوم القرآن) adalah ilmu khawā (خواص) al-Quran. Khawāṣ adalah ilmu menerangkan khasiat dan kelebihan sesuatu ayat al-Quran. Ilmu ini ada diterangkan dalam kitab al-Burḥān fi ulūm al-Qur’ān (البرهان في علوم القرآن) oleh Imām al-Zarkashī dan Imām al-Suyūthī dalam kitabnya berjudul al-Itqān fi ulūm al-Qur’ān (الإتقان في علوم القرآن).
Dalil al-Quran:
 
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا – سورة الإسراء: 82
 
Sedia maklum ayat ini membawa maksud keseluruhan ayat al-Quran menjadi penyembuh dan penawar kepada sekalian orang beriman. Yang utama syifa’ dari al-Quran itu akan menambah lagi keimanan kita kepada Allah Ta’ala.
Dalil al-Hadith:
عن سيدنا أبي سعيد الخضري رضي الله عنه قال: انطلق نفر من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم في سفرة سافروها حتى نزلوا على حَيٍّ من أحياء العرب فاستضافوهم فأبوا أن يضيفوهم فلدغ سيد ذلك الحي فسعوا له بكل شيء لا ينفعه شيء فقال بعضهم لو أتيتم هؤلاء الرهط الذين نزلوا لعلهم أن يكون عند بعضهم شيء فأتوهم فقال: يا أيها الرهط إن لدغ وسعينا له بكل شيء لا ينفعه شيء فهل عند أحد منكم من شيء؟ فقال بعضهم: نعم والله إني لأرقي ولكن استضفناكم فلم تضيفونا فما أنا براق حتى تجعلوا لنا جعلا فصالحوهم على قطيع من الغنم فانطلق يتفل عليه ويقرأ ﴿الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ فكأنما نشط من عقال فانطلق يمشي وما به قلبة قال: فأوفوهم جعلهم الذي صالحوهم عليه فقال بعضهم: اقتسموا فقال الذي رقى: لا تفعلوا حتى نأتي رسول الله صلى الله عليه وسلم فنذكر له الذي كان فننظر ما يأمرنا فقدموا على رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكروا له ذلك فقال: وما يدريك أنها رقية ثم قال قد أصبتم اقتسموا واضربوا لي سهما. (رواه البخاري ومسلم وأبو داود و الترمذي والنسائي وابن ماجه.)
 
Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata: Sekumpulan daripada sahabat Nabi SAW (lebih kurang dalam 30 orang) dalam satu musafir hingga sampai pada satu perkampungan Arab. Mereka meminta izin penduduk kampong Arab itu agar menerima mereka sebagai tetamu, tetapi mereka menolaknya. Selepas itu ketua kampung qabilah tersebut tersengat kala jengking. Segala usaha dan ikhtiar mencari penawar tidak memberi kesan. Lalu sebahagian mereka berkata: “Bagaimana kalau kita mendatangi rombongan tadi, barangkali di antara mereka dapat menolong”. Kemudian mereka mendatanginya dan berkata: “Wahai rombongan ketua kampung kami di sengat kala jengking. Kami sudah berusaha menolongnya dengan segala cara  tapi tidak berhasil. Apakah di antara kamu ada yang dapat membantu?” Sebahagian mereka menjawab: “Ya, demi Allah saya mampu meruqyah. Tetapi kamu semua telah menolak kami sebagai tamu. Jadi saya tidak mahu meruqyah kecuali kamu semua sanggup membayar upah”. Lalu mereka menyetujui dengan imbalan beberapa ekor kambing. Sahabat tersebut pergi meruqyah dan membaca surah al-Fatihah (sebanyak tujuh kali dengan tujuh kali ludah yang sederhana semburnya). Setelah itu ketua kampung qabilah tersebut beransur sembuh. Ia segera dapat berjalan tanpa merasa sakit sama sekali.”
Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata: “Lalu mereka memenuhi upah yang dijanjikan.” Sebahagian rombongan mengatakan: “Bahagilah daripada kambing tersebut (sebanyak 30 ekor kambing)”. Lalu yang meruqyah menjawab: “Jangan dulu sehingga kita menemui Rasulullah SAW dan menerangkan apa yang terjadi. Kita lihat apa yang diputuskan baginda.” Lalu mereka mendatangi baginda dan menceritakan kejadiannya. Lalu bersabda: “Tidakkah kamu ketahui bahawa itu adalah jampi?” Kemudian bersabda lagi: “Sesungguhnya kamu benar. Bahagilah dan jadikan untukku satu bahagian.
Hadith ini memberi kefahaman kepada kita bahawa tidak semestinya apa yang belum pernah diajarkan Rasulullah SAW adalah suatu yang buruk dan sesat. Juga dibolehkan menerima upah dari pesakit hasil usaha menggunakan khasiat ayat al-Quran.
وعن سيدنا أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! ما لقيت من عقرب لدغني البارحة قال: أما لو قلت حين أمسيت: أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم تضرك. (رواه مسلم ومالك.)
Dari Abu Hurairah (r.a) berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah SAW, tadi malam saya disengat kala jengking.” Baginda menjawab: “Andaikata kamu membaca pada petang hari: “Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan yang diciptakan Allah (أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق)”, pasti kala jengking tidak menyengatmu.”
Disana masih ada beberapa dalil seruan beramal, berubat dengan ayat al-Quran dan kalimah-kalimah yang mulia. Semoga dengan beberapa contoh ringkas ini dapat memberi kefahaman kepada kita dan terungkailah tuduhan syirik ke atas orang yang beramal dengan khasiat ayat al-Quran.
Sumber:
1. Tim Bahtsul Masail PC NU Jember. 2008. Membongkar Kebohongan Buku “Mantan Kiai NU Menggugat Sholawat & Dzikir Syirik” [H.Mahrus Ali]. Surabaya: Khalista.
2. Imām al-Suyūthī. 1420/2000. al-Itqān fi ulūm al-Qur’ān (الإتقان في علوم القرآن). Damsyik: Darl Ibn Kathir.
3. Imām al-Zarkashī. 1421/2001. al-Burān fi ulūm al-Qur’ān (البرهان في علوم القرآن). Beirut: Darl Fikr.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails