Thursday, 26 December 2013

Asyik Memikirkan Hak Sendiri, Tanda Cengkaman Nafsu

Thursday, 26 December 2013

Sumber: Kitab Hikam

Hati menjadi medan perebutan kuasa di antara nafsu dengan ikhlas. Modal nafsu adalah kepentingan diri. Nafsu mengingatkan sesuatu yang dia ada kepentingan atau hak padanya telah dilepaskan kepada orang lain. Oleh kerana nafsu tidak mati maka ingatannya kepada yang kehilangan itu juga tidak mati. Jihad terhadap nafsu ini berpanjangan. Ikhlas adalah umpama bayi suci yang perlu dipelihara dan dilindungi daripada dibaham oleh harimau nafsu.

Cara menundukkan harimau nafsu adalah jangan memberinya makan. Makanannya adalah cerita mengenai haknya yang telah terlepas ke tangan orang lain. Racun bagi harimau nafsu adalah cerita mengenai kebaikan Tuhan yang membahagikan nikmat yang tidak terhingga kepada makhluk-Nya. Penetapan hak Allah atau Allah jualah Pemilik sebenar, akan melindungi bayi suci daripada musuh-musuh yang mahu mencederakannya. 


0 comments

Mengapa dan Bagaimana Buat Air Ruqyah Sendiri....

Semenjak rawatan Islam berkembang bak cendawan tumbuh, ada banyak dijual air ruqyah merata-rata.

Tapi yang terbaik ialah buat air ruqyah sendiri... sebabnya ??? Mula-mula mari kita fahamkan bagaimana air ruqyah di buat...

Air itu sifatnya mengikuti bentuk yang ditempatinya... Kalau korang isi air dalam balang bulat, maka bulatlah juga bentuk air dalam balang tu. Kalau korang letak air dalam tumbler empat segi, maka empat segilah juga air dalam tumbler tu... Tak mungkin korang tuang air dalam jug bulat, alih-alih air dalamnya berbentuk empat segi pulak...mustahil...  Maka begitulah sifat air... bukan saja pada makronya, juga pada setiap grains terkecil air tersebut. Sentiasa berubah mengikut persekitarannya...

Maka tatkala muallij baca Al-Quran pada air, molekul-molekul air akan berubah bentuk kepada bentuk yang berpatutan dengan bacaan Al-Quran. Maka jadilah air tersebut air ruqyah Al-Quran. Tapi, lepas korang beli air ruqyah tu, korang letak pulak air tu atas meja kat ruang tamu. Datang anak korang buka TV, rancangan nyanyi-nyanyi pulak tu... maka berubahlah pula molekul air kepada bentuk nyanyi-nyanyian. Maka berubahlah ia dari air ruqyah Al-Quran kepada air ruqyah nyanyi-nyanyian.... Maka rugi aje duit korang sepuluh ringgit beli air ruqyah tu.

Maka sebaiknya, buatlah sendiri air ruqyah.

Caranya mudah aje:

  • Letakkan air yang nak didoakan dihadapan korang. Tak kiralah dalam tumbler ke, dalam jug ke, dalam botol ke... atau pun dalam kotak kalau korang beli air mineral yang 24 biji dalam satu kotak tu pun boleh... Tak perlu buka penutup botol pun. Bukannya penutup botol tu akan halang kesan bacaan ayat Quran tu pun. Botol-botol yang dalam kotak, tak payahlah pulak korang nak keluarkan pun... biar aje dalam kotak tu...
  • Kemudian mohonlah pada Allah supaya menjadikan air-air tersebut penawar kepada segala penyakit yang korang hadapi. Lafaz doanya buat sendirilah... barulah feeling... takkan asyik nak tiru skrip orang aje....
  • Kemudian bacalah ayat-ayat Quran yang korang pilih... Bukan nak kena baca seluruh Quran pun... Fatihah, Ayatul Kursi dan 3 Qul pun dah cukup... Kalau tak boleh jugak.... Fatihah pun dah cukup..
  • Lepas baca, buatlah isyarat meniup ke arah air tu... Tak payahlah nak tiup beria-ia...  BUKANNYA angin tiupan tu yang bawa bacaan korang kepada air tu pun... dan BUKANNYA ada sebarang tenaga yang ditransfer kepada air itu pun...  sekadar untuk bantu korang mentahkikan keyakinan korang je... yang sebenarnya Allah lah yang mengubah struktur molekul air itu sehingga menjadi asbab penyembuh...
  • Lepas tu??? lepas tu apalagi... baca Bismillah dan minumlah....

0 comments

Tentang Ikhtiar Rawatan & Perlindungan Dengan Al-Quran atau Doa

Sumber: AntalHaqq
Diantara cabang ilmu al-Quran (علوم القرآن) adalah ilmu khawā (خواص) al-Quran. Khawāṣ adalah ilmu menerangkan khasiat dan kelebihan sesuatu ayat al-Quran. Ilmu ini ada diterangkan dalam kitab al-Burḥān fi ulūm al-Qur’ān (البرهان في علوم القرآن) oleh Imām al-Zarkashī dan Imām al-Suyūthī dalam kitabnya berjudul al-Itqān fi ulūm al-Qur’ān (الإتقان في علوم القرآن).
Dalil al-Quran:
 
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا – سورة الإسراء: 82
 
Sedia maklum ayat ini membawa maksud keseluruhan ayat al-Quran menjadi penyembuh dan penawar kepada sekalian orang beriman. Yang utama syifa’ dari al-Quran itu akan menambah lagi keimanan kita kepada Allah Ta’ala.
Dalil al-Hadith:
عن سيدنا أبي سعيد الخضري رضي الله عنه قال: انطلق نفر من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم في سفرة سافروها حتى نزلوا على حَيٍّ من أحياء العرب فاستضافوهم فأبوا أن يضيفوهم فلدغ سيد ذلك الحي فسعوا له بكل شيء لا ينفعه شيء فقال بعضهم لو أتيتم هؤلاء الرهط الذين نزلوا لعلهم أن يكون عند بعضهم شيء فأتوهم فقال: يا أيها الرهط إن لدغ وسعينا له بكل شيء لا ينفعه شيء فهل عند أحد منكم من شيء؟ فقال بعضهم: نعم والله إني لأرقي ولكن استضفناكم فلم تضيفونا فما أنا براق حتى تجعلوا لنا جعلا فصالحوهم على قطيع من الغنم فانطلق يتفل عليه ويقرأ ﴿الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ فكأنما نشط من عقال فانطلق يمشي وما به قلبة قال: فأوفوهم جعلهم الذي صالحوهم عليه فقال بعضهم: اقتسموا فقال الذي رقى: لا تفعلوا حتى نأتي رسول الله صلى الله عليه وسلم فنذكر له الذي كان فننظر ما يأمرنا فقدموا على رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكروا له ذلك فقال: وما يدريك أنها رقية ثم قال قد أصبتم اقتسموا واضربوا لي سهما. (رواه البخاري ومسلم وأبو داود و الترمذي والنسائي وابن ماجه.)
 
Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata: Sekumpulan daripada sahabat Nabi SAW (lebih kurang dalam 30 orang) dalam satu musafir hingga sampai pada satu perkampungan Arab. Mereka meminta izin penduduk kampong Arab itu agar menerima mereka sebagai tetamu, tetapi mereka menolaknya. Selepas itu ketua kampung qabilah tersebut tersengat kala jengking. Segala usaha dan ikhtiar mencari penawar tidak memberi kesan. Lalu sebahagian mereka berkata: “Bagaimana kalau kita mendatangi rombongan tadi, barangkali di antara mereka dapat menolong”. Kemudian mereka mendatanginya dan berkata: “Wahai rombongan ketua kampung kami di sengat kala jengking. Kami sudah berusaha menolongnya dengan segala cara  tapi tidak berhasil. Apakah di antara kamu ada yang dapat membantu?” Sebahagian mereka menjawab: “Ya, demi Allah saya mampu meruqyah. Tetapi kamu semua telah menolak kami sebagai tamu. Jadi saya tidak mahu meruqyah kecuali kamu semua sanggup membayar upah”. Lalu mereka menyetujui dengan imbalan beberapa ekor kambing. Sahabat tersebut pergi meruqyah dan membaca surah al-Fatihah (sebanyak tujuh kali dengan tujuh kali ludah yang sederhana semburnya). Setelah itu ketua kampung qabilah tersebut beransur sembuh. Ia segera dapat berjalan tanpa merasa sakit sama sekali.”
Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata: “Lalu mereka memenuhi upah yang dijanjikan.” Sebahagian rombongan mengatakan: “Bahagilah daripada kambing tersebut (sebanyak 30 ekor kambing)”. Lalu yang meruqyah menjawab: “Jangan dulu sehingga kita menemui Rasulullah SAW dan menerangkan apa yang terjadi. Kita lihat apa yang diputuskan baginda.” Lalu mereka mendatangi baginda dan menceritakan kejadiannya. Lalu bersabda: “Tidakkah kamu ketahui bahawa itu adalah jampi?” Kemudian bersabda lagi: “Sesungguhnya kamu benar. Bahagilah dan jadikan untukku satu bahagian.
Hadith ini memberi kefahaman kepada kita bahawa tidak semestinya apa yang belum pernah diajarkan Rasulullah SAW adalah suatu yang buruk dan sesat. Juga dibolehkan menerima upah dari pesakit hasil usaha menggunakan khasiat ayat al-Quran.
وعن سيدنا أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! ما لقيت من عقرب لدغني البارحة قال: أما لو قلت حين أمسيت: أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم تضرك. (رواه مسلم ومالك.)
Dari Abu Hurairah (r.a) berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah SAW, tadi malam saya disengat kala jengking.” Baginda menjawab: “Andaikata kamu membaca pada petang hari: “Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan yang diciptakan Allah (أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق)”, pasti kala jengking tidak menyengatmu.”
Disana masih ada beberapa dalil seruan beramal, berubat dengan ayat al-Quran dan kalimah-kalimah yang mulia. Semoga dengan beberapa contoh ringkas ini dapat memberi kefahaman kepada kita dan terungkailah tuduhan syirik ke atas orang yang beramal dengan khasiat ayat al-Quran.
Sumber:
1. Tim Bahtsul Masail PC NU Jember. 2008. Membongkar Kebohongan Buku “Mantan Kiai NU Menggugat Sholawat & Dzikir Syirik” [H.Mahrus Ali]. Surabaya: Khalista.
2. Imām al-Suyūthī. 1420/2000. al-Itqān fi ulūm al-Qur’ān (الإتقان في علوم القرآن). Damsyik: Darl Ibn Kathir.
3. Imām al-Zarkashī. 1421/2001. al-Burān fi ulūm al-Qur’ān (البرهان في علوم القرآن). Beirut: Darl Fikr.

0 comments

Tuesday, 24 December 2013

Cara Menundukkan Hawa Nafsu

Tuesday, 24 December 2013
Sumber: Kitab Hikam Tajuk 43 & 44


Terdapat perbezaan antara sifat iblis dengan hawa nafsu. Sifat iblis adalah pendatang haram sementara hawa nafsu adalah tuan rumah yang mengizinkan pendatang haram tinggal di rumahnya. Tidak mungkin ada sifat yang menyalahi ubudiyah jika tidak ada hawa nafsu. Malaikat tidak mempunyai hawa nafsu, sebab itu mereka sentiasa taat dan menjalankan tugas mereka dengan sempurna, malah mereka tidak tahu berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. Matahari tidak ada hawa nafsu, sebab itu ia tidak menyimpang dari orbitnya. Manusia mempunyai hawa nafsu sebab itu manusia boleh berbuat tidak taat dan boleh lari dari jalan lurus yang dibentangkan kepada mereka.
Iblis dan kuncu-kuncunya iaitu syaitan bertindak memberi saranan dan cadangan tetapi tidak berkuasa menggerakkan mana-mana anggota manusia supaya  melakukan sesuatu yang dia ingini. Tetapi, jika hawa nafsu menerima saranan dan cadangan iblis itu maka hawa nafsu berkuasa memaksa anggota tubuh badannya supaya berbuat sebagaimana yang disarankan oleh iblis itu. Iblis menyalurkan sifat-sifat, dan hawa nafsulah yang menerima serta memakai sifat-sifat tersebut. Satu perkara yang ketara adalah saranan atau idea yang disampaikan oleh iblis dan syaitan kepada hawa nafsu itu dirasai oleh hawa nafsu bahawa saranan itu datang dari dirinya sendiri, bukan disalurkan kepadanya dari sumber lain. Hawa nafsu akan mempertahankan pendapat iblis dan syaitan yang diterimanya itu seperti dia mempertahankan pendapatnya sendiri bahkan dia mendabik dada mengakui bahawa pendapat tersebut adalah pendapatnya sendiri. Karl Marx yang menyebarkan fahaman tidak bertuhan tidak mengatakan fahaman itu sebagai rencana iblis tetapi dia mengakui bahawa dialah yang menemui fahaman tersebut. Peter yang menyebarkan fahaman Tuhan tiga dalam satu tidak mengatakan iblis yang mengajarnya tetapi mengatakan dia menerima wahyu dari Tuhan. Begitulah kebodohan dan kesombongan hawa nafsu yang tidak sedar dirinya ditunggangi oleh iblis dan syaitan. Apabila dia menerima cadangan dari iblis dan syaitan dia derhaka kepada Tuhan dan melakukan syirik terhadap-Nya.
Hawa nafsu bukan setakat mampu menerima rangsangan dari iblis dan syaitan malah dia sendiri berupaya merangsang dirinya sendiri tanpa dirangsang oleh iblis dan syaitan. Rangsangan yang muncul dari hawa nafsu sendiri mengarah kepada melakukan maksiat, memenuhi tuntutan syahwat dan asyik dengan perkara yang melalaikan. Apabila iblis dan syaitan memberi rangsangan yang sesuai dengan sifat nafsu itu sendiri mudahlah dia melakukan maksiat dan kemunkaran. Dia tidak berasa sedih bila berbuat kejahatan dan tidak berasa rugi bila hanyut di dalam lautan kelalaian. Apa yang penting baginya ialah memenuhi apa yang dia ingini tanpa menghiraukan akibatnya.
Seseorang yang diistilahkan sebagai jahil tetapi tidak menurut hawa nafsu, tidak ada padanya sifat megah, sombong, takbur dan bodoh. Dia boleh tunduk kepada kebenaran jika kebenaran dibentangkan kepadanya. Dia boleh juga menyampaikan kebenaran yang diketahuinya kepada orang lain. Jadi, kebodohan apakah yang boleh dikatakan kepada orang seperti ini yang bersedia menerima dan menyampaikan kebenaran. Orang yang diistilahkan sebagai alim pula, bagaimana boleh dikatakan alim jika dia menurut hawa nafsunya, memakai sifat bodoh dan sombong, menolak kebenaran jika datang dari orang lain atau tidak secucuk dengan kehendak nafsunya. Orang alim yang menurut hawa nafsu tidak mengajak manusia menyembah Allah s.w.t sebaliknya mengajak mereka menyembah ilmunya. Manusia lain menjadi alat baginya untuk menaikkan ego dirinya sendiri. Oleh yang demikian adalah lebih baik jika bersahabat dengan orang jahil yang tidak tunduk kepada hawa nafsunya. Kejahilan tidak menghalangnya untuk mengenali kebenaran dan dia juga mampu memberi sokongan ke arah kebenaran.
Sifat iblis adalah hijab diluar hati dan hawa nafsu adalah hijab di dalam hati. Jika hijab diluar disingkapkan dengan tenaga kebenaran, maka hijab di dalam ini juga perlu disingkapkan dengan tenaga kebenaran. Nafsu mesti ditundukkan kepada kebenaran. Pekerjaan ini bukanlah mudah kerana nafsu kita adalah diri kita sendiri. Tidak ada beza pada hakikatnya diantara nafsu, hati dengan diri. Memerangi hawa nafsu bererti memerangi diri sendiri. Di dalam diri sendiri itu berkumpul kemahuan, cita-cita, ilmu pengetahuan dan lain-lain.
  • Apabila mahu berperang dengan diri sendiri tidak boleh meminta pertolongan kepada diri sendiri. Ilmu tidak berdaya menentang hawa nafsu kerana ilmu adalah alatnya dan alat akan patuh kepada tuannya. Perbahasan ilmu yang berlarutan akan menambahkan kekeliruan dan akan meneguhkan nafsu.
  • Makrifat juga tidak boleh digunakan untuk melawan hawa nafsu kerana jika makrifat digunakan ia akan menarik ke dalam ilmu, maka terjadilah yang serupa.
  • Oleh itu jangan meminta tolong kepada ilmu  dan jangan meminta bantuan makrifat untuk melawan nafsu tetapi larilah kepada Allah s.w.t. Menjeritlah sekuat-kuat hati, pintalah pertolongan-Nya.
  • Istiqamah atau tetap di dalam ubudiyah, menunaikan kewajipan sambil terus berserah diri kepada-Nya, itulah kekuatan yang dapat menumpaskan hawa nafsu.
  • Jangan sekali-kali menuntut kekeramatan kerana ia juga menjadi alat hawa nafsu.
  • Tetaplah di dalam ubudiyah, tidak berubah keyakinan terhadap Allah s.w.t, kekuasan-Nya, kebijaksanaan-Nya dan ketuhanan-Nya baik ketika sihat atau sakit, senang atau susah, kaya atau miskin, suka atau duka.
  • Apabila wujud sifat reda kepada ketentuan Allah s.w.t, itu tandanya hawa nafsu sudah tunduk kepada kebenaran

0 comments

Saturday, 21 December 2013

Rahsia Supaya Di sayangi Oleh Orang Ramai

Saturday, 21 December 2013

0 comments

1st Step Utk Membersihkan Hati

Apalah guna pakai perfume walau sebotol, kalau badan busuk sebab tak mandi.
Apalah guna amal segunung, kalau hati busuk sebab belum bertaubat.
Kalau dah mandi, attar secolet pun besar merebak keharumannya.
Kalau dah bertaubat, amal yang sedikit pun gilang-gemilang Nurnya.


0 comments

Friday, 20 December 2013

Menghadapi Was-Was Dengan Zikir

Friday, 20 December 2013

Was-was adalah keadaan di mana syaitan berbisik kepada hati, tetapi di tipunya kita sehingga merasakan bahawa bisikan itu datang dari hati kita sendiri. Cuba baca penerangan dari tajuk ke 42 kitab hikam ini.
Dengan clue dari kitab hikam ini, terfikir antara yang boleh dilakukan untuk mengatasi was-was adalah memusnahkan hijab nafsu yang mengurung hati tersebut dengan tenaga zikir. Juga dari kaedah yang pernah aku lihat guru-guru aku tunjuk ialah, dengan berzikir sambil muka di halakan ke arah jantung, kerana pada lokasi jantung yang bersifat zahir inilah letaknya qalbu yang bersifat rohani.
Di bawah adalah sedikit copy & paste dari link kitab hikam tersebut:
Sifat iblis adalah ingkar kepada kebenaran. Iblis adalah tenaga gelap. Kebenaran pula adalah cahaya. Dalam melakukan pekerjaan menghalang cahaya kegelapan iblis mengenderai kegelapan nafsu. Apabila kegelapan nafsu yang ditambahkan lagi dengan kegelapan iblis membalut hati maka hati tidak akan dapat menerima cahaya kebenaran. Balutan ini menutup mata  hati dari menyaksikan al-Haq. Sifat iblis dan sifat nafsu menjadi tenaga yang bertindak menolak sebarang kebenaran yang ingin masuk ke dalam hati. Walaupun akal boleh mengakui kebenaran namun, tenaga sifat iblis akan menghalang hujah akal dari diterima oleh hati. Sebab itu orang yang mengakui kebenaran masih juga boleh berbuat perkara yang berlawanan dengan pengakuannya itu. Tenaga iblis dan tenaga nafsu itulah yang membentuk tenaga ingkar (kufur atau menolak kebenaran). Tenaga kekufuran ini akan menawan hati semua orang, termasuklah hati orang-orang Islam.   Kehadiran tenaga ini dalam diri mengheret seseorang kepada perbuatan fasiq, kemunafikan, kekafiran, kemusyrikan, maksiat dan segala perkara yang dimurkai Allah s.w.t.
Tenaga ingkar ini mesti dihapuskan dengan cara menekannya sekuat mungkin dengan tenaga kebenaran. Antara kebenaran yang mahu ditekankan dan dimasukkan ke dalam hati adalah pengakuan-pengakuan : “Allah Maha Suci! Allah Maha Besar! Segala puji untuk Allah! Allah Maha Esa dan tiada sesuatu yang bersekutu dengan-Nya! Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Pesuruh Allah!”
Bila kita menyebut Maha Suci Allah, bukan bermakna kita menyucikan Allah s.w.t. Allah s.w.t bukanlah tidak bersih hingga perlu disucikan. Maha Suci Allah itu sempurna kesucian-Nya sejak azali hingga kepada tanpa kesudahan. Dia tidak memerlukan makhluk untuk menyucikan-Nya dan tidak ada makhluk yang layak berbuat demikian. Begitu juga dengan sebutan Allah Maha Besar, bukan bermakna Allah s.w.t itu kecil hingga perlu diperbesarkan. Allah s.w.t sudah cukup besar, sempurna kebesaran-Nya, tidak perlu lagi diperbesarkan dan tidak ada makhluk yang layak memperbesarkan-Nya.
Apa juga perbuatan makhluk tidak ada yang mengenai Allah s.w.t. Sebutan hanyalah pengakuan atau penyaksian semata-mata. Kita mengaku yang benar sebagaimana benarnya. Tenaga pengakuan, penerimaan dan ketundukan terhadap kebenaran inilah yang diperlukan oleh hati untuk menjadikannya kuat, bukan untuk faedah Tuhan. Memasukkan tenaga kebenaran ke dalam hati inilah yang dinamakan zikir. Tenaga kebenaran hendaklah dipalu keras-keras kepada tenaga ingkar yang membaluti hati. Apabila dihentam terus menerus tenaga ingkar itu tidak dapat bertahan lalu ia hancur. Bebaslah hati untuk menerima  cahaya kebenaran.
Perlu diperingatkan bahawa fungsi zikir bukanlah untuk memecahkan hijab yang menutupi pintu langit. Kita tidak mahu terbang ke langit. Kita mencari kebenaran yang hakiki dan Kebenaran Hakiki bukan berada di atas langit. Ia berada di dalam diri kita sendiri. Hijab yang menutupi kita daripada Kebenaran Hakiki ini yang hendak dihapuskan.
Rangsangan atau gerakan yang datang daripada tenaga iblis, disampaikan kepada hati yang dibaluti oleh kegelapan nafsu, dalam keadaan hati merasakan bahawa ia datang daripada hati itu sendiri, bukan ia ditekankan oleh tenaga luar. Hijab nafsu menyebabkan hati tidak sedar dan tidak mengetahui yang ia sudah dikuasai oleh tenaga iblis. Apabila hijab nafsu itu berjaya disingkap hati mampu mengasingkan yang asli dengan yang mendatang. Setiap bisikan kepada kejahatan yang sampai kepada hati didengar oleh hati seolah-olah mendengar orang lain menyampaikan bisikan itu. Oleh itu hati mudah mengawasi bisikan yang datang itu. Beginilah suasana hati yang sudah disinari oleh cahaya kebenaran. Hati yang berada dalam cahaya mudah menyelamatkan dirinya daripada terjerumus ke dalam sifat-sifat dan perbuatan yang dimurkai Allah s.w.t. 

0 comments

Thursday, 19 December 2013

Tips Menjadi Lebih Tenang

Thursday, 19 December 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

2 perkara yang telah membuat hidup aku lebih tenang ialah:
1) Membuang apps facebook dari galaxy tab aku.
2) Membuang apps whatsapp dari galaxy tab aku.

Aku sangat-sangat syorkan korang pun buat macam tu...


0 comments

Monday, 16 December 2013

Kenapa Zikir Gagal?

Monday, 16 December 2013

Bismillahirrahmanirrahim,

Berapa ramai yang berzikir, tapi zahir akhlak masih kelihatan buruknya. Kenapa agaknya ye? Cubalah perhatikan kalam hikmah dari kitab hikam karangan Imam Tajuddin Abu Fadhli Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin Athaillah Askandary di bawah. Antaranya ialah berzikir dengan tujuan mencari karomah.... bukan untuk membersihkan kotoran hati...

Hikmat 40 ini memberi teguran dan petunjuk jalan yang betul. Kita tidak seharusnya hanya asyik memandang kepada mereka yang dipilih untuk sampai kepada Allah s.w.t dan dibukakan kepada mereka ini tabir yang menutup segala keghaiban. Walaupun kita terpesona dengan pencapaian yang telah mereka perolehi, kita tidak sepatutnya mengarahkan semangat dan usaha gigih untuk mencapai keadaan yang serupa. Sudah menjadi kebiasaan untuk sebahagian ahli tarekat mengarahkan amal ibadat dan zikir bagi tujuan menyingkap tabir ghaib. Beberapa jenis zikir diamalkan untuk memecahkan hijab-hijab tertentu. Zikir-zikir secara demikian tidak menyampaikan seseorang hamba kepada Tuhannya. Setelah mereka banyak berzikir namun, hati mereka masih berasa jauh daripada Tuhan, maka mereka mula berasa berputus-asa dan timbullah keraguan di dalam hatinya. Keadaan yang demikian terjadi kepada  orang yang menjadikan zikir sebagai alat untuk memperolehi kedudukan.

Ada pula orang yang menjadikan zikir sebagai alat untuk memperolehi kekeramatan. Di tengah jalan mereka mendapat jazbah khadam lalu dibawa ke alam khadam. Terpesonalah mereka dengan berbagai-bagai makhluk halus yang mempamerkan berbagai-bagai keanehan sehingga lupalah mereka kepada Allah s.w.t yang menjadi maksud dan tujuan. Mereka tidak lagi meminta kepada Allah s.w.t tetapi meminta kepada khadam. Bertambah teballah dinding antara mereka dengan tauhid yang hakiki. Kalam Hikmat di atas menarik orang yang baharu dalam perjalanan supaya menetapkan kaki atas landasan yang betul iaitu dengan memerhatikan kepada diri sendiri, memeriksa segala keaiban diri dan memperbetulkannya, sesuai dengan firman Allah s.w.t:

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? ( Ayat 21 : Surah adz-Dzaariyaat )

Ungkapan yang popular di kalangan ahli tasauf adalah:

Siapa yang kenal dirinya kenallah Tuhannya. Siapa yang kenal Tuhannya binasalah jasadnya.

Usaha menyingkap keghaiban yang menyelimuti diri sendiri adalah sebaik-baik pekerjaan untuk mencapai tujuan. Kenalilah keaslian diri sendiri yang suci murni. Ia tidak dapat mengeluarkan cahayanya kerana ditutup oleh keaiban dan kekotoran yang melekat di hati. Arahkan usaha dan perhatian untuk mencari keaiban dan kekotoran tersebut, agar dapat dihapuskan dan dibersihkan. Apabila kulit yang membalut keaslian itu sudah terbuang baharulah diri kita dapat memancarkan sinarnya. Allah s.w.t adalah nur bagi langit dan bumi. Apabila Nurullah memancar dari Hadrat Ilahi dan bertemu dengan Nurullah yang memancar dari lubuk hati nurani hamba, maka terjadilah pertemuan Nurullah dari atas dengan Nurullah dari bawah:

Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayah-Nya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )

Hamba menyaksikan ketuhanan Allah s.w.t dan Allah s.w.t menyaksikan pengabdian hamba. Inilah makam musyahadah. Sekiranya kita mahu mencapai makam ini berusahalah menyucikan diri sendiri kemudian berserah terus kepada Allah s.w.t. Kuncinya ialah firman Allah:

Katakanlah (kepada mereka): “Allah jualah (yang menurunkannya)”, kemudian, biarkanlah mereka leka  bermain-main dalam kesesatannya. ( Ayat 91 : Surah al-An’aam )

Hanya orang yang benar-benar berserah diri kepada Allah s.w.t boleh berkata: “Allah yang berkuasa! Allah yang mengetahui! Allah itu dan Allah ini. Allah segala-galanya”. Kemudian mereka berpegang teguh dengan pengakuan itu dan tidak memperdulikan lagi apa yang terjadi. Allah s.w.t menyambut para hamba yang demikian dengan firman-Nya:

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan  berkata, “Tuhan kami ialah Allah!”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa  (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya perkara yang tidak baik terhadap kamu)  dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”. ( Ayat 30 : Surah Fussilat )

Jalan untuk mencapai keteguhan hati adalah dengan berserah diri kepada Allah s.w.t. Keteguhan hati membawa seseorang kepada syurga semasa hidupnya. Syurga ini dinamakan makrifat dan ia lebih indah daripada syurga akhirat kerana syurga akhirat adalah makhluk sedangkan syurga makrifat adalah Empunya syurga akhirat itu. Jika syurga akhirat itu sangat indah dan sangat sejahtera maka Empunya syurga itu Maha Indah dan Maha Sejahtera. Apalah nilai keindahan di sisi Pemilik yang melahirkan keindahan, semua keindahan adalah pancaran Keindahan-Nya. Inilah nikmat yang Allah s.w.t sediakan kepada hamba-hamba-Nya yang sanggup terjun ke dalam dirinya sendiri dan melupakan yang lain-lainnya, tidak mengejar kemuliaan duniawi dan ukhrawi, tidak mencari kasyaf dan kekeramatan, tidak menuntut sesuatu apa pun kecuali menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t dan reda dengan semua keputusan-Nya.


0 comments

Zikir dan Clorox

Kadang-kadang bila stress, aku zikir. Aku perasaan dalam sesetengah keadaan, berzikir dengan lafaz lebih berkesan di dalam menenangkan jiwa berbanding dengan solat. Naik pelik pula aku. Kenapa solat yang fardhu tu gagal tenangkan hati, padahal zikir yang tidaklah di fardhukan pula boleh menenangkan hati? Maka terfikir pula aku tentang perihal membasuh kain.

  • Kalau baju kita tu sikit aje kotornya, kadang-kadang bilas-bilas dengan air pun dah cukup.
  • Tapi kalau dah seharian pakai, kenalah basuh dengan sabun.
  • Kalau baju budak yang kena lumpur, kenalah pula rendam dulu dalam air sabun sebelum basuh.
  • Kalau baju dah terkena dakwat, mau kena rendam dalam larutan clorox + sabun sebelum basuh.

Samalah juga dengan hati... kalau dalam keadaan tenang, cukuplah solat 5 waktu untuk menenangkan hati. Tapi kalau hati dah hitam legam, serupa kasut anak darjah satu pada petang Jumaat, cukupke solat 5 waktu aje. Kenalah "clorox" kan dulu dengan lafaz-lafaz zikir. Masalahnya, hidup kita di akhir zaman yang penuh dengan TV, radio, social media, smart phone dan lain-lain... hari-hari hati kita serupa kasut anak darjah satu pada petang Jumaat... maka kenalah clorox kan hari-hari.... Tak dapek den nak nolong....

 

 


0 comments

Tuesday, 10 December 2013

Saka Yang Sebenar

Tuesday, 10 December 2013
Sumber: PTiaFM
 
SAKA YANG SEBENAR @ Saka yang perlu dirisaukan.

Soalan:

Assalamualaikum... bleh saya tumpang tanya.... btul ke saka susah nak dibuang...

Jawapan :

Waalaikummussalaam WarahmatULLAH. Semoga yang bertanya sentiasa dalam keamanan ALLAH.

Sang faqir sebelum ini sudah menerima banyak soalan yang seakan-akan sama seperti soalan di atas dan pada mulanya sang faqir mengambil keputusan untuk meletak soalan ini dalam mode 'keep in view'.

Tetapi memandangkan isu ini sudah menjadi suatu 'trend' dalam pendakwaan permasalahan penyakit, maka izinkan ciptaan ALLAH yang lemah lagi dhoif ini menjawab seadanya.

Adapun jawapannya adalah TIDAK, TIDAK BETUL. Yang susah hendak buang adalah:

1) Pemikiran yang meletakkan Saka itu susah dibuang
2) Penyakit yang bukan Saka, tetapi dakwa ianya saka
3) Ketaksuban kepada perkara mistik

Tahukah kalian apa maksud Saka?
SAKA adalah diambil dari perkataan Pusaka yang membawa kepada takrifan WARISAN, iaitu sesuatu yang diwariskan.

Dari Usul kepada Furuq, itu secara fahamnya.
Apabila disebut saka, ianya melibatkan pewarisan dari usul(pangkal) ke furuq(cabang).

Maka, tiada yang mustahilnya berlaku masalah pewarisan perkara-perkara mistik contohnya Hala, Harimau Kerinchi, Hantu Raya, Gundruwo, Pelesit, Balan-balan, ataupun Anak kerak dan lain-lain lagi.
Perkara ghaib Wajib kita sebagai Muslim perlu percaya sebagai salah satu rukun keimanan akan tetapi menjadi satu MASALAH jika TERLALU PERCAYA sehingga menutup kepercayaan yang SEPATUTNYA.

Mudahnya, makhluk ALLAH yang dhoif ini ingin bertanya satu soalan, satu saja, tidak mahu lebih, satu saja... Iaitu, yang dinamakan Saka yang susah benar dibuang itu Qadim(kekal) atau Hadist(baharu)?

Persoalan itu biarlah pembaca yang fikirkan dan menjawab akannya sendiri dengan merujuk pada Ulama-ulama Usuluddin.

Cuma, di sini sang faqir ingin jamah sedikit berkaitan dengan masalah atau fenomena sekarang, yang mudah atau cepat benar dakwaan bersaka ini muncul dan ianya begitu pantas diucapkan terus kepada pesakit dan menambahkan lagi haru biru kepada pesakit apatah lagi apabila sumbernya melalui dialog jin yang merasuk pesakit.

Lazimnya, dakwaan BERSAKA ini muncul apabila:

1) Tidak menemui penawar sebenar penyakit yang menimpa pesakit
2) Anak yang malas belajar atau degil
3) Masalah kerezekian
4) Masalah Rumahtangga
5) Tabiat buruk
6) Masalah anak yang kurang upaya
7) Masalah gangguan yang tidak berkesudahan
8 )Masalah malas beribadat
Dan lain-lain lagi.

Maka, dari sini muncullah suatu 'standardized' ciri-ciri bersaka yang dari mana bermulanya pun tidak kita ketahui. Hasilnya, masyarakat hari ini back to 70's. Itu belum dikira lagi dengan PENAFSIRAN MIMPI (Tafsirul Ahlam) yang TIDAK MENGIKUT adabnya. AstaghfirULLAH.

Sedarilah wahai saudara-saudaraku, dunia sudah menghampiri akhir zaman, bukanlah masanya untuk kita melemaskan diri dalam perkara kemistikan yang tiada berkesudahan, alangkah ruginya apabila di Al Mizan nanti, saat disoal ALLAH Jalla Waala, "wahai si fulan bin si fulan, ke manakah usia dan harta kamu pada sesekian waktu telah kamu luangkan?"
Maka, jawab si fulan tersebut," Berubat Saka Ya ALLAH". Adakah dengan jawapan seperti itu akan menjamin kita melintas titian Sirat yang selama 1500 tahun perjalanan itu seperti kilat menyambar dan disambut pula oleh Ridhwan Alaihi Salam di pintu syurga, serta menjemput, masuklah ke mana-mana pintu yang kamu suka. Adakah begitu?
Kalian ada jawapannya, tidak perlu si dhoif ini menjawabnya.

Semua pendapat berkaitan gangguan perlu kita RAI, tetapi ada pendapat yang perlu kita KETEPI, apatahlagi ianya membabitkan soal AQIDAH.

Apabila kita boleh mengatakan orang itu bersaka, pelajar yang malas itu bersaka, isteri yang derhaka itu bersaka, suami yang fasiq itu bersaka, maka beranilah kita mengatakan bahawa diri kita juga bersaka. Kerana hanya orang yang bersaka sahaja berani menghukum seberaninya orang lain bersaka tanpa mengkaji faktor psikoanalisisnya, faktor tabiatnya, faktor pendidikannya dan lain-lain faktor.

Bagaimana mungkin Perubatan Islam yang sebenar di Malaysia khususnya boleh bangkit andainya inilah permasalahan yang timbul, tidak dapat mengusul penyakit, maka akhirnya, saka juga yang disalahkan, silap-silap, kesudahannya, jin saka minta dirawat dek kerana stress dituduh dengan sesuatu tanpa ada kena mengena dengannya.

Kalaulah saka ini menjadi major masalah masyarakat, sudah tentu Al Biruni sudah karang di dalam kitabnya, Ar Razi nukil di dalam penulisannya, Ibn Sina coret di dalam manuskripnya, Az Zahrowi catat di dalam jurnalnya dan Ibn Qayyim rekod di dalam naskahnya.

Hakikatnya semua orang bersaka, tiada yang terlepas, semua bersaka, tidak kira dia adalah Alim Ulama, Wali Kabir, Syeikh Kabir, para asatizah, Mualij-mualij dan sekalian umat dalam dunia ini mempunyai saka sejak dari zaman Nabi Adam Alaihi Salam lagi.

Nama saka tersebut adalah 'ALAQAH, yang di dalam riwayat Asy Syaikhani (Bukhari dan Muslim) hanya Sayyiduna Wa Habibuna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam sahaja yang tiada saka ini, iaitu darah hitam yang dibuang dari hati (jantung) Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang telah dibelah dan dibersihkan oleh Jibril Alaihi Salam dan Mikail Alaihi Salam sebanyak 3 kali.

Sebagaimana diriwayatkan Imam Muslim dari Anas bin Malik RadhiyALLAHu 'anhu diceritakan :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً فَقَالَ هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ لَأَمَهُ ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ يَعْنِي ظِئْرَهُ فَقَالُوا إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ
قَالَ أَنَسٌ وَقَدْ كُنْتُ أَرْئِي أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ

"Bahawasanya RasulULLAH SallALLAHu 'alaihi wasallam didatangi Malaikat Jibril ketika Baginda SallALLAHu 'alaihi wasallam sedang bermain dengan beberapa kanak-kanak. Jibril kemudian menangkapNya, menelentangkanNya, lalu Jibril membelah dadaNya. Jibril mengeluarkan hatiNya, dan mengeluarkan dari hati Baginda dengan segumpal darah beku sambil mengatakan “Ini adalah bahagian syaitan dariMu”. Jibril kemudian mencucinya dalam bekas yang diperbuat dari emas dengan air zam-zam, lalu dilapkan, kemudian dikembalikan ke tempatnya. Kemudian rakan-rakanNya menjumpai ibuNya (Ibu susuan- Halimatus Saadiah) dengan berlari-lari sambil mengatakan: “Sesungguhnya Muhammad telah dibunuh”. Kemudian mereka bersama-bersama menjumpaiNya, sedangkan Dia dalam keadaan berubah riak wajahNya (pucat). Anas mengatakan: “Aku pernah diperlihatkan bekas jahitan di dadaNya”.

Nama lain bagi 'alaqah ini adalah darah hitam atau istana Iblis atau nama dalam sainsnya Apex atau dalam bahasa melayunya puncak jantung, kawasan ini adalah tempat pengumpulan darah biru yang bermasalah yang akibat darinya jika tidak dijaga dengan baik akan menjejaskan fungsi kardiovaskular tubuh (zahirnya).

Dan inilah saka yang sebenar, yang perlu dijaga dan dan dikawal, seperti mana sabda Baginda RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang bermaksud :
"Dari Abi Abdillah An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda, (maksudnya) "Sungguh sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, antara keduanya ada hal yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak tahu. Maka siapa yang menjaga dirinya dari syubhat itu maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya dan siapa yang melakukan perkara syubhat itu maka ia jatuh dalam perkara haram seperti penggembala di sekeliling tanah larangan (milik orang), lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah setiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNYA. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sepotong daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya dan jika ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Sepotong daging itu adalah HATI."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Ayuh kita kembali kepada Aqidah yang sebenar, mujahadahlah mengenal ALLAH melalui Sifat-sifatNYA, untuk menyembah ZatNYA, untuk peroleh Rahmat dan RedhaNYA kerana DIA, hanya DIA, semata-mata DIA.

Untuk penyakit, setiap penyakit ada sifir Asal dan Usulnya, Unsur dan Sifatnya, maka jangan berhenti belajar dan terus menerus menerkam kepada telahan Saka semata-mata tanpa ada penjelasan yang relevan dan jelas mengikut Aqidah serta Logik Penyakit.

Ketahuilah bahawa kita makhluk dan alam ini bersifir(tua-muda, lelaki-perempuan, luar-dalam, sakit -sihat, hidup-mati), termasuklah penyakit, sudah pasti ada jawapan dan penjelasan, yang pasti bukan Saka semata-mata, yang tidak Bersifir hanyalah ALLAH, kerana ALLAH tidak bersamaan dengan makhluk dan segala yang baharu.

Kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mistik yang sudah lama dan sukar sembuh, lazimi mengamalkan :

1) Istighfar (AstaghfirULLAH) 100X selepas Subuh
2) Zikir Tahlil (LaailahaillALLAH) 100X Selepas Zohor dan Asar
3) Ya Lathif 129X Selepas Maghrib
4) Selawat 100x selepas Isyak
Dan lain-lain amalan Hasanah dan Darajat yang semoga dengannya beroleh Rahmat dan Redha ALLAH.

Biasakan diri :

1) Solat berjemaah
2) Berpuasa sunat
3) Berdamping atau bersahabat dengan Para Alimin
4) Elakkan dari memakan atau meminum dari.sumber haram atau syubhah
5) Usahakan menjalankan sunnah mulia Sayyiduna RasulILLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam dalam kehidupan.
6) Banyakkan bersedekah.
7) Jaga hati Ibubapa
Dan lain-lain lagi amalan Hasanah, tinggal serta elakkan amalan keburukan.

Kalau hendak diturutkan, banyak lagi yang hendak dibebelkan, tetapi cukuplah dahulu bebelan ini, semoga ianya bermanfaat kepada mereka yang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka, dan mohon maaf kepada yang tidak dapat menerimannya, maafkanlah sang faqir yang lemah dan dhoif ini.

Semoga kita sama-sama dilorongkan ALLAH ke jalan yang benar.

Aamiin Aamiin Aamiin Ya ROBBal Alamin.

La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.


0 comments

Friday, 6 December 2013

Menundukkan Hantu Diri

Friday, 6 December 2013

Dari kecil lagi aku ni memang baran. Ya, baran... itulah yang aku maksudkan dengan hantu diri... ha ha ha.. korang ingat hantu diri tu apa??? Masa kecil-kecil dulu, kawan yang besarnya 2 kali ganda size aku pun aku belasah... bila dah datang baran, lupa pulak yang aku ni kecik aje... ha ha ha.. nasib baik kawan aku semua baik-baik, tak de yang belasah aku balik teruk-teruk...

Cuma sejak 5 ~ 6 tahun kebelakangan ni baran aku tu nampaknya ada berkurangan. Rasanya aku tak adalah pulak buat usaha secara khusus untuk atasi baran tu... Tapi Allah dengan limpah kurnianya telah menghalau aku dengan takdirNya, kepada perkara-perkara yang meredakan baran tu.

Yang aku maksudkan ialah zikir... Semenjak Allah menghalau aku kepada dunia rawatan Islam, aku mula terdedah kepada berbagai jenis zikir & wirid. Aku perasaan, ada kaitan yang sangat rapat antara zikir dan baran. Atas asbab aku beramal dengan berbagai zikir yang asalnya merupakan bacaan asas untuk rawatan, secara tak disengajakan baran aku pun nampaknya semakin berkurangan. 

Sebab tulah aku tak suka outstation. Bila outstation, aku jadi penat.. bila penat aku tak jaga wirid... bila aku tak jaga wirid, memang aku perasaan baran aku mula naik balik... Lepas balik dari outstation, dan bila aku mula nak jaga wirid balik.. aku perasaan, sementara kesan zikir nak meresap ke dalam diri, time tu lah baran meningkat pada paras maksima... Hu hu hu.. yang kesian anak isteri aku lah... nak buat camne... dah kerja aku banyak outstation...

Tapi dalam banyak-banyak jenis lafaz zikir, yang aku rasa paling serasi dengan diri aku ialah selawat tafrijiyah dan zikir kalimah Allah. Ada orang berpendapat selawat tafrijiyah tu bidaah... lantak koranglah... aku ambik pendapat Tuan Guru Ustaz Haron Din. Lagipun ketiga-tiga guru yang direct mengajar aku pun amalkan selawat tafrijiyah.. 

Tapi kalau aku tengah marah, aku perasaan zikir kalimah Allah lebih cepat redakan marah aku. Haa... mari aku kongsi kaedah zikir Allah yang paling serasi dengan diri aku untuk redakan marah.

  1. Step no 1: Lari jauh-jauh dari tempat yang buat korang marah. Kalau marah kat tempat kerja, baliklah rumah cepat-cepat. Kalau marah bini kat rumah, larilah pergi masjid. Janganlah dok buat kaedah ni depan orang yang kita marah... memanglah tak menjadi...
  2. Lepas tu, dah amik wuduk... cari tempat best untuk duduk.
  3. Tarik & lepaskan nafas perlahan-lahan sampai hilang mengah.
  4. Kemudian tarik nafas dalam-dalam , tahan nafas sambil dalam hati sebut Allah, Allah, Allah... sebanyak 33kali. Kalau nafas korang panjang, nak tahan sejuta kali zikir Allah pun boleh aje...
  5. Ulang step 4 sebanyak 3x.
  6. Lepas tu baca Ta'awuz, Bismillah, Syahadah dan Selawat
  7. Kemudian tarik nafas sekadar yang selesa... dan terus sambung lafaz Allah.. Allah...Allah... secara berbisik... hingga habis nafas.
  8. Kemudian tarik nafas lagi dan buat lagi step 7.
  9. Ulang seberapa lama yang mungkin, sampai hati jadi tenang...

Secara fizikalnya tarik nafas yang dalam, dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan sambil berbisik Allah.. Allah.. akan bagi kesan pada saraf vagus, yang akan merembeskan enzim-enzim yang menenangkan. Secara spiritualnya, sudah tentu dengan berzikir akan turun sakinah dari Allah... Itu dah sunnahtullah...


0 comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails