Friday, 6 December 2013

Menundukkan Hantu Diri

Friday, 6 December 2013

Dari kecil lagi aku ni memang baran. Ya, baran... itulah yang aku maksudkan dengan hantu diri... ha ha ha.. korang ingat hantu diri tu apa??? Masa kecil-kecil dulu, kawan yang besarnya 2 kali ganda size aku pun aku belasah... bila dah datang baran, lupa pulak yang aku ni kecik aje... ha ha ha.. nasib baik kawan aku semua baik-baik, tak de yang belasah aku balik teruk-teruk...

Cuma sejak 5 ~ 6 tahun kebelakangan ni baran aku tu nampaknya ada berkurangan. Rasanya aku tak adalah pulak buat usaha secara khusus untuk atasi baran tu... Tapi Allah dengan limpah kurnianya telah menghalau aku dengan takdirNya, kepada perkara-perkara yang meredakan baran tu.

Yang aku maksudkan ialah zikir... Semenjak Allah menghalau aku kepada dunia rawatan Islam, aku mula terdedah kepada berbagai jenis zikir & wirid. Aku perasaan, ada kaitan yang sangat rapat antara zikir dan baran. Atas asbab aku beramal dengan berbagai zikir yang asalnya merupakan bacaan asas untuk rawatan, secara tak disengajakan baran aku pun nampaknya semakin berkurangan. 

Sebab tulah aku tak suka outstation. Bila outstation, aku jadi penat.. bila penat aku tak jaga wirid... bila aku tak jaga wirid, memang aku perasaan baran aku mula naik balik... Lepas balik dari outstation, dan bila aku mula nak jaga wirid balik.. aku perasaan, sementara kesan zikir nak meresap ke dalam diri, time tu lah baran meningkat pada paras maksima... Hu hu hu.. yang kesian anak isteri aku lah... nak buat camne... dah kerja aku banyak outstation...

Tapi dalam banyak-banyak jenis lafaz zikir, yang aku rasa paling serasi dengan diri aku ialah selawat tafrijiyah dan zikir kalimah Allah. Ada orang berpendapat selawat tafrijiyah tu bidaah... lantak koranglah... aku ambik pendapat Tuan Guru Ustaz Haron Din. Lagipun ketiga-tiga guru yang direct mengajar aku pun amalkan selawat tafrijiyah.. 

Tapi kalau aku tengah marah, aku perasaan zikir kalimah Allah lebih cepat redakan marah aku. Haa... mari aku kongsi kaedah zikir Allah yang paling serasi dengan diri aku untuk redakan marah.

  1. Step no 1: Lari jauh-jauh dari tempat yang buat korang marah. Kalau marah kat tempat kerja, baliklah rumah cepat-cepat. Kalau marah bini kat rumah, larilah pergi masjid. Janganlah dok buat kaedah ni depan orang yang kita marah... memanglah tak menjadi...
  2. Lepas tu, dah amik wuduk... cari tempat best untuk duduk.
  3. Tarik & lepaskan nafas perlahan-lahan sampai hilang mengah.
  4. Kemudian tarik nafas dalam-dalam , tahan nafas sambil dalam hati sebut Allah, Allah, Allah... sebanyak 33kali. Kalau nafas korang panjang, nak tahan sejuta kali zikir Allah pun boleh aje...
  5. Ulang step 4 sebanyak 3x.
  6. Lepas tu baca Ta'awuz, Bismillah, Syahadah dan Selawat
  7. Kemudian tarik nafas sekadar yang selesa... dan terus sambung lafaz Allah.. Allah...Allah... secara berbisik... hingga habis nafas.
  8. Kemudian tarik nafas lagi dan buat lagi step 7.
  9. Ulang seberapa lama yang mungkin, sampai hati jadi tenang...

Secara fizikalnya tarik nafas yang dalam, dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan sambil berbisik Allah.. Allah.. akan bagi kesan pada saraf vagus, yang akan merembeskan enzim-enzim yang menenangkan. Secara spiritualnya, sudah tentu dengan berzikir akan turun sakinah dari Allah... Itu dah sunnahtullah...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails